Drama "Inikah Cinta" : Ini Rupanya Yang Depa Duk Shooting

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Al kisah... rupanya.... saya memang tak ambil tahu sooting apa ke apa.... hehehe... Yang tadi duk "action" tu. Terkejut sebab suasana sunyi, dan saya lak duk asyik depan latop tetiba dengar call "action"... 

sumber UUM
UUM ONLINE: Krew dan artis produksi drama “Inikah Cinta” yang sedang menjalani penggambaran di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diraikan dalam Majlis Hi-Tea di EDC Hotel & Residence petang tadi.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak; Bendahari, Amron Man dan Pengarah Jabatan Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah.

Naib Canselor dalam ucapannya berkata UUM merupakan Universiti pertama yang berjaya menceburkan diri secara serius dalam penerbitan drama tanpa menggunakan mana-mana produksi lain sebagai rakan kongsi.

"Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan pengurusan, kami sentiasa memastikan setiap karya yang dihasilkan memenuhi kehendak stesyen televisyen.

Selain daripada menjana pendapatan melalui bidang perfileman drama, ini juga akan menjadi satu penanda aras kepada usaha untuk mempromosi UUM sempena Discover UUM 2016," ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurutnya lagi drama "Inikah Cinta" yang diterbitkan oleh anak syarikat milik penuh UUM, Uniutama Management Holdings Sdn Bhd merupakan projek ke-13 dalam tempoh tiga tahun pembabitan UUM dalam industri perfileman dan drama tanah air.

"Semenjak tahun 2012, bermula dengan telemovie "Diari Kampus Biru" UUM telah pun menghasilkan 10 telemovie dan satu siri animasi sebelum diberikan kepercayaan dan memenuhi syarat oleh pihak TV3 untuk menghasilkan drama bersiri yang pertama ini," katanya.

"Inikah Cinta" mengisahkan tentang keinginan dan keazaman seorang pelajar UUM iaitu Rose yang mahu mencipta jenama minyak wanginya sendiri sekali gus mencerminkan imej UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan dan menggalakkan mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu drama ini juga menampilkan watak Muammar dan Aizat iaitu pelajar UUM dalam bidang seni, bidang yang turut ditawarkan di UUM melalui Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

UUM menawarkan kursus di peringkat Ijazah dan Sarjana dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) merangkumi empat pengkhususan iaitu muzik, filem, animasi dan media interaktif.

Drama arahan Khalid Nazri ini menjalani 70% penggambaran di UUM manakala selebihnya di sekitar negeri Kedah.

Ia menampilkan gandingan pelakon baharu dan lama seperti Niezam Zaidi dan Fatin Nabila sebagai pelakon utama serta dibantu oleh pelakon berpengalaman seperti Jasmin Hamid, Kazar, Fizz Fairuz, Aznah Hamid serta penampilan istimewa Aweera.

Drama ini akan ditayangkan di slot Dahlia di TV3 bermula pada 30 Januari ini setiap Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam dan dijangka tamat pada 20 Mac.

Sumber: uumtv



4 comments:

Powered by Blogger.