Tolong Menonolong dan Rasa Hormat dan Menghormati Dalam Pekerjaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tolong Menonolong dan Rasa Hormat dan Menghormati | Salam Hari Selasa. Allhamdulillah sihat sejahtera. Saya harap pembaca blog ini juga sihat sejahtera. Syukur semalam saya, suami dan anak-anak membuat edisi kemas mengemas bilik tidur utama. Bilik tidur saya tu tidur bersama anak kecik Mateen, kak chik dan kak ngah. So lima la dalam bilik tu. Bila dah ramai dalam bilik tu, al maklum sahaja ler... macam-macam jadinya. Ada yang main mainan, ada yang melukis bersepah kertas kat lantai, ada yang study, ada yang makan pun ada...



So, hasil daripada aktiviti kemas mengemas tu banyak ler barang-barang yang tak jumpa cari sebelum ni dah jumpa. Spek saya dah berkali-kali cari, kemas-kemas sebelum ni tak jumpa jatuh dan tersorok kat mana, akhirnya semalam jumpa bawah kati. Walhal sebelum ni duk mengemas tak jumpa... hahaha... Allhamdulillah... Nasib la spek murah je! ada back up. Tak la jalan meraba... kekekke.... Then, jumpa lak 3 kotak spek... kekeke... semua kt bawah katil. haduiiii...

Didik Anak Seronok Mengemas

Seronok bila mengemas sesama anak-anak... yang kecik tu pun kalut juga ler... Mainan, bear kakak-kakaknya yang kecik2 yang besar semua ada.... nak buat camana skang ni nak beli bear pergi bundle jer. Murah-murah, so setiap kali pergi bundle ada sahaja diorang nak beli bear tu. Dah kat rumah bersepah dengan bear. Ada yang orang bagi pun banyak juga... Kawan-kawan saya bagi toys McD bear yang kecik2 tu satu kotal kasut. Banyak ler toys bear kecik2.... 

Husband suruh buang, saya kata tak payah ler. P cuci boleh bagi kat orang! sayang kan. Orang bagi kita, kita boleh pula bagi orang saiapa yang sudi. Terus masuk mesin basuh cuci bear2 tu.... 

Terap Sifat Bersih dan Suci Dalam Jiwa Anak

So, anak-anak pun mula paham konsep kebersihan dan menyimpan barang. Bila mereka kemas dan simpan sendiri barang-barang mereka, senang untuk mereka cari bila meraka perlu dan nak guna. Dari aspek batiniah pula dapat mendidik anak-anak supaya mempunyai hati yang bersih. Tidak kira adik atau kakak jangan berkira membuat kerja, sama-sama bantu, tolong antara sama lain, tiada dengki siapa buat kerja buat ke sikit. Itu yang mereka kena faham. 

Pujian Kepada Anak
Anak-anak ni sukakan pujian. Bila kita puji mereka rajin sudah tentu mereka akan suka dan lagi bersemangat untuk buat kerja. Tak salah kalau kita juga berikan gift dan sebagainya untuk balas hasil kerja mereka. Namun, perlu berwaspada pula, jangan biarkan mereka mengharap jika buat ini dapat ini. Boleh terapkan pada mereka dan explain dengan jelas konsep ikhlas dalam buat sesuatu perkara. 

So, anak-anak ni kalau mereka faham konsep tolong-menolong, kerjasama tentu mereka tidak mengharapkan apa-apa selain pahala. InsyaAllah. 

Itulah aktiviti kami semalam, sampai terus la tidur lepas siap mengemas tu. Penat! hehehe

8 comments:

  1. Uncle kalau hilang spek memang huru-hara hidup!

    ReplyDelete
  2. Cuya belum mendirikan rumahtangga, harap satu hari dapat mendidik anak dengan baik

    ReplyDelete
  3. semua kena buat sama2 bila dgn anak2 tu.. selain kerja siap, quality time & bonding tu.. priceless sgt..kannn

    ReplyDelete
  4. Latih anak awal senang kan kak, sok lusa kita takde depan mata dia boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  5. lama x singgah blog kak shiela.. bila ramai2 mengemas ni semangat sikit...barang yang hilang pun boleh jumpa hii

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum lama kita tak tgk blogg,dah bersarang dah hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.