Buah Pisang Dalam Al Quran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sayang di hari yang sangat mulia ini..... Selawat ke atas Nabi dialunkan 


اللهم صل على محمد وآل محمد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

sumber : DI SINI


Rentetan daripada entry pagi tadi tentang khasiat >>>>> buah pisang <<<<<<< Buah ini juga antara buah yang disebutkan oleh Allah swt dalam Al Quran. Dah lama nak share pasal ni bila baca terjemahan Al- Quran jumpa pasal firman Allah swt ni dalam Al Quran... Sebagai contoh dalam surah  (al-Waaqi’ah [56]: 27-33):


A027
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
A028
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
A029
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
A030
Dan naungan yang tetap terbentang,
A031
Dan air yang sentiasa mengalir,
A032
Serta buah-buahan yang banyak,
A033
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,



Ayat ini Allah swt menceritakan bahawa keberuntungan penghuni syurga dengan kenikmatan yang Allah swt sediakan di dalam syurga dengan banyaknya makanan buahan yang disediakan. Antara buah yang Allah sebutkan ialah buah pisang (pokok pisang) juga terdapat di dalam syurga...

Saya selalu terfikir alangkah hebat bagaimana rupanya syurga itu kan.... Namun, diri ni selalu tak sempurna dengan amal, mampukah melangkah ke syurgaNya. Semoga kita semua berusaha mengawal nafsu dan akal dalam hidup ini.... untuk melangkah ke sana menjadi sebahagian daripada golongan kanan (muqarabin). 

Buah ini mesti istimewa kerana ia adalah antara Alah sebutkan dalam Al Quran selain kurma, tin, zaitun dan sebagainya. Kita ambil yang baik khasiat daripada buah pisang ini dan jadikan amalan kita selain kita amalkan >>>>> kurma <<<<<<< kebaikan kurma >>>>>> dan sebagainaya. 


0 Give your inspiration

Give your inspiration here and thank you.

Certificate from myideakini.com