Enter your keyword

Sunday, January 31, 2016

Bila Mata Hati Terbuka

By On 11:00:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mata Hati?
Mata Bathin

Sama tu...

Tapi bagaimana kita tahu kita melihat sama ada dengan mata batin/mata hati atau mata zohir?

Sebagai contoh sekarang musim BRIM masuk. Kalau anda melihat dengan mata zohir sudah tentu anda akan kata "terima kasih kerajaan yang perihatin beri rezeki kepada saya"

Namun, bila mata hati anda bercahaya, anda akan nampak dengan menggunakan mata hati
"terima kasih Ya Allah memberikan rezeki ini kepada saya"

simple sangatkan!

Tapi kita biasa membenarkan apa yang zohir nampak tapi belum tentu ia betul!

Jika anda melalui proses dalam gambarajah di atas, mata hati terbuka akan memuji kebesaran Allah, kebaikan, kasih sayang Allah, keperihatinan Allah memberi rezeki kepada anda!

Dan rasa memuji memuja makhluk akan hilang, kerana buka makhluk yang memberi namun Allah yang memberi rezei tersebut. Oleh itu, rasa bangga diri, hebat diri juga akan terhakis sendirinya kerana diri sedar "bukan aku yang hebat, bukan aku yang pandai, bukan aku yang kaya" tapi AllahYang Maha segalanya!

Akhirnya, akan lahirlah akhlak mulia sebagai hamba/abdi dan khalifah Alah swt...

Semoga kita semua mencapai tahap ini....

"Mata hati terbuka tiada lagi hebat diri"



Seminar Penghayatan Asma Al-Husna Dalam Pendidikan Cuma RM35 Terhad

By On 3:17:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tarikh : 14 Feb 2016
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Vanue : Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang




Saturday, January 30, 2016

International Tahfiz Of AsmaulHusna (ITAH)

By On 9:59:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Membuka seluas-luasnya pelaburan saham akhirat.
Pelaburan anda boleh disalurkan ke akaun :
MAYBANK 3i TRAINNING & CONSULTANCY
555093247591




Selesai Hutang Blogger

By On 6:15:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... terima kasih Ya Rabb Ya Baari'....

cilok google

Sudah selesai saya mengepos dan top up hadiah GA yang mana saya join.... Saya cuba curi masa dan bergegas ke pejabat pos..... Pejabat pos asyik penuh saja harus menunggun sejam lebih. Sorok barang-barang itu takut juga dinampak orang. Balut hadiah dalam kereta. Semua milik Allah, benda yang saya harus kembalikan kepada hambaNya walaupun sehelai kertas. Harus dibuat!dipinjmakanNya saya guna dan kembalikan semua pada yang haq.

Diharap barang-barang itu sampai dengan selamatnya. Takut juga kalau pecah dan sebagainya. Saya serah je pada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin menjaganya.

Terima kasih sabahat besar blogger yang menokong. Mohon maaf jika hadiah itu tak seberapa dan lambat sampai.

Jika lepas ini saya kurang berblogging itu maknanya rutin saya dah sampai ke leher....

Assalamualaikum....




Festival Gaya Hidup Islam 2016

By On 5:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Membuka tirai 2016, Festival Gaya Hidup Islam 2016 meneruskan lagi siri jelajah kami yang ke-7 di Kangar, Perlis. Pelbagai jenama dan label untuk Muslimin dan Muslimah khas untuk warga Kangar dan Perlis umumnya.

Tarikh: 29 hingga 31 Januari 2016
Waktu: 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi: Dewan Wawasan 2020, Kangar

Ceriakan hujung minggu anda bersama rakan dan keluarga tercinta. Selain jualan yang pastinya murah lagi berbaloi, Festival Gaya Hidup Islam 2016 menyajikan aktiviti seperti demo make-up dan pertunjukan fesyen.

Selain daripada persembahan istimewa dari Rabbani, Festival Gaya Hidup Islam 2016 akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Layari instagram rasmi kami INSPIRING.LIFESTYLE atau laman sesawang rasmi kami, www.myinspiringlifestyle.com untuk senarai lengkap jenama dan label yang akan menyertai kami.


Sumber : facebook Islamic Lifestyle Fest



Friday, January 29, 2016

Mari kita merenung 2 ayat dalam surah Ar-Rahman

By On 4:29:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum. 
Mari kita merenung 2 ayat dalam surah Ar-Rahman.

Ar-Rahman ayat 26 & 27:
Semua makhluk yang ada di bumi ini hanya fatamorgana (boleh dilihat dgn mata zahir namun hakikatnya tidak kekal). Yang kekal hanyalah Allah Ya Dzal Jala li Wal Ikram.

Kupasan berasaskan penghayatan Asmaulhusna:
Kedua-dua ayat ini menerangkan dengan jelas akan kewujudan sifat Allah AL-BAQI yang bermaksud Allah Maha Kekal. Hanya Allah sahaja yang kekal di dunia ini, semuanya yg lain secara tidak langsung, bersifat tidak kekal. Segala kemuliaan yang ada pada manusia tidak bersifat kekal, boleh datang dan boleh pergi, ikut aturan Allah Ya Mu'iz yang Maha Mengurniakan Kemuliaan kpd sesiapa yg dipilihNya. Kasih sayang manusia juga tidak kekal, yang kekal hanya kasih-sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud. Maka, tagihlah kasih Allah, pasti kasih makhluk akan menyusul. Allah akan menghantar alat2Nya utk mengalirkan kasihNya kpd hamba pilihanNya.
Doa bicara hati kepada Allah Al-Baqi:
Allahumma Ya Baaqi yg Maha Kekal, hanya Engkau yg kekal, yg lain dariMu akan musnah, hilang dan fana'. Ya Baaqi, kami semua akan musnah, mati dan meninggalkan segalanya walaupun suami dan anak2 yg disayangi, kami akan pergi meninggalkan harta benda dan wang ringgit walau jutaan. Tiada sesuatu yg kekal di dunia ini melainkanMu ya Allah Ya Baaqi. 

Ya Allah ya Baaqi, hanya cintaMu yg kekal, cinta manusia akan musnah dan hilang. Maka, oleh itu kami memilih utk mencintaiMu ya Baaqi ya Wadud. Kami insaf, hati ini dicipta olehMu ya Khaliq hanya utk satu cinta, oleh itu kami memilih cintaMu dan mengeluarkan cinta manusia di genggamanku. Cinta manusia tidak kekal, ia seumpama fatamorgana, pada hakikatnya tidak wujud sama sekali, hanya persangkaan dan tipudaya syaitan semata2.
Cinta sejati yg kekal abadi adalah cintaMu ya Wadud ya Baaqi. Ya Allah Ya Baaqi, hanya Engkau yg kekal, wang ringgit dan hartabenda yg ada pd kami akan musnah dan hilang, ia semua spt fatamorgana yg tidak pernah wujud, makin dikejar makin hilang. Maka ya Allah ya Baaqi ya Wadud, kekalkan cintaMu dihati kami, kekalkan iman kpMu dihati kami ya Baaqi ya Mukmin. Kekalkan kami dlm kebenaranMu ya Baaqi ya Haq. Kekalkan kami dlm kebaikanMu ya Baaqi ya Barr, kekalkan kami dlm perlindunganMu ya Baaqi ya Hafiz ya Muhaimin.
Kekalkan kami dlm bimbinganMu, ya Baaqi ya Haadi. Kekalkan roh kami dalam mandian cahaya makrifatMu agar setiap saat kami dapat merasai kehadiranMu dalam hidup kami, agar kami kekal dlm ingatan kpMu, sesungguhnya setiap kehendak itu adalah kehendakMu ya Qodir, setiap peristiwa itu ciptaanMu ya Khaliq, setiap yg berlaku itu agendaMu ya Baari', setiap sakit itu tanda cintaMu ya Wadud. Ya Qobidh, setiap kesempitan dunia itu adalah utk kelapangan akhirat ya Basith. Ya Allah ya Baaqi Ya Nuur, kekalkan kami dlm cahaya makrifahMu.


INTENSIF 99 ASMAULHUSNA 6 HINGGA 8 FEBRUARI 2016 Di KUALA TERENGGANU

By On 2:22:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


INTENSIF 99 ASMAULHUSNA
6 HINGGA 8 FEBRUARI 2016

Lokasi : 
Masjid Gong Tok Nasek Kuala Terengganu

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷💝💝💝💝💝💝💝💝

RM70 SAHAJA.
BUKAN RM199

SO AJAK RAMAI2
INI HANYA KOS MAKAN 3 HARI DAN SEWA DEWAN. YURAN KURSUS TIDAK DIKENAKAN. TA BAARI' . ALLAH YA SYAKUR. YA ROZZAK.🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈💝💝💝💝💝💝


5/2/2016
8.00malam
DAFTAR & CHECK IN HOMESTAY

HARI PERTAMA (6/2/2016)
3.00pagi Qiam & Munajat AsmaulHusna
6.00-7.30pagi 
Solat Subuh & Kuliah Subuh
7.30-8.300pagi
Sarapan & Rapi Diri

8.30-9.00 Daftar 
9.00-12.30tgh
Pengenalan Asmaulhusna

12.30-2.00 
Solat & Makan Tenghari

2.05-6.00ptg
Huraian 99 Asmaulhusna
6.00-7.00mlm

Rehat Rapi Diri & Makan

7.00 - 9.30pm - Solat Maghrib/Kuliah Huraian 99 Asmulhusna

10.00pm - REHAT


HARI KEDUA (7/2/2016)
3.00pagi-6.00pagi
Qiam & Munajat

6.00am-7.30mlm
Solat Subuh/Kuliah

7.30 - 8.30pagi
Sarapan & Rapi Diri

8.30pagi-12.30tghari
Huraian 99 Nama Allah

12.30-2.00petang
Rehat, Makan tengahari & Solat

2.05-5.00petang
Huraian 99 Asmaulhusna

5.00-7.00
Membina Akhlaq Mulia Melalui Interaksi Dgn Manusia - Outreach

Mencari & Mengenal Nama Allah melalui teknik renungan Allah (semasa outreach)

7.00-8.45malam
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib - Ustaz Sabri

9.00-9.45malam
Pembentangan dapatan aktiviti outreach.


HARI KETIGA (8/2/2016)

3.00pagi
Qiam & Munajat Asmaulhusna

6.00-6.35
Solat Subuh
Perkongsian

7.30-8.30pagi
Sarapan pagi & Rapi Diri

8.30-12.30pagi
Penyucian Hati
Ciri-ciri Pembimbing Rohani

DAFTAR SEGERA !!!
TEMPAT TERHAD

Hubungi : 
Cg Jamilah 0199899754
K.Nun 0199672438
Kakzah 0139306634



Thursday, January 28, 2016

Penghayatan Asmaul Husna untuk PENDIDIK

By On 11:36:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم






Pengambilan Pelajar Baru International Tahfiz Of Asmaulhusna Cawangan Terengganu

By On 10:08:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

🌴🌴 🌴PENGAMBILAN PELAJAR BARU DI INTERNATIONAL TAHFIZ OF ASMAUL HUSNA (ITAH) CAWANGAN TERENGGANU🌴🌴🌴
Sukacita dimaklumkan bahawa International Tahfiz Of Asmaul Husna 3i akan membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2016. Maklumat lanjut seperti berikut:

⚡️Tarikh : 1 April 2016
⚡️Masa : 9.00 pagi- 4.00ptg
⚡️Tempat : E503, Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, 20050 Kuala Terengganu.

🌴Objektif Penubuhan International Tahfiz of Asmaul Husna (ITAH) : 🌴
☀️Membina hubungan yang kuat dengan Allah melalui penghayatan Asmaul Husna
☀️Membina akhlak mulia berasaskan 99 Asmaul Husna
☀️Sentiasa menyucikan hati
☀️Berzikir nama-nama Allah setiap hari
☀️Bertahajjud setiap hari
☀️Menghafal Al-Quran dan menghayati makna

.......................................................

🍄SYARAT KEMASUKAN ITAH 🍄
💥Umur : 8 -12 tahun bagi perempuan sahaja
💥Boleh membaca Al-Quran dengan lancar
💥Bayaran kemasukan :
     Pendaftaran RM500
     Yuran Bulanan RM300
💥Mempunyai minat dan kebolehan untuk menghafal
💥Mempunyai akhlak yang baik
💥Ibu/Bapa/Waris wajib mengikuti kursus Intensif 99 Asmaul Husna anjuran IUAH

**Pengambilan tertakluk kepada interview**

👉Maklumat lanjut sila hubungi 0111-9812458 (Ustazah Hamizah)


Rutin Hidup Yang Tak sihat

By On 10:03:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ini lah rutin saya dengan anak-anak kalau tak ada apa-apa program luar. Pagi-pagi keluar hantar mereka sekolah. Tengahari kalau kakak tak ada kafa, p ambik kakak dan adik.... Kemudian masuk ofis semula.... Petang baru balik rumah....  Bila balik rumah memang tak keluar dah!. Sapu sampah kat tangga pun (rumah takde tangga), kakak yang sapu kan....

Terima kasih kakak!

Keluar rumah p ofis, duk senyap kat ofis. Balik tumah duk rumah duk seyap dalam rumah!

Terukkan....

Kena ubah cara hidup ni. Rasulullah saw ajar kena kenal jiran 40 rumah kiri kanan depan belakang!

InsyaaAllah....



Hati Tersentuh Bila Berhadapan Dengan Orang Yang Baik dan Ikhlas

By On 9:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hati tersentuh bila tadi ketua saya cakap nak merasa staf jabatan saya viva tesis, kelmarin staf jabatan lain, hari ni pun staf jabatan lain lagi.... Saya sangat hormat dia! Dia dan rakan-rakan saya yang lain banyak tolong dalam pengajian saya ini.... Harapan mereka sangat tinggi supaya saya habis cepat. Dari awal saya memang cepat, tp masuk pertengahan pengajian saya, saya slow dan down sangat sebab apa yang saya nak tak dapat. Kalau selepas ini saya kurang blogging maknanya saya sangat sibuk menyiapkan tesis.... Kelmarin jumpa penyelia saya ada lagi yang perlu diubah menyebabkan saya sangat down.... tapi saya lawan, itu semua dugaan Allah untuk hambaNya....

sumber google

Saya tahu rakan-rakan, ketua saya memang mengharapkan saya habis belajar cepat..... Mereka memang nak saya GOT begitu juga dengan kedua-dua penyelia saya, juga ibubapa saya.... Tapi apakan daya sudah terlewat kini....  Bila dihitung tarikh saya mendaftar sebagai pelajar di USM hingga kini 3 tahun 1 bulan.... Saya sayangkan mereka semua! Mereka sangat support pengajian saya.... Dari penyelia saya yang baik, ibu bapa saya, rakan-rakan, ketua saya, sangat perihatin dan banyak menolong.....

Tahniah kepada rakan-rakan saya lulus dalam viva kelmarin dan pagi tadi! Bersyukur sangat atas kejayaan mereka.... Semoga aura mereka memberi saya semangat yang kuat!

Rakan saya yang viva kelmarin ambil masa 6 tahun siapkan pengajian, dan rakan saya yang viva hari ini dalam 5 tahun juga.

Tak tahu nak rasa macamana sekarang ni? Saya target nak habiskan tahun ni juga. Siapa nak lambat habis mengaji.... Kalau mengaji macam under grade habis 3 tahun 6 semester habis belajar.... Ini, apakan daya.... tak dapat nak GOT.... memang universiti sekarang duk kejar GOT (Graduate on time)

Allah Ya Awal Ya Akhir Ya Baari'..... InsyaaAllah, saya tiada daya, Allah ada daya, dengan dayaNya saya akan berusaha menamatkan pengajian saya secepatnya!

Doakan saya berjaya menamatkan pengajian ini!



Penghayatan Asmaulhusna Dalam Surah Al Fatihah

By On 8:39:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


A001
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji dan puja hanya layak bagiMu Ya Hamid yg Maha Terpuji, 
A002
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Tuhan Pemilik sekalian alam, Ya Malik Ya Maalikul Mulk, 
A003
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Seluruh kurniaan adalah kurniaanMu ya Rahman Ya Rahim, 
A004
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Sesungguhnya seluruh alam dan isinya milikMu dan seluruh kerajaan langit, bumi, alam ghaib, alam akhirat adalah milikMu. 
A005
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Engkau layak dipuja kerana seluruh khazanah di alam buana ini adalah kekayaanMu ya Ghoni ya Mughni, 
A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Seluruh perlindungan adalah perlindunganMu ya Hafiz ya Muhaimin,
A007
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Seluruh kekuatan adalah kekuatanMu ya Aziz ya Qowiy ya Matin, seluruh ilmu dan kebijaksaan adalah milikMu ya Alim ya Hakim ya Rashid.




Drama Inikah Cinta TV3

By On 9:44:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber di sini

Drama Terbitan Anak Syarikat UUM, Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB) bertajuk ‘Inikah Cinta’ akan mula ditayangkan di Slot Dahlia TV3 seperti butiran berikut:

Tarikh
:
31 Januari 2016 (Ahad)  
Masa
:
7:00 malam – 8:00 malam (Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Sinopsis
"Inikah Cinta" mengisahkan tentang keinginan dan keazaman seorang pelajar UUM iaitu Rose yang mahu mencipta jenama minyak wanginya sendiri sekali gus mencerminkan imej UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan dan menggalakkan mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu drama ini juga menampilkan watak Muammar dan Aizat iaitu pelajar UUM dalam bidang seni, bidang yang turut ditawarkan di UUM melalui Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).



Sumber : UUMonline



Tuesday, January 26, 2016

Hamba Allah Cuma Ada 3 Helai Pakaian

By On 10:37:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tersentak dan terus tersentak bila memikirkan bagaimana sebenarnya abdi Allah....

sumber google

Rentetan seminar akan datang.... Dia seorang hamba/abdi/khadam Allah cuma ada 3 helai pakaian (jubah). Itulah yang diulang pakai. Cuma 3 ke? Ye cuma 3!

Almari ku
Banyak lagi baju-baju ku... itu pun rasa masih tak cukup walaupun dah cleaning, rasa perlu diganti. Nak pakai tak ada baju lah! Baju smua tak padan la.... macam-macam alasan!

Ya Allah,,,,,

Tiada lain yang Dia nak cuma Allah, Allah dan Allah!

Tiada lain yang difikirkan hanya Allah, Allah dan Allah!

Tiada tempat untuk kembali hanya syurga, syurga, syurga!

Duit diberi "ini rezeki kucing di rumah, dapat beli makanan kucing"....
Bila diberi hadiah sejadah yang cantik, diberikan hadiah kembali kepada seorang hamba yang menolong mengangkat begnya.....

Pesannya, kalau tak mahu zikir pun, ingatlah Allah?

Macamana nak buat tu? Ingat Allah tanpa zikir! Apa yang dimaksudkannya! Bagi hamba yang jahil lagi dangkat seperti saya ini lagi keliru yang kosong!

Sebagai hamba 24 jam kena ingat Allah!

Balik rumah kelmarin, semalam dan pagi tadi, saya fikir, Ya Allah, kalau begini lah caranya, bagaimana mungkin saya nak jadi abdi pun belum lepas lagi, inikan lagi khalifah Mu di muka bumi ini!.... betulalah kata Rasulullah saw..... untuk masuk syurga 1000 orang yang melintasi titian sirat hanya seorang yang lepas..... Subhannallah!!! Saya bermohon dan berlindung kepada Mu untuk kuatkan hati ini sebagai seorang hambaMu, hidup sebagai hamba,,,,,,

Bukan ku seorang yang pening dengan 3 pakaian hamba Allah itu, ada lagi rakan yang turut pening memikirkannya. Hebat Allah bagi dia rahmat!. Kita mungkinkah seperti dia? Di dunia sebegini cara hidupnya, bagaimana di akhirat kelak? Mesti besar rumahnya di syurga,,,, pakaian di syurga penuh dengan sutera lembut, bertahta batu permata hijau.... bergemerlapan.... tiada di dunia! 

Tiada apa yang dia rasa hebat di dunia walaupun dia memang hebat Allah pinjamkan, dunia di jelajahi membawa seruan Ilahi.... tapi semua dipandangnya tiada nilai.... Baginya nilai hanya di syuga!

Kita???

Cara Makan
Ini belum lagi cara kita makan! Dia makan terlalu sedikit hanya untuk alas perut. Tak boleh makan banyak katanya. Nanti resah gelisah! Subhanallah....

Saya mana??? 
Berapa kali sehari????
Berapa banyak????

Saya faham apa yang dikatakan! Sudah lama diajar oleh Rasulullah saw.... makan sebelum lapar, berhenti sebelum keyang. Dan cara Rasulullah saw makan??? Tiga hari ikat perut dengan batu! Tak pernah kenyang dengan gandum dan tepung....

Allahuakhbar!

Syaitan akan masuk dalam urat saraf kita melalui makan dan minum sebab itu dia tak boleh makan kerap dan makan terlalu sedikit. Akan resah gelisah jika syaitan bergerak dalam tubuhnya....

Ya Allah, hebatnya Engkau jaga dia!

Dari seminar kelmarin!
Siapa pun anda, pangkat tinggi mana pun anda, kaya banyak mana pun harta anda, berjaya tinggi mana pun pelajaran anda, ANDA TETAP SEORANG HAMBA!

HAMBA?
Asal usul Mu tanah, yang dipijak-pijak, jelik, air mani yang hina! 

Jangan sedikitpun ada riak dan ujud, kerana tidak akan masuk syurga hamba yang adalah secebis riak dan ujud!


Bila Tak Sedar Akan Dajjal Di Hadapan
Sebab Yahudi Ingin Menakluki Baitulmaqhdis



Siapa Anak OKU Yang Sebenarnya?

By On 9:53:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Anak OKU
Anak OKU bila tak kenal ABC
Kita selalu duk cakap "kesian anak OKU ni cacat penglihatan! cacat pendengaran! Sebenarnya, mereka kunci syurga kepada kedua ibu bapa mereka. Beruntung sangat ibu bapa yang ada anak OKU ni! Mereka pemegang kunci syurga! Tiada apa yang perlu dikesiankan kerana mereka Allah yang jaga. Penglihatan mereka hilang, Allah jaga daripada melihat perkara maksiat, pendengaran mereka tiada Allah jaga dari mendengaran umpatan dan segala yang buruk..... Allah sangat sayang kan mereka Allah jaga dari awal! Namun, ada ibu bapa yang tidak boleh terima dan redha dengan kecacatan anak mereka. Tiada kaki, Allah jaga daripada berjalan ke tempat yang tidak sepatutnya....



Anak-anak Normal Adalah Anak OKU Sebenarnya
Bukalah mata hati, anda melihat kurniaan Allah yang sangat bernilai itu.
Yang cacat / OKU sebenarnya anak-anak anak yang normal ini. Ada telinga boleh dengar tapi tidak dengar panggilan Allah melalui azanNya. Ada mata tapi tidak melihat kalam-kalam Allah, lebih banyak tengok-gadget dan televisyen.... Itu sebenarnya anak-anak OKU..... ada kaki tangan yang normal tapi tida melangkah ke masjid dan syurga Allah.....  Jiwa anak-anak ini mati! tak kenal Allah dari awal..... Tak tahu seronok dan nikmat solat! Lebih suka gadget yang hiburan frozen dan segala macam. Mereka itu sebenarnya anak-anak OKU! Ibu bapa pula, lebih suka anak-anak menyanyi dan berhibur....

Allahuakhbar! Mohon kekuatan Ya Allah Ya Aziz, Ya Qawiy, Ya Matin untuk mendidik anak-anak ke jalan yang diredhaiMu, Ya Nur Ya Haadi Ya Haq.....

(bukan anak-anak sendiri sahaja, anak-anak orang lain pun perlu kita ajar juga). Itu memang tugas kita! Banyak kes gejala sosial berlaku sekarang, kerana ibu bapa duk sibuk jaga kain sendiri, jaga anak-anak sendiri, tidak hiraukan anak-anak orang lain. Maksudnya, ibu bapa tidak menjalankan tugas khalifah supaya memberi pendidikan kepada masyarakat sebagai contoh mengajar mengaji dengan sukarela dan sebagainya..... ibu bapa lebih sibuk mencari rezeki dan rezeki.... 

Kesan Didikan Dunia
1. Ibu bapa ditinggalakan di kampung kesunyian. Anak-anak sibuk bekerja mencari rezeki dunia tak sempat nak balik tengok ibu bapa.
2. Kes penceraian setiap 5 minit sekali berlaku rekod di Malaysia.
3. Gejala sosial di Malaysia setiap kali Hari Velentine, 300 kes pembungan bayi.

Allahuakhbar!



Apakah Itu A,B,C Yang Sebenarnya Untuk Anak-anak Anda

By On 9:43:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rentetan dari entry sebelum ini tentang apakah ABC yang sebenarnya untuk anak-anak kita?


ABC atau Asmaulhusna Lebih Penting 
Adakah gadget itu hanya dibuka ayat-ayat Al Quran untuk anak-anak kita? Kalau itu yang dibuat Allhamdulillah. Tapi kebanyakkan ibubapa lebih banyak mengenalkan hiburan untuk anak-anak. Nyayian A,B,C juga bentuk hiburan supaya anak-anak kenal A,B, C,,,,, (saya juga dulu-dulu).....

Bila Anak Tidak Boleh Kenal ABC
Anak saya 9 tahun baru boleh sikit-sikit membaca. Umur 8 tahun masih tak tahu membaca mengenal ABC.... Tapi saya bangga dan tidak kisah dan tidak risau dia tidak mengenal ABC, kerana ABC yang sebenar adalah kenal makrifat Allah dengan 99 namaNya...... yang tu kena bagi kenal dulu siapa penciptaNya sebelum dia kenal ABC dunia!

Terus saya tersentak! Allahuakhbar! Itu anak hambaNya yang bergelar professor. Seorang professor langsung tak kisah anaknya tak kenal ABC.... Kalau saya ditempatnya mesti risau anak umur 8 tahun masih tak tahu membaca..... Ilmu dunia dan kenal dunia juga yang ditekankan dulu. Malu, segan la kot!

Tapi kalau anak tak kenal Allah tak malu pula muka saya ni!
Tersentak dan terus tersentak! Umur 8 tahun belum cekap dan lekat solat tak mulu la pula.... Anak tak tahu ABC malu tak tahu nak letak mula.....  



Anak-anak Suka Syaitan Paling Besar Di Rumah

By On 9:37:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

Allah Ya Barri' mengaturkan saya di sini kelmarin.....

Allahuakhbar!


Membincangkan tentang kita sebagai ibu bapa dan juga pendidik kepada anak-anak dan masyarakat.

Syaitan Paling Besar Di Rumah
Bagaimana untuk menjadi pendidik yang cemerlang sebagai ibu bapa, elak dan jauhi anak-anak dari "syaitan".... Allahuakhbar! Kat rumah syaitan paling besar adalah "televisyen" kata Prof Wan.... Syaitan televisyen ini adalah syaitan yang kita tak nampak.

Ya Allah rumah saya tv selalu duk buka!

Ini tak termasuk lagi segala gadget yang desediakan untuk anak-anak. Dengan harapan gadget itu untuk memudahkan anak-anak belajar ABC....

Namun, apakah ABC yang sebenar? Perlukah anak-anak mengenal ABC?

ABC yang sebenarnya!



Monday, January 25, 2016

Potret (Akim & The Majistret) Anugerah Juara Lagu 30

By On 12:22:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tahniah kepada semua yang bertanding pada malam ni Semuanya pemenang.
Saya tak tengok keseluruhan AJL tadi.  Tengok sikit-sikit dan dengar saja...
Semua best kot!



JUARA
Akim & The Majistret (Potret)

NAIB JUARA

Faizal Tahir (Assalamualaikum)

TEMPAT KETIGA

Caliph Buskers (Hanya Namamu)

VOKAL TERBAIK

Dayang Nurfaizah (Tak Akan Menyerah)

PERSEMBAHAN TERBAIK

Akim & The Majistret (Potret)


Sunday, January 24, 2016

Zikir Pembuka Pintu Rezeki

By On 9:31:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tujuh zikir pembuka pintu rezeki yang sentiasa diamalkan




1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN–MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....




Semangat Berapi

By On 9:19:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Semangat biar membara, biarpun terjunam sikit pun tak terasa sakitnya"



Buku Terbaru Asmaulhusna : Ku Seru Nama Mu Ya Allah

By On 7:14:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum...

Ini terbitan terbaru himpunan buku-buku AsamulHusna dari Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd.

Untuk tempahan boleh hubungi no 017-30208579




Popular

Follow by Email