Selamat Hari Lahir Kak Ngah Zara Adelia

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allhamdulillah.... hari ni 29 September 2017, genap usia kak nag Zara Adelia 5 tahun.... Kak nagah ni anak Perlis, saya lahirkan dia di Hospital Tunku Fauziah Kangar, 37 minggu... tak sempat nak balik Kelantan.... Dah dia nak keluar dulu.... hehehe..... kali pertama juga sali bersalin normal di SINI selepas kakak Amani terpaksa ceaser sebab dia dari 7 bulan lagi breech di SINI tak mau pusing-pusing.

Tiap hari hantar kakak ke sekolah, terpaksa saya entertain dia makan minum dulu baru hantar masuk tadika... tengahari ambil dia pulak, dan petang hantar mengaji lak.... suka main hp dan selfie....

Kak ngah ni memang full breastfeed sampai 2 tahun sebulan. Dia langsung tak minum susu botol! masa kecil dia memang langsung tak nak dengan orang. Memang sampai sekarang pun berkepit kat bawah ketiak saya lagi. hehehe.... walaupun dah ada adik. Budak bf macam ni la.... 
Bila umur 4 tahun, tahun lepas saya mula hantar dia ke sekolah. 5 hari dari hari Ahad ke Khamis dia hanya cakap dengan cikgu dua tiga patah perkataan sahaja. Jenuh cikgu tegur dia nak bagi cakap. Punya la tak biasa dengan orang. Walaupun dia tak bercakap, malu tersangat sampai sekarang pun.... tapi dia tak menangis. Dia memang malu nak nangis depan orang tak kenal.


Hari Selasa lepas, masa rehat kat sekolah mengajinya dia sempat main buai. Bila balik, saya tengok kat bawah hidung dia meah. Saya tanya kena apa? Dia cakap mana ada, tak ada apa pun! hairan la saya tengahari tu denga saya elok sahaj. Rupanya dia kena buaian yang kawan dia naik..... Dia bagitahu kakaknya "sakit, kak ngah rasa macam nak nangis".... bila saya tanya tak cakap, takut saya marah!

Hari Lahir
Hari lahirnya, dari beberapa bulan lagi dia dah search kat google gambar kek 5 tahun... Suruh saya buat kek 3.... kat tadika, kat kelas mengaji dan kat rumah. Tadi dia tanya "bila mama nak buat kek". Saya cakap "hari Ahad la, mama beli, hari ni esok kan cuti, hari Ahad kak ngah sekolah mama kerja baru kita keluar dan beli"...... hehehe..... cian dia! 

Karekter
Kak ngah ni memang bossy kat rumah, kalau kat sekolah punya la pemalu. Dia kecik sahaja, kalau tengok macam 3 tahun, berat pun 11 kg jer. Tapi saya bersyukr dia ni tahan lasak, jarang demam walaupun keding kurus je... puas kena paksa makan nasi! roti makan!... kuat mengarah, tapi bijak, cepat berfikir. Masa dia 10 bulan, walaupun tak boleh cakap dia faham apa yang saya cakapkan dengan kakaknya.

Ade idea tak nak bagi goodies bag apa dan nak masak apa... 

Semoga kak nhah menjadi anak soleh, berjaya dunia akhirat.


1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.