Tiga Ubat Penyakit Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MEMAHAMI 3 UBAT BAGI PENYAKIT HATI


“Di antara tanda matinya hati adalah tidak adanya perasaan sedih atas kesempatan beramal yang engkau lewatkan dan tidak adanya penyesalan atas pelanggaran yang engkau lakukan.”
Syekh Ibn Atha’illah dalam Al-Hikam
Sahabatku, setidaknya terdapat 3 penyebab utama matinya hati.

  1. terlalu cinta kepada dunia.
  2. kurangnya memandang kehati dan kurang berdzikir.
  3. selalu menuruti hawa nafsu.
Ubat untuk penyakit pertama adalah dengan menanamkan sikap sederhana, qanaah dan berhemat dan bergantung kepada Allah dengan menafikan terus makhluk dan dunia seisi berdiri sendiri tanpa Allah. Dunia sekadar perhiasan bagi menguji cinta dan jadikan dunia sebagai simbol ketuhanan yg membawa hati kepada Allah, bukan sebaliknya.
Untuk ubat bagi penyakit kedua adalah dengan menumbuhkan kesedaran secara terus-menerus akan kehadiran Allah disertai dengan doa dan munajat dengan Asma2 Allah agar hati kekal bertawajuh kepada-Nya. Berhala2 keakuan dan sampah dunia dibuang dari bilik kecil hati terdalam agar disitu kekal bersama kekasih sebagai pasangan pengantin dan fana dari wujud dirinya kerana merasai cinta yg bersatu.
Dan, untuk ubat penyakit ketiga adalah dengan mengikuti para guru yang telah mendapatkan cahaya Ilahi, yang telah berada di jalan kenabian, dengan nasihat, petua, dan instruksi-instruksi mereka untuk mengolah jiwa (riyadhah) dan menundukkan hawa nafsu. Dengan pergi kepada Diri-Nya yang mensifati nafsu... bukan bersandar kepada diri yang disifati dengan nafsu agar terbukti cinta hakiki.
Semoga bermanafaat!


2 Give your inspiration

  1. Allahu...terima kasih peringatan dan perkongsian ni kak...
    **kak alhamdulillah hadiah daripada akak PC selamat terima..terima kasih banyak..moga ukhuwah kita diredhai Allah SWT**

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Certificate from myideakini.com