Hari Persekolahan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin, sempat snap jadual sekolah kakak. Lepas tu cikgu kelas masuk, "kejap lagi saya edarkan jadual"... hehehe..... cikgu kelas yang tahun lepas. Kat sekolah dia cikgu sama sepanjang 3 tahun (darjah satu sampai tiga). 


Balik sekolah... Saya pergi ambil adik kat tadika pukul 5. Kalau pergi pukul 5 lebih memang padat tadika dia coz ramai parents dah balik kerja. Seronok kat sekolah sehinggakan seharian tak cakap! Saya dah agak dah adik ni. Allhamdulillah dia tak nangis. Cikgu dia kata bila tanya nampak mulut dia gerak nak cakap tak tak keluar.... hehehe.... Lawak la adik! Cikgu dia tanya saya :

"kat rumah dia macam ni ke?"
"kat rumah dia la bos" 

Masuk dalam kereta pun take taime juga la nak cakap, sampai sekolah kakak baru mula cakap tak berhenti! Kakak lak keluar 5.45 petang. Memang seharianlah mereka kat sekolah. Tengahri kelmarin, saya p ambil kakak makan solat, p singgah tadika adik dan hantar kakak masuk Kafa. Hari pertama sekolah dah ada Kafa. 

Hari Kedua
Pagi tadi masa kat rumah lagi, kakak pesan hari ni x payah datang ambil kakak. Maksudnya waktu tengahari tu dia nak stay kat sekolah makan salin pakaian sendiri hingga masuk Kafa. 

Adik pula cakap "adik nak pergi sendiri". Nak pergi sekolah sendiri la kononnya. Sampai sekolah adik awal lagi dalam 7.30. Cikgu kelas dia belum sampai, ada cikgu kelas sebelah yang tengokkan. Ada tiga orang anak0anak kelas adik yang dah sampai. Kelas 4 tahun ada dua kelas. Cikgu kelas sebelah datang tegur adik. Apalagi takut la dia. Terus "nak mama".... Sudah la kalau dia sebut "nak mama" tu tak gerak la saya.... Bila cikgu dia sampai pun tak nak masuk juga. Saya bawa dia p main kat taman, puas main baru nak masuk kelas. Buka kasut terus duk kat atas karpet. Hehehe.... Lawak la adik. Karang dia balik mesti banyak cerita!. Kami pesan kat dia! 

"Hari ni adik kena cakap tau". 
"Adik malu nak cakap" katanya....



Previous
Next Post »

2 Give your inspiration

Click here for Give your inspiration
Kim Chaa
admin
January 4, 2016 at 3:31 PM ×

Comeeeiinyaaa adik .. :D adik mula mula je tuu malu lepas ni nsti potpet potpet .. heheh

Reply
avatar

Give your inspiration here and thank you. ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment