BIASISWA FAIR & LOVELY 2017 RM200,000

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

FAIR & LOVELY – SINARI ASPIRASI 2017


Fair & Lovely menawarkan biasiswa kepada kaum wanita di Malaysia untuk melanjutkan pengajian tinggi dan mencapai impian mereka. Biasiswa yang ditaja oleh Fair & Lovely dan Unilever Malaysia berjumlah RM 200,000.

Setiap wanita mempunyai impian… Fair & Lovely memahami hasrat mereka dan perlunya perancangan yang kukuh untuk menjamin masa hadapan. Intipati jenama Fair & Lovely iaitu ‘Mencipta semula hala tuju kehidupan’ memainkan peranan penting dalam membantu wanita untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Fair & Lovely memberi inspirasi bagi wanita supaya menjadi lebih berdikari dan kini menawarkan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Biasiswa berjumlah RM200,000* ditawarkan oleh Fair & Lovely bertujuan membantu mahasiswi melanjutkan pengajian dan inilah langkah pertama bagi kaum wanita untuk mencapai impian mereka.

Kepada para mahasiswi di Malaysia, cabar dirimu! Ambil langkah pertama mencapai impianmu sekarang dengan memohon biasiswa di sini.

Para penerima biasiswa akan dihubungi tak lama lagi. Pastikan telefon anda sentiasa tersedia dan selalu menyemak emel anda.

*Jumlah keseluruhan biasiswa yang akan dibahagikan kepada 40 penerima biasiswa.Tertakluk kepada terma dan syarat.
Layari laman web untuk maklumat lanjut https://www.fairandlovely.com.my/fal_biasiswa/
Ikuti Fair & Lovely di Facebook, FB fairandlovelymalaysia untuk mendapatkan maklumat apabila Biasiswa Fair & Lovely dibuka untuk permohonan.

Muat turun aplikasi MYC ! http://bit.ly/a-myc  untuk Android dan http:///bit.ly/i-myc untuk IOS bagi mendapatkan informasi berkenaan biasiswa, peluang pekerjaan dan pertandingan!



2 comments:

Powered by Blogger.