Highway Sintok Tiap Minggu Accident

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Pagi tadi ada lagi kemalangan di highway sintok. Seriau tengok anak sekolah rendah terbaring. Tak tahu dengan apa, tapi motor la agaknya sebab tak nampak kereta. Adiknya duduk disebelah kakaknya yang terbaring di tepi jalan.

Pukul 7 lebih masing-masing nak cepat hantar anak sekolah nak masuk keje,,,,, semua nak cepat, sikit terleka padah jadinya.....

Tengok adiknya baju sama dengan baju tadika anak saya. Aduiii...... Dikelilingi orang dan dan mungkin juga ayahnya sedang bercakap dengannya. Tak pasti sedar atau tidak..... Ambulan dari pusat kesihatan universiti meluncur laju ke tempat kejadiaan... Seriau sangat bila tengok anak-anak kecil ni.... Lagi seriau sebab saya dah accident kat highway Sintok....

Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, lindungilah, peliharalah dan jagalah mereka....

Hari Khamis lalu baru sahaja accident, foreign student dengan kereta grand lavina terbalik dari seberang jalan masuk ke jalan sebelah. Nasib baik masa keretanya tersasar ke jalan sebelah, tiada kenderaan lalu.... Dia accident sorang2.....

Allahu

Foreign student tu ok jer, cedera bengkak sikit kat muka. Dipecahkan cermin depan untuk dia keluar. Kalau ditengokkan kerana terbalik dari sisi tu memang teruk. Allah Ya Kabir Ya Muttakabbir....




6 comments:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.