Inspirasi Anak Kecil Belajar Agama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BILA ANAK MASUK SEKOLAH // Minggu ni masuk minggu ke 4 anak-anak ke sekolah.  Tadi saya dan en daddy seperti biasa hantar dia di Pusat Islam. Allhamdulillah, banyak juga perubahan adik Zara dalam masa tiga minggu ni. Dari minggu lepas cikgu suruh dia bawa balik buku bacaan ke rumah masa sekolah pagi.... Banyak improvement bacaan dia. Dia dah boleh membaca kalau digabungkan dengan konsonan "a".... Di sekolah agama waktu petang pula, saya sangat kagum dengan minatnya.... Kakak peneman adik hari Rabu dan Khamis pun belajar sama. Pada minggu kedua dia belajar hadis. Hadis pertama yang mereka baca ialah:

Innamal A’malu Binniyat” 
google image

"Sesungguhnya amalan itu harus disertai dengan niat" 

Hadis yang kedua yang dia pelajari :


"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman"

Pada minggu ketiga, dia belajar hafalan ayat kursi dan surah Yasin. Terkejut saya bila dia dapat baca beberapa ayat dalam Surah Yasin.... dan mula pandai baca ayat kursi.... Anak-anak ni otak mereka bersih daripada kotaran apa yang diajar mudah diingat!

Banyak yang saya belajar daripada awal persekolahan anak-anak saya:
  1. Hati yang bersih: Hati yang bersih akan mudah mengingati Allah swt. Sebab itu kita diajar sentiasa mencucikan hati kita, terutama daripada berhala dunia, bisikan syaitan, hawa nafsu dan kerak-kerak dosa dengan zikrillah.... Mata telinga kita ni banyak mendengar dan melihat perkara yang kotor, malahan shopping pun adalah salah satu kotoran yang harus disucikan kerana ia banyak menipudayakan nafsu kita! 
  2. Dekat dengan Allah: Anak-anak kecil ni tiada dosa, mereka dekat dengan Allah. Apa yang mereka belajar terus sampai dalam hati mereka dan ingatan mereka. Rasulullah saw sayangkan anak-anak kecil. Jangan malu dan takut bawa anak-anak ke majlis ilmu. Walaupun mereka bising dan takut mengganggu duduk lah dalam kereta dan tempat sedikit jauh asalkan mereka biasa dengan majlis ilmu dan agama. 

Memang terasa malu lah saya dengan anak sendiri bila, mereka dah pandai dan ingat hadis-hadis yang pendek. Semoga kita sentiasa belajar mencari ilmu dan menuju jalan keredhaan.... InsyaaAllah... Aminn.... 


3 comments:

  1. alhamdulillah. saya follow puan sheila. salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. Apa yg jelas pendekatan ibu-bapa yg menjuruskan anak mendekati agama
    Anak bijak macam inilah yg kita impikan
    Tak apa kita boleh belajar dari anak tak ada masalah
    Syabas buat ibu-bapanya juga sebab kalau tak dihantar ke sekolah tersebut anak pun tak kenal apa itu hadith walau dikatakan pendik.

    ReplyDelete
  3. terkesan..kadang kita yg besar ni da leka...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.