Puteri ku
Putri Butterfly
Selamat Hari Lahir Anak Merdeka 31 Ogos
Allhamduilillah,
Puteri sulong sudah mencecah umur 9 tahun padi 31 Ogos 2017 yang lalu.... Syukur juga tahun ni dapat saya beli kek padanya berbanding tahun lepas langsung tak beli apa-apa kek tuk kakak n kak ngah.... Malah memang setahun lepas tak ada beli kek birthday.... Rezeki tahun ni Allah Ya Razzaq aturkan dan murahkan.... walaupun saya kesempitan, saya syukur kakak faham. Demi kakak saya belikan dia kek dan sedikit hadiah yang tak seberapa untuk persekolahannya....
Kakak suka chocolate cheese. Saya dan kak ngah ke Aeon Mall KB beli kek hari Merdeka tu... Mulanya kakak nak ikut tapi baby Jannah dah bangun tidur, dia terpaksa jaga baby Jannah. Siyan kakak, tak apa kakak.... mama belikan kakak kek....
Dia angguk sayu je mukanya! Dia dah pandai mengasuh adik-adiknya!
Berpusing juga saya kat Aeon Mall cari kek.... kat secret recipe, musim raya ni kek disediakan untuk yang membuat tempahan sahaja... Beratur panjang saya tengok kat situ....
Mama doakan kakak jadi anak soleh yang bertaqwa, jadi khalifah Allah...
Cerita Kakak Di Sekolah
Kelamarin kakak cerita, dia bagi duit kat kawannya RM1 sebab kawannya terjatuh duit kat dalam kereta. Dia tak ada duit nak makan, kakak bagi dia duit seringgit! Dia angguk diam sahaja. Dia dah pandai tolong orang!
Saya ajar dia dengan susah! Saya besarkan dia dengan kesusahan... Semalam juga saya bersembang dengannya dia cerita kat saya pasal bidak sekolahnya darjah 1, orang susah. Dia miskin, orang panggil dia busuk. Dia bawa duit RM1.50 saja kat sekolah. Nak bayar duit ICT pun kena ambil duit dari tabung!
Saya cakap... susah kita pun kakak, ada lagi orang lain lagi susah tau! Susah kita ni kadang kala nak makan pun kena jimat cermat, tapi ada lagi susah orang lain tak ada makan.... tak apa la kakak Rasulullah lagi susah dari kita ni.
Katanya juga dia teringin nak pergi Maps, Legoland... Seroiusly, saya tak pernah bawa anak-anak jejalan kat situ. Hatta jalan-jalan makan angin sendirian (satu family) pun tak pernah, sekali cuma dengan ihsan jejiran kami ke Cameron tahun lepas... hukhuk... kesian kan...
Saya cakap kat dia, kakak doakan la kat mama supaya mama habis ngaji cepat dan lulus ngaji mama ni. InsyaaAllah ada rezeki mama bawa p jejalan....
:) :)
Dia solat Isyak dan doakan tuk kami sekeluarga... Pandai kakak.... Love u so much.....
selamat hari jadi ... semoga menjadi anak yang solehah ..
ReplyDeletemanis senyuman kakak, macam SI juga ...