Perbelanjaan Naik Di Kala Tahun Baru 2017

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....
Pagi tadi saya bangun dari tidur, apa yang ada kat kepala saya teringat pasal "wassup".... Semalam saya baca telegram daripada bos saya, menyuruh saya mengguna "wassup" kerana semua staf di jabatan saya menggunakan aplikasi "wassup"... Saya reply telegram bos saya "insyaaAllah kak, sekarang saya belum guna smartphone lagi"....

Ya Allah.... terukkan saya! Sebenarnya dan sejujurnya saya belum mampu guna smartphone walaupun 3,4 ratus sahaja.... saya hanya guna telegram desktop..... tak tahu la kenapa, saya rasa itu lah perbelanjaan untuk saya buh minyak kereta pergi dan balik kerja serta perbelanjaan harian.... 

Bila Yuran Tadika Pun Naik
Tadi, saya dan husband ke sekolah tadika anak saya..... Saya mahu bertanya berapa yang harus saya bayar untuk yuran dan pendaftaran bagi tahun ini..... Kalau bulan lepas bulan Disember saya bayar RM240 termasuk KAFA bagi 4 tahun, dan kali ni saya bincang dengan husband saya untuk hantar setengah hari sahaja without KAFA bagi menjimatkan kos.... Bila tanya di tadika anak saya rupanya mulai tahun ini yurannya naik kepada RM300 termasuk KAFA bagi 5 tahun..... haish ingatkan makin kurang rupanya makin meningkat kos saya..... bagaimana saya nak pentingkan diri nak beli smartphone walaupun harha 3,4 ratus sahaja...... Dan saya serta husband ambil senarai harga tadika bawa pulang untuk dfikirkan jalannya mengurangkas kos perbelanjaan bulanan kami..... minggu lepas adik Zara tak datang sekolah, jadi saya tak tahu cikgu edarkan surat kenaikan harga tadika..... 

Pilihan Terbaik Dengan Izin Allah
Bila berbincang di dalam kereta, saya dan suami mengambil keputusan untuk menghantar adik Zara pada pukul 8.00 hingga 12.00 sahaja.... dan sebelah petang kami akan hantar adik Zara KAFA di Pusat Islam.... terus kami menuju ke Pusat Islam.... Allhamdulillah, sekolah Al Baghadi di pusat Islam bulanannya RM50 sahaja..... di sekolah al Baghadi tu ustazah akan ajar semuanya, hafazan, arab, iqra'.... dan ini adalah platform adik Zara untuk masuk KAFA di pusat Islam bila darjah satu nanti.... 

Erm... ini jalan terbaik untuk adik dan pengajian terbaik untuk adk belajar agama di Pusat Islam..... Allhamdulillah.... Jumlahnya, waktu pagi adik ke tadika dengan yuran RM100 dan petang sekolah al Baghadi pusat Islam RM50.... saya dah jimat RM150.00 berbanding full class di tadika adik RM300 sampai petang.... 

Tak apalah, Allah Ya Baari' Allah Yang Maha Mengatur dan Menyusun hidup kita.... Apa yang berlaku dalam hidup saya memang perit walaupun kakitangan kerajaan.... dan ini jalan Allah bagi saya,,,, saya redha.... nak ada smartphone pun tak mampu.... alahai..... it's ok..... saya tak perlu memeningkan kepala saya, saya yakin Allah susunkan yang terbaik buat saya dan keluarga.... InsyaaAllah sampai masa Allah izinkan saya ada smartphone....

Allhamdulillah.....



3 comments:

  1. Perbelanjaan sekolah anak skrg memang mahal.. Sha pun tgh berkira-kira nak hantar full days ke tak..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru kak shiela , semoga urusan dipermudahkan Allah .

    ReplyDelete
  3. assalam kak, moga dipermudahkan urusan akak sekeluarga

    ReplyDelete

Powered by Blogger.