Antara Mat Moto Pekin VS Ahmad Idham

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



DUA filem dengan judul sama? Mungkin bukan sesuatu yang mustahil kerana kebetulan memang sering berlaku dalam kehidupan.

Bagaimanapun kalau jalan cerita juga sama, apakah suratan atau kebetulan tetapi itulah yang berlaku kepada dua filem bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Satu filem Mat Moto arahan Ahmad Idham ditayangkan Khamis ini (24 Disember) dan satu lagi filem sulung arahan Pekin Ibrahim, Mat Moto pada 14 Januari 2016.

Kontroversi mengenai pembikinan filem ini mula diperkatakan sejak Jun lalu apabila Ahmad Idham mendakwa Pekin melanggar hak mengarah filem itu. Malah Idham mengatakan Pekin mengarah filem itu tanpa pengetahuannya.

Tapi selepas berbalas kenyataan media, akhirnya kedua-dua karya ini siap dan bersedia untuk ditayangkan kepada umum.

Mat Moto arahan Ahmad Idham diterbitkan syarikatnya, AifaMotion Pictures dan dijayakan muka baru sebagai teraju utama, Niezam Zaidi bersama Along Eyzendy, Pablo Amirul dan Elly Feliziana sebagai kelainan.

Mat Moto arahan Pekin pula diterbitkan bersama Viper Studio Sdn Bhd dan Skop Production serta membariskan pelakon ternama dan dikenali seperti Faizal Hussein, Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof dan Cat Farish.

Kedua-dua pihak mendakwa filem ini mengangkat nilai positif mengenai kumpulan mat motor yang selama ini dipandang serong masyarakat.

Sisi dipaparkan bukan mengenai merempit tetapi kehidupan mereka yang lebih luas dan ke arah lebih positif seperti mencantikkan motor, bisnes dan aktiviti berkumpulan serta berkonvoi.
Isunya di sini sudah tentu siapa plagiat siapa.

Menurut Pekin, dia mendapat idea menghasilkan filem ini selepas pertemuan dengan sekumpulan mat motor dua tahun lalu. Dia bersama sahabat baiknya, Azwan Annuar menghasilkan skripnya kemudian mencari produser yang berminat untuk merealisasikan ideanya ke layar perak.

Antara produser ditemui ialah Ahmad Idham yang juga pengarah dikenali dengan karya mengenai mat motor. Pekin mendakwa tiada susulan lanjut daripada Idham menyebabkan dia meneruskan usaha itu bersama Skop Production dan meminta Syafiq Yusof mengarahkan filem itu.

Bagaimanapun Syafiq mencadangkan dia sendiri mengarah filem itu.

Apa yang jelas, ia sesuatu yang tidak bagus kepada perkembangan industri filem kita. Persaingan memang bagus tetap bukan dengan cara ini kerana silap percaturan boleh ‘membunuh’ penggiat seni tanah air.
Apa pun, dua karya ini sudah siap dan bersedia untuk ditayangkan kepada umum dan kini segala-galanya terletak di tangan penonton, filem manakah yang mereka ingin tonton.

Apabila Mat Moto arahan Idham ditayangkan lebih dulu, secara tidak langsung memberi kelebihan kepadanya kerana sudah dikenali dan mempunyai pengikut setia.

Tarikhnya pula lebih bagus ketika cuti sekolah hujung tahun ditambah pula dengan cuti perayaan (Krismas).
Bagaimanapun melihat kepada situasi industri filem akhir-akhir ini, penonton sekarang agak selektif dan melihat siapa produser atau pengarah satu-satu filem itu. Mereka tidak mahu ke panggung melihat filem picisan.

Dari segi itu, Pekin ada kelebihan ini kerana penonton mungkin ingin melihat hasil karya daripada orang muda yang dilihat mempunyai idea baru dan sentuhan segar.

Tambah pula karya Idham akhir-akhir ini makin merudum dan agak lama juga tidak mengarah filem. Selain itu, genre aksi begini memang biasa bagi Idham dan penonton sudah dapat mengagak bagaimana corak karyanya.

Berbeza dengan Pekin, ini kali pertama bekerja di belakang tabir. Dari segi lakonan pula, Pekin disifatkan antara pelakon berbakat. Bagaimana nasib Mat Moto nanti, kita tunggu tayangannya.

Sumber : Harianmetro,  sumber gambar daro google



2 comments:

  1. Salam. done follow sini. jemput join ^_^

    http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.