Tips Kesihatan
Tips Kesihatan Ketika Hamil
Nasi Kerabu, B-Complex Shaklee dan Iberet Ibu Hamil
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dah berapa bulan saya tak makan nasi kerabu... tiba-tiba teringin lak. Kawan ada tanya saya.... saya ada mengidam nak makan apa ke? Masa awal mengandung, 5, 6 minggu dia orang yang pertama tahu pengkhabaran saya mengandung.... Pagi-pagi nak datang uni dia mesti call saya tanya nak makan apa? Saya lak tak tahu nak makan apa!
Gejala Mengidam Ibu Mengandung
Tapi ciri-ciri saya syak saya mengandung, bila period saya lewat 4 hari, saya mula nak makan nasi kerabu..... Akhirnya dapat juga saya makan nasi kerabu di Cameron Highland bulan lapan tahun lalu. Teringat masa mengandung anak sulong saya Kakak Amani, sebelum tahu saya mengandung, saya teringin nak makan goreng pisang.... Jenuh la hati tak keruan, masa dalam perjalanan balik daripada Kota Bharu ke Kedah... Akhirnya dapat juga pisang goreng kat Jeniang masa tu.... Mengandung anak kedua tak rasa sangat nak makan apa-apa....
Bila dah masuk 5, 6 bulan ni saya tak ada nak mengidam sangat... Cuma teringin dan terasa nak makan.... lepas tu terus lupa dan tak terasa lagi..... Betul juga kata kawan saya sebenarnya gejala mengidam ni cuma nafsu.... erm.... Allhamdulillah, mengandung kali ni saya tak terikut sangat nafsu makan... Apa yang ada saya makan, cuma susah sikit nak makan tuk kali ni... Kena tengok makanan dahulu... Kalau nak masak pun kena ada rasa teringin dulu... Last tak tahu nak makan apa, saya makan jer nasi dengan ikan masin... Itu sahaja yang terlintas kat fikiran saya masa tu dan yang saya teringin dan lalu nak makan....
Rasa macam memilih juga kali....
Nasi Kerabu
Bab nasi kerabu, susah nak cari yang simple dan sedap kat tempat saya.... kalau dulu ada kat pasar malam, ada nasi kerabu yang simple dan sedap....
Berat Semasa Mengandung
Tak apa la.... lagi pun mengandung tak boleh naik berat badan melampau... berat badan saya baru sekali dua kali naik mendadak sebanyak 21/1 kg sebulan... Doktor kata itu normal, bila misi lak yang check kata itu terlebih berat... Ada masa dalam 3 minggu berat saya tak naik. Dan kali terakhir saya timbang, kelmarin... dalam masa 2 minggu berat saya naik 0.5 kg....
HB Ibu Mengandung
Cuma bila check HB saya turun buat kali kedua iaitu 10.2.... dan lepas tu saya kena ambil darah sekali lagi, misi nak confirmkan hb saya turun disebabkan permakanan saya atau ada penyakit.... Bila ambil darah kali kedua, masuk mesin test blood, HB saya 11.... cukup! memang faktor permakanan.... sebab saya hanya makan Shaklee B-complex yang saya menang GA sis Raihanah, saya stop makan iberet.... Rupanya Shaklee B-compleks tu tak ada ion dalam tu.... Kena ambil satu lagi supplement iaitu Vita Lea dan Vitamin C.... Misi kata continue je makan iberet, kalau shaklee nak produk dia satu-satu.... kalau iberet dah sebiji dan merangkumi semuanya.... erm.... iberet saya dapat percuma daripada Allah Ya Razzaq bagi,,,,, erm.... saya akan continue iberet.... lagi pun saya tak mampu nak beli set shaklee vita lea dan juga vitamin c.....
Allhamdulillah.... darah semua ok, kesihatan saya ok dan juga baby,,, semoga saya kuat menghadapi hari-hari ini dan akan datang..... untuk semua blogger yang sedang hamil juga boleh amalkan zikir-zikir Asmaul Husna.....
wow bestnya
ReplyDelete