Bukan Tak Nak Ada Smartphone

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

google : gambar takde kena mengena
Smartphone pertama dan terakhir saya Note 2 yang hilang dicuri tu pada 9/9/15 tahun lalu.... Sekarang dah berapa bulan, bukan saya tak nak guna smartphone.... Nak juga! Namun, keadaan sekarang tak mendesak untuk saya pakai. Saya tak berapa faham dengan line telefon sekarang ni, banyak sangat line baru. Saya cuba nak faham, namun membuatkan saya tidak  kisah. Sekarang saya pakai line maxis, sebulan kadang-kadang tak sampai RM10. Namun sejak berapa bulan ni, maxis mengenakan RM10 manimun sebulan untuk dua line saya. Satu line lagi diguna oleh husband saya. Bayangkan dua line RM10. Plan yang saya guna belum ada lagi, sayang kalau saya terminate line tersebut untuk ambil line internet. 

Dulu masa guna note 2, saya dan husband guna wifi. Di rumah wifi dan di universiti pun wifi. Saya tak kisah kalau orang kata saya kolot. 

Masa beli note 2 tiga tahun yang lepas, saya rasa itulah smartphone yang boleh menyenangkan keje saya mengekses emeil, cepat dan pantas dapat informasi. 

Namun, sekarang tiada smartphone, saya rasa keje saya senang dan mudah juga. Saya ada telegram desktop. Saya hanya berhubung dengan sahabat tentang kerja dan aktiviti dengan telegram desktop. Yang penting di mana sahaja saya on latop saya kt kampus ada line internet dan di rumah juga. Kalau saya tiada kerja luar, depan latop la saya sehari-hari. Jika ada kerja di luar baharu saya tak sempat nak on latop saya. 

Saya banyak belajar bergantung dengan Allah Ya Somad yang selama ini saya banyak mengikut nafsu sendiri. Bagi saya Allah Ya Baari' tak aturkan saya untuk dapatkan smartphone baharu, mungkin saya belum memerlukannya kerana Allah Ya Alim Yang Maha Mengetahui keperluan dan kehendak hambaNya. 

Saya ada join kontest yang saudara anuar anjurkan. Sehinggakan simcard itu luput begitu sahaja kerana kejahilan saya tak tahu tentang kegunaan simcard tersebut. Kesian juga saya kepada penganjur ada peserta macam saya. Beliau cuba hubungi saya supaya saya top up, namun ketika itu saya berada di luar kampus dengan kerja luar, membuatkan saya tidak dapat perasan dengan pangilan tersebut. Keperihatinan beliau menolong saya sangat saya hargai. Semoga beliau dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki beliau. 

Rasa seminggu lepas itu baharu saya tengok emelnya. Suatu hari saya ke kedai fotostat dalam kampus, saya ternampak banner top up, adik tu terangkan pada saya. Rupanya simcard tu hanya boleh top up di seven up. Saya minta tolong dia registerkan. Rupanya simcard tu dah register oleh saudara anuar. Haiiiih... memang bengap sangat kan saya ni! Memang saya kurang info, kejahilan menguasai diri tidak berusaha mencari informasi simcard tersebut. Dek masa saya sangat terbatas pergi kampus dan balik kampus, langsung tak ada life dengan rakan-rakan untuk bertanya info siapa yang tahu tentang simcard tersebut.... memang langsung saya tak tahu apa itu simcard tersebut. Bukan simcard itu sahaja yang saya tak tahu, lain-lain simcard baharu pun memang saya tak tahu. Apa yang saya tahu? Old school sangat! Maxis, celcom, itu pun kalau plan internet memang saya tak tahu! Bangangnya saya.... 

Saya menyertai kontest tersebut, dengan harapan ada rezeki mendapat smartphone baru dan dapat gunakan simcard tersebut. Sesungguhnya Allah Ya Baari' mengatur hidup saya yang jahil  lagi lemah ini. Maaf di atas khilafnya hamba yang lemah ini. 




6 comments:

  1. selamat berujung minggu..sp kak pun dh lama meragam x dpt digunakan lagi...

    ReplyDelete
  2. takj apa bah,,tiada manusia sempurna..kelemahan itu mendorong agar kita selalu berhati2..

    ReplyDelete
  3. teknolongi kadang kala memudahkan....mugkin juga tak semua situasi...saya juga dulu susah nak ada smrt phone....tapi...itulah dia...dalam penolakan akhirnya menjadi satu keperluan.....singgah kejap..smbil berblogwalking

    ReplyDelete
  4. Allah tahu kak apa yang sememangnya terbaik untuk kita...gerakkan hati,,,rasa semua daripada Dia kan...

    ReplyDelete
  5. Insya Allah Allah ya Alim, Dia tahu kak apa yang terbaik untk akak

    ReplyDelete
  6. Assalam. Along saya adalah satu satunya hamba Allah yang langsung tak pernah guna handpho e apatah lagi smart phone. Happy je hidup dia sampai sekarang.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.