Oh Dunia Ini, Janji Manis Mu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Oh dunia ini....
Ni kalau zaman kecik-kecik memang duk dengar lagu ni. Nak buat camana memang dibesarkan depan tv... Ingat dak lagu Aisyah "Janji Manis Mu"?

Janji Manis Mu 

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan

Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya

Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...


Bukan nak mengajar menyanyi,,,, perati kelih dok lirik lagu ni, memang sah-sah la dunia ni palsu... duk percayo ke bakpo... hehe.... Patut la menae muzik2 tak ingat tahun berapa tapi masa tu rasanya saya darjah 4 kot... kot kot... nak cite wak bawah ni saya kongsikan bersama tuk kita hayatan apa itu maknanya dunia. Bulih nak berjaya di dunia, Allah pun suruh sebab kita umat Islam kena berjaya, aman nak tengok orang kafir saha duk kuasa dunia! tapi biar dunia duk di tangan, lepas jer bila penuh tak muat di tangan. Jangan di letak dan simpan di hati adik kakok. 



GENGGAMLAH DUNIA DI TANGAN, JANGAN LETAKKAN DI HATIMU

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan,
“Letakkanlah dunia di tanganmu, jangan di hatimu! Hatimu harus terus merasakan kehadiran Allah, sebutlah nama Zat-Nya. Penuhilah hatimu dengan nama-nama-Nya nan indah.
Sungguh, engkau dianggap sebagai orang yang tidak bahagia jika tidak merasa malu kepada Allah Subhanahu wata’ala, jika engkau menjadikan dinar sebagai tuhanmu dan menjadikan dirham sebagai tujuanmu, sedangkan engkau melupakan-Nya sama sekali! Sungguh, takdirmu telah dekat!
Maka, jadikanlah kedai-kedai yang kau miliki dan semua harta benda untuk keluargamu adalah semata-mata kerana perintah syariat, namun hatimu harus tetap kukuh bertawakal kepada Allah.
Carilah rezekimu dan rezeki keluargamu hanya dari Allah SWT(yakni dengan hati yang berharap kepada Allah), bukan dari harta benda dan perniagaanmu(yakni hati yang bersandar kepada usahanya bukan kepada Allah). Dengan demikian rezekimu akan mengalir, begitu pula rezeki keluargamu.
Kemudian, Allah juga akan memberimu kurnia, kedekatan dan kelembutan-Nya dalam kalbumu. Dia akan mencukupi keperluan keluargamu dan keperluanmu melalui dirimu sendiri!
Allah juga akan mencukupi keluargamu dengan apa yang Dia kehendaki dan sebagaimana yang Dia kehendaki. Akan dikatakan kepada kalbumu, “Ini adalah untukmu dan keluargamu!”

— Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman
SILA SHARE DAN SEBARKAN


6 comments:

  1. Cik akak suka dengar lagu ini...
    Dunia umpama kita berjalan di atas air...
    Semakin lama kita berjalan...masih basahlah hujung seluat...dan makin merasai kesejukan ....

    ReplyDelete
  2. Asalam pagi subuh..sungguh indah lagu ..tetapi jika leka di dunia padahnya amat perit di akhirat..terima kasih tazkirah..

    ReplyDelete
  3. Betul kak...walau dunia ni sementara tapi ada yang anggapnya seolah kekal selamanya..jadi kena awas sentiasa.

    ReplyDelete
  4. dunia yg sementara tapi ramai yg ingin kekal di dalamnya...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.