Keje Aku
Gagal Sekali Tak Semesti Sentiasa Gagal
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Gagal Sekali Tak Semesti Sentiasa Gagal | Kelmarin 20 Ogos 2023, hari pelajar PhD saya defend proposal. Saya selaku penyelia yang kedua. Allahu memang rushing sangat saya kelmarin dari pagi sampai la 2.30. Orang utaqha kata p mai p mai... zikir je la peneman masa drive, sampai bilik meeting tu pukul 2.35 petang. Semua panel dan pengerusi, my student, click sedang tunggu saya untuk mulakan majlis.
Terus mulakan majlis bila saya sampai sehinggalah pukul 5.35 petang. Ofis tutup 5.30 petang. Dengan melangkah dari bilik meeting, dengan pelajar saya mendapat resultnya redefend. Dia sangat frust dengan result tersebut.
Pagi tadi, kami bertiga ke Manager Coffee membuat pembetulan dari awal apa yang diberi komen oleh panel. Dia mula rasa tenanag dan faham apa yang kami sampaikan. Saya juga kesian dan terharu padanya. Situasi itu dapat saya rasa bila saya juga reviva masa PhD dulu. Bila saya search untuk solve masalah proposalnya, saya dapat cari satu rujukan, so kami decide untuk dia fokus apa yang diberi pandangan oleh panel dan betulkan apa yang patut.
Untuk step pertama beliau kena cari isu kukuhkan problem statement. Problem statement perlu padat hanya 1-2 muka surat sahaja. Tiber ada kawan kami datang join. Dan explain padanya itu dan ini about PhD, hopefully dapat bantunya. KEsian dia! Untuk tunggu defend proposal ni pun dah ambil makan 3 bulan lebih baru dapat tarikh defend. So, dia diberi masa 6 bulan untuk baiki proposalnya dan redefend. Sekarang beliau berada dalam semester 5. Itu yang sangat merisaukannya tu. time frame! PhD ni kejar masa.
Saya doakan belilau berjaya dalam PhDnya. Ini cuma langkah pertama, untuk beliau betul-betul faham apa itu proses dalam penyelidikan PhD. Caiyokkkk... You can do it. We can support you and guidance you!
Kadang-kadang apa yang saya dan penyelia pertama lihat tak sama dengan apa yang panel lihat. So, itu juga dapat bantu kami antara satu sama lain baiki apa yang patut! Gagal sekali bukan bermakna gagal kemudian. Orang yang gagal orang yang kuat untuk bangkit!
All the best Wang Zilong!
So, lepas jer discussion dengannya, saya dan my click bergegas lak balik ofis ada satu lagi presentation yang harus dinilai... Bak kata kawan kita permudahkan kerja orang, InsyaAllah, Allah akan permudahkan kerja kita.
nieyl penah tgk adik nieyl buat master, itu pun dah lelah tgk ..ni dia baru plan nak sambung PhD..xtau la tu mcner...Good luck Wang Zilong! semoga dipermudahkan semuanya..
ReplyDeleteilmu tahap tinggi kalau sudah berada di PhD...bukn semua ada peluang begitu
ReplyDelete