Azreen Manan Penyanyi Pelakon 90an Meninggal Dunia

Azreen Manan Penyanyi Pelakon 90an Meninggal Dunia / Al Fatihah, Innalillawainailahirojiun... Penyanyi dan pelakon era 90an, 41 tahun yang merupakan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Asia Bagus pada tahun 1992. Dulu, semasa arwah berkahwin pada usia 16 tahun, sebagai peminat saya rasa jeles juga dengannya. Alangkah bertuahnya arwah muda dah kawin. Arwah telah berkahwin dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993 bagi perkahwinan pertamanya. Cantik arwah pada masa itu sampai sekarang pun dia cantik juga. Saya kagum dengan bakatnya.

sumber googlr

Namun, sejak berkahwin beliau tidak lagi aktif dan saya pun jarang dengar beitanya sehingga la pada hari ni mendapat berita tentang kematian arwah. Arwah meninggal akibat penyakit kanser ovari sejak tahun 2016.

Semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang bertaqwa. Jenazah dikemubumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Al Fatihah


2 comments:

Powered by Blogger.