Sanah Helwah To Me and My Beloved Son

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sanah Helwah To Me and My Beloved Son | Allhamdulillah, Tanggal 19 Ogos 2023 genap 2 tahun anaakanda bongsu Muhammad Rizqin Mateen. Kejap je masa berlalu. Baru jer bersalin 2 tahun lepas. Genap 43 tahun juga tuk diri sendiri pada 20 Ogos 2023. hehehe... dah measuk era kertu ni... kekeke... Semoga saya dan anakanda sihat sejahtera selalu, dikurniakan umur yang panjang, murah rezeki, bersih hati kami, positif selalu avoide negative vibes, diteguhkan iman, dikurniakan Firdausi, dijauhi neraka dan dikelilingi orang-orang yang baik. 


Mama lanjer makan capati la B...jangan marah tau!

Setakat 2 tahun ni belum berkesempatan lagi sambut besday anakanda bongsu. Segan juga la dia p taska tak celebrate. Nak buat camner hunjung bulan ni huhu paham jer la.... Kena lak balik kampung mengundi tak de peluang lagi nak sambutnya. Tak apa la tu fesyen hidup je. Yang penting anakanda dan diri ini sihat sejahtera. Allhamdulillah.

Anugerah Sihat

Penting sangat anugerah sihat ni, adakala kita tak nampak. Asyik nampak anugerah hadiah benda sahaja. Kannnn.... Dah berapa malam ni saya asyik terjaga sebab sakit hulu hati disebabkan angin dalam badan mungkin! Bila sapu minyak panas, syukur dapat lega semula. Itu la, bila dah mentua ni, sakit tu macam-macam nak datang. Profil kesihatan tahun sugar saya kali pertama tinggi 6.6, dan BMI terlebih la... dari beberapa tahun dah terlebih BMI. Risau gak la.... Hopefully semua ok.

Kerja Sentiasa Ada

Kesibukan kerja sentiasa membadai.... hehehe.... bukan tak sempat nak celebrate, InsyaAllah ada rezeki sambut sekali dengan kakak Amani, sebab kakak pun birthday Ogos. So jimat la skit kami! hehehe.... Minggu depan saya ambil cuti sempena cuti sekolah. Ni kali pertama ambil cuti semasa cuti sekolah sejak 2021 masuk kereja. Apa pun 30, 31 hb ada kereja juga kena submit. Walaupun bercuti kereja tetap onnn.... InsyaAllah.... Kereja macam kita ni, kereja dengan sistem, tetap on walaupun di masa sahaja kena submit markah student. 

Rezeki Di Mana Sahaja

Percaya lah pada rezeki Allah dah kurniakan anak-anak dengan rezeki yang tersendiri. So, kita kena percaya dan usaha. Ia tak datang dengan sendiri tanpa usaha. Uasaha doa, yakin, readha... Kalau tak sambut tak mampu nak sambut hari lahir jangan risau, ada la rezeki terkemudian hari. Tiada istilah wajib tuk sambut hari lahir. Itu yang saya terapkan pada anak-anak, kerana saya pun tidak pernah sambut hari lahir oleh ibu bapa saya! 


Terima Kasih Semua

Saya ucapkan terima kasih pada semua yang wish hari lahir saya dan anakanda Rizqin Mateen. Tak sempat saya nak reply satu-satu. Semoga Allah Aminkan semua doa yang diucapkan dan dikembalikan kepada semua doa tersebut. 

Tiada apa yang nak saya bualkan lagi selain meriahkan blog yang bersawang ni. Allhamdulillah syukir. Terima kasih semua yang sudi singgah dan baca coretan tak seberapa ini. 

No comments

Powered by Blogger.