Aidiladha
11 Tahun di Perantauan Kali Pertama Tak Balik Raya
11 tahun di Perantauan Kali Pertama Tak Balik Raya / Allhamdulillah, tahun ni beraya di Kedah. Ini kali pertama beraya di perantauan sejak saya dan keluarga kecil merantau di Kedah. Seronok juga ye! sebab apa saya seronok?
Pertama
Sebab beraya di rumah sendiri. Rasa bebas semacam tak tahu nak cakap. Tak boleh nak bayangkan freedom perasaan tu macam mana!
Kedua
Sebab boleh kemas rumah dan masak. Sejak bergelar pelajar ni rumah kalau kemas pun tak dan nak sampai setengah jam bersepah semula.... Malas nak pikir pakai tak kemas la. Kalau sempat baru kemas semula. Dah cuti 4 hari, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dua hari duk kemas rumah sahaja.... Mula balik dari kerja hari Selasa pukul 2 tu, memang kemas rumah, cuci kain jer kerja saya kat rumah.... Hari Selasa kerja separuh hari. Allhamdulillah..... tak tahu nak cakap apa, seronok bila dapat kemas rumah dan masak. Raya pertama saya masak nasi Arab....
Ketiga
Boleh outing. Beraya di rumah jiran sambil makan ketupat sambil bersembang lama tak jumpa. Tiada sembang hal orang. Saya tenang tanpa mendengar tentang hal orang itu dan ini. Allhamdulillah.....
Dapat juga menjamu selera kenduri korban di surau. Seronok tak perlu nak fikir nak pakai pakaian baharu. Anak-anak saya pakai jer baju hari-hari duk pakai. Freedom perasaan ni susah tau nak cari. Sejak dah berkeluarga ni, raya kali ni rasa freedom perasaan yang sangat saya seronok. Tak perlu nak fikir apa orang cakap. Tak perlu nak menjaga hati sendiri, supaya sabar sabar dan sabar. Tak perlu juga di sakiti. Walaupun berjauhan dengan mak ayah, ini kali saya rasa seronok dan bebas sangat. Tak ada tangisan air mata saya untuk raya kali ni. Terima kasih Ya Allah.... Allhamdulillah.
Dah lama tak outing bersama keluarga kecil saya ni. Allhamdulillah, hari Jumaat dan Sabtu (kelmarin) dapat outing walaupun cuma ke Alor Setar dan Jitra.
Saya rasa memang seronok bila dapat beraya di Kedah Aidil Adha kali ni.... Situasi saya mungkin berlaianan dengan situasi anda. Anda mungkin lebih seronok bila bersama keluarga di kampung. Namun saya sangat terhimpit. Hidup sangat sangat stress bila bergelar seorang pelajar, sangat kesempitan, susah nak cakap orang tak mampu nak faham kita. Dan ada masa saya perlukan privacy dengan keluarga kecil saya.
Salam Aidil Adha
Maaf Zahir dan Batin
salam aidiladha sheila..:)
ReplyDeletesalam aidil adha
ReplyDeleteAlhamdulillah...rasa bahagia mahal dan berhargakan kak...syukur.
ReplyDeleteMemang ada rasa beza kan beraya kat bandar hehehe
ReplyDeleteSalam aidil adha
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang GA yang Abam Kie anjurkan tempohari. Untuk maklumat lanjut dan cara untuk menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Terima kasih.
ReplyDeletehttps://www.zukidin.com/2018/08/keputusan-guess-my-weight-giveaway.html
Sesekali berubah angin, memang best... Sama perasaan kalau orang dah lama tak balik kampung, sesekali balik, terasa seronoknya...
ReplyDelete