Terima Kasih Julai 2023 Konvokesyen Kali Ke-4

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Terima Kasih Julai 2023, Konvokesyen Kali Ke-4 | Allhamdulillah. Julai 2023 berakhirnya semester A222 bagi tahun 2023, dan akan memasuki minggu peperiksaan pada bulan ini. Saya padat aktiviti Julai. Sebenarnya, pabila masuk semester A222 pada bulan Mac lagi penuh dengan aktiviti. Tercungap jua buatnya. Beberapa kali juga la down kerana terlalu penat. Ada juga hari yang no rest dari pagi sampai ke tengah malam. Masuk pukul 1 pagi memang dah tak boleh buat apa, sehingga kan tangan pun dah tak boleh angkat. Seharian nonstop kereje. Cari nafkah cam ni la kan... Lebih baik daripada tak ada kereje. 

Allhamdulillah.

Konvokesyen Diploma di UUM ke-35

Syukur, pada 24 Julai yang lalu saya akhirnya bergelar alumni UUM. Dengan Diploma Pascasiswazah Pembelajaran dan Pengajaran Tinggi... Panjang tul namanya. Kami panggil PGDHelt ada gak yang panggil PGDHELL kekeke.... banyak sesangat assignmentnya... Program ni, diformulasi selama 4 semester, saya belajar masa Covid, so kelas semuanya online. 


Dari mula saya register untuk diploma ni masa memula mengandung 2 bulan, sehinggga la melahirkan baby Muhammad Rizqin Mateen. Seronok, saya dan team saya semacam enjoy je dengan diploma ni. Kami memang team jenis havoc terutama ketua kami Kak Tonnn hahaha... Team kami namya "Group 5" walaupun ahlinya cuma 4 orang sahaja. Bila bersama team yang sekepala kami tak rasa berat, bab kata berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, walaupun assignment always last minute tapi siap! hehehe... memang kelam kabut selalu siapkan assignment. Ye la dah tua-tua pun kena buat assignment kan... 

Berat ke beban bekerja, mengandung dan belajar?

Bagi situasi saya, tak membebankan jika kita readha apa yang kita nak buat! Tapi bila kita tak readha banyak masalah akan timbul terutama dalam diri kita sendiri. Sebagai contoh buat apa pun kita rasa tak kena, kita selalu merungut itu dan ini. Susah jika ada dalam hati kita ni perasaan tak redha. Perkara yang elok pun kita akan nampak tak elok. Ini salah itu salah, semua salah lah... hehehe... Sebenarnya ia semua bermula dari hati kita kan... Formula apa pun kerja yang kita buat, perlu ada minda yang baik sentisa fikir positif, create situasi positif dan hati yang bersih. Saya sangat percaya bila dalaman (HATI) kita bersih, secara tak langsung ia akan transform pemikiran yang baik, positif dan kelakuan yang baik!

Kelas Diploma online

So, tak de masalah situasi saya bekerja ke, mengandung ke dan belajar dalam pada masa yang sama! Bila kita create suasana yang positif kita akan mudah lakukan apa sahaja. Masalah bukan masalah tapi ia adalah bagaimana kemahiran untuk kita mengatasinya! Saya bersyukur tuk semua ini ,kerana bila saya melahirkan baby, saya tak ada masalah bersalin, dan buat kali pertama saya bersalin tak sakit. Bukan tak sakit langsung, jangan salah faham, maksudnya sakit bersalin sekejap dan mudah bersalin, jahitan cuma 1 jarum sahaja, badan saya pun sihat seperti biasa. Tak macam seperti orang lepas bersalin pun, berbanding dengan bersalin yang lepas-lepas. 

Dengan keadaan saya yang sihat! mampu menguruskan diri sendiri, walaupun sebelum ni bersalin pun saya berpantang sendiri, dengan bantuan suami di rumah mak saya. Kali ini saya bersyukur bersalin dan berpantang di rumah sendiri, still suami yang tolong. So, kita enjoy! 

Hari kedua bersalin boleh siapkan assignment dan sebagainya pada malam hari. Dek baby admit sebab kuning, dua malam selepas balik rumah. So, hari kedua ketiga saya mengadap laptop. Masalahnya, lain lak jadi masa tu.... Mungkin keadaan saya yang tak cukup tidur bila baby admit, darah saya naik. Belum pernah sejak mengandung tekanan darah saya tak ok... Tak pasal-pasal kena marah kat misi dan sebagainya. 

Berkerja Masa Second Covid 2021

Saya saya dengan pelajar juga secara online

Ibu Pantang Tak Ada Rehat

Maksud saya, dalam dua minggu pertama berulang alik ke klinik ambil BP dan darah baby. Bangun pagi duk fikir nak kena pergi klinik... hehehe... Hari Jumaat Sabtu pun kena check BP. Lama-lama dah imune rasa sama jer dalam pantang ke tak! Nak buat camana, tiap hari ke klinik. Baby lagi check darah, mak lagi check BP.

So, kita layan je la.... hahaha.... kelas online seperti biasa, yang bestnya kelas bukan setiap minggu, cuma assignment je yang banyak. Bila dah rasa badan sihat masa dalam pantang, bersungguh ler buat assignment. Allhamdulillah, baby baik tak nangis-nangis masa pantang! Mandi baby tu biasa, dari anak sulong walaupun saya ceacer masa tu, saya sdiri mandikan baby.... That's why saya hepi pantang kali ni sebab tak sakit! berbanding pantang tuk anak pertama sampai ke3.... Bersalin mudah tapi jahitnya banyak kalau dulu2... Banyak pun sakit tetap mandi anak, masak sdiri. Itu la pengalaman lepas yang tak boleh kita beli! Bersusah-susah sendiri bersenang-senang kemudian. Bila kali ni Allah bagi saya rasa tak sakit jahit bersalin, sihat dan sebagainya, nikmat mana lagi yang nak kita sangkalkan! Syukur dapat rasa semua tu!

Kelas! anak sentiasa di riba! hehehe... tiap kelas la dia merenget nak beriba. Dua jam, dua jam ler beriba.... haishhh nak belajar juga. kekekeke.... dah besar sekarang dah 2 tahun 19 Ogos ni, akal memang banyak ler... yang penting suka ikut daddy dia! hehehe... jangan marah en somi.... senang maknya. Pantang tak de kelibat daddy dia terus cari nangis.... Kat mak dia dia tak heran, kalau mak dia nak keluar tak bawa dia baru dia heran nak ikutttt....

Apa pun macam ni pengalaman bekerja, mengandung dan belajar!

Terima Kasih Semua

Allhamdulillah, terima kasih suami yang memahami, anak-anak, keluarga, kawan-kawan, senior juga, yang utama pensyarah-pensyarah yang mengajar saya PGDHELT selama empat semester. Tak lupa mentor saya! so, kena ada mentor, untuk menunjuk arah dalam bidang mencari ilmu ni. Terima kasih UUM dan juga semua staf yang membantu kami semua menghabiskan diploma ini dalam masa yang ditetapkan. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Saya doakan syurga Firdaus untuk kalian. Kejayaan kita bukan dari kita sepenuhnya, malah dari orang keliling kita yang mendoakan kita. Saya percaya pada ini. That's why ia sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa mendoakan orang sekeliling saya! Sebab doa-doa itu yang membawa kepada kejayaan kita! Kita bukan siapa-siapa pun jika tiada orang sekeliling kita!







Lanjer skit gambo konvo 🙈












4 comments:

  1. Tahniah
    Pembelajaran sepanjang hayat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...tahniah kak. Menjadi contoh yg baik untuk semua

    ReplyDelete
  3. wahh...congrats!!! sgt kagum bagi mereka2 yg sambung belajar di usia2 yg makin meningkat ni.. a big applause....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.