Ikan Sepat Rezeki Di Musim Tengkujuh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, rezeki Allah jangan disangkal. Dikala Kedah dan Perlis dilanda banjir kilat minggu lepas, en suami kalut dua hari duk pergi mancing. Tak puas hari pertama hari kedua pergi lagi. Namun, ikan langsung pun tak dapat. Hahaha....


Malam tu dengan kemurahan hati Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq ada jiran bagi ikan sepat! Murahkan lah rezeki mereka. Terus en somi siang dan goreng.... Perghhhh... memang sedap. Ikan sepat ni, saya baru makan sejak duk Kedah. Sebelum ni memang tak dibesarkan dengan makan ikan darat. Aduihhh bukan memilih, tapi orang tua saya tak makan. Memang kat rumah tak ada dan tak pernah beli ikan darat. Bila saya belajar kat luar baru cuba makan. Allhamdulillah, saya ni jenis tak memilih makan, tolak batu kayu je.... hehehe....


Tak sangka sedap sungguh kan.... Kat Kedah Perlis memang laku bila buat pekasam. Rugi la kalau tak makan. Tapi kalau tak boleh nak makan juga tak apa la nak buat camana, taste orang lain-lain  ------>>> Indahnya Rezeki Itu Datang Dengan Pelbagai Cara <<<------

Walaupun dilanda banjir, namun disebalik banjir itu banyak rahmatNya. Rezeki Allah ada di mana sahaja. Namun ada kala disalah sangka dengan musibah mendatang. Apa pun bersangka baik la dengan Yang Maha Pencipta. InsyaaAllah tenang dan bahagia!

Ikan sepat ikan keli
Bila goreng sedap dimakan
Orang bagi tak payah beli
Allhamdulillah saya lafazkan


4 comments:

  1. Sedap! Sedap! Siqah paling suka ikan sepat masin. FAVOURITE :D

    ReplyDelete
  2. adoiii,.,terliur.,..kt opis lama ade kawan suka bawk klu balik dr kedah.,..makn ngn nasi kosong cm tu pon leh tmbh2

    ReplyDelete
  3. tak perasan dah tengkujuh, bukan bulan 11 ke? sepat sedap goreng panas2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.