Sheila Inspire Dot com : Selamat Bersalin Anak ke-4

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bersalin 37w3days. Allhamdulillah. Pada 19 Ogos 2021 saya selamat melahirkan baby lelaki anak keempat saya.  Syukur sangat. Hari ni dah hari ke 18 berpantang. Nak sangka pun tak tahu nak cakap camana sebab baru 37 minggu kan. Tapi ada juga terfikir saya akan bersalin 37 minggu. History lepas bersalin kat kak ngah Zara Adelia pun 37 minggu


Dek kerja bersusun dateline banyak masa ni lak nak bersalin. Namun, apa kan daya takdir yang tertulis, saya bersalin jua. Sebelum tu, dalam 3, 4 hari saya dah rasa baby mengeras dan rasa tak selesa nak tidur malam. Tapi, saya sangkakan itu perkara biasa, mungkin dalam 2 minggu lagi saya akan bersalin, sebab due date pada 5 September 2021. Saya ada juga la search tentang 'berapa lama ibu mengandung akan rasa baby mengeras sebelum bersalin'... dan pada masa yang sama, saya search juga tentang tanda-tanda bersalin. Ye la, Nur JAnnah dan masuk 4 tahun saya pun dah lupa tanda ibu mengandung rasa mengeras sebelum bersalin tu berapa lama sebelum bersalin.


Pada malam 18.08.21 tu, saya masuk tidur dalam pukul 10.00 malam... Dalam pukul 10.30 saya rasa macam 'baby engage'... saya cakap kat suami "betul ke ni baby turun bawah?"... tapi memang tak pasti dengan rasa tu? Seingat rasa masa nak bersalin kat Nur Jannah dulu, masa tidur saya ada rasa tendangan kuat dalam perut dan tiba-tiba air ketuban keluar! kat ---->>>sini ni pengalaman bersalin anak ketiga.

Saya percaya setiap kelahiran lain-lain... Saya hanya mampu berdoa dan doa semoga dipermudahkan... Saya mula ke tandas buang air kencing! tapi airnya keruh dan saya tak nampak apa-apa tanda... Apa pun saya dah mula was-was, mungkin dah sampai tanda bersalin kot! Husband mula dah nak mengemas... Saya pakai pad, nak tahu betul ke tidak tanda bersalin tu...


Tanda-tanda Nak Bersalin Turun Darah

Ada yang mengalami pecah air ketuban, seperti saya bersalin pada anak ketiga. Namun, masa anak kedua, pengalaman bersalin pada kak ngah Zara Adelia, saya alami turun darah. Seingat saya tanda-tanda turun darah tu pada pukul petang dan selepas manghrib baharu saya ke hospital untuk bersalin.... Kontaraksinya lama juga bila turun darah ni... Pukul 12.30 masuk labour room dan pukul 2.30 pagi bersalin... 2 jam juga la bertarung kesakitan kat dalam labour room tu...


Pecah air Ketuban

Tapi, bila pecah air ketuban ni cepat sikit... Saya ke hospital dalam pukul 8 lebih pagi... Buat check up dan sebagainya, masuk labour room dalam pukul 11 lebih,  dan lepas tu jam pukul 11. 30 kot saya bersalin... cepat sangat tu... masa masuk labour room tu buka 5 cm...

Nak dijadikan cerita, husband dok kalut buat persediaan, walaupun barang baby banyak sangta tak lengkap... Pampers baby pun belum beli, baju ada beberapa pasang je, memang teruk sangat rasa kalau betul nak bersalin ni... Tak pa la tawalkal sahaja.... Lepas tu saya masuk toilet semula untuk buang air, memang kerap nak buang air, gap dalam 4,5 minit ja... bila masuk tandas, ada tanda-tanda pink kat pad yang saya pakai... air kencing masih keruh... Bila keluar tandas rasa rasa air ketuban keluar sikit... Haaahhh... dah sah nak bersalin ni.... Terus saya panggil en husband.... dia terus ambil beg dan sebagainya kemas barang-barang baby.... dah pukul 12.30 malam masa tu... Dah masuk 19 Ogos 2021... Dalam hati saya berharap la, ni bersalin ni boleh ke tunggu sampai 20 hb... sebab 20 Ogos hari lahir saya... Dalam pada tu saya duk berlengah lagi, siap kemas rumah sikit, kemas barang, solat sunat dan sebagainya... 

Boleh Solat Walaun Turun Tanda Mahu Bersalin

Bagi ibu mengandung, boleh solat jika dah ada tanda seperti turun darah atau air ketuban atau pun sedang mengalami kontaksi untuk bersalin kerana ia adalah darah istihadah bukannya darah wiladah atau nifas. Jangan risau ibu yang sedang kesakitan mahu bersalin boleh lagi mengerjakan solat. Yang penting kena berpakaian bersih, pakai pad dan sebagainya...

Bertolak ke Hospital Mahsuri Medical Centre Jitra

Husband dah tungu kat dalam kereta... Saya pesan kat kakak jaga adik-adik, kakak tidur dalam bilik mama... Mama mahu bersalin kat Jitra. Seronok la kakak boleh tidur bilik mama sejuk ada aircond... hehehe. Bersiap dah anak-anak tidur bertiga atas katil... Anak-anak mama, doakan mama dipermudahkan bersalin... Dalam pukul 1.30 pagi la juga p hospital Mahsuri Medical Centre Jitra. Kat situ paling dekat. Tiada jiran-jiran yang tahu... Ye la time macam tu, semua dah tidur. 

Saya lak last makan malam pukul 8 lebih kalau tak silap. Mesti lapar juga saya ni... Daddy tolong buatkan air milo + shaklee tapi tak sempat nak minum....

Prosedur Swab Test Sebelum Check In Ke Hospital

Sampai kat MMC hampir pukul 2 pagi. Kena tunggu buat swab test Covid. Terus saya dan suami masuk bilik buat swab test. Selepas buat swab test tu, sedang tunggu result, saya rasa air ketuban saya dh keluar banyak... Bila dah dapat result negetif misi bawa saya kat labour room sebelah... Lepas tu giliran suami saya pula, dah tak sempat nak tengok suami saya buat swab test sebab dah rasa sakit.

Apabila untuk masuk ke mana-mana hospital kita disarankan untuk swab test terlebih dahulu. Rupanya baru saya tahu kat mana-mana hospital pun boleh untuk lakukan swab test. Dah keadaan saya emegency, so kami buat sahaja swab test kat MMC. Misi dan doktor dah remind kat saya, nak masuk hospital kena swab test... 




Check In Terus Kat Labour Room

Nasib la dekat sahaja labour room... Check bukaan, dah 6 cm... tak sempat nak masuk bilik atas ni kata misi... Dalam setengah jam lagi bersalin... Misi kata dah lembut faraj saya, "mudah bersalin kot sebelum ni"... "ntah la misi, tapi sebelum ni bersalin tak de la susah sangat, mudah la kot"... kekeke.... Saya pun tak boleh nak brain "mudah atau susah bersalin tu macamana dalam keadaan dah rasa kontraksi ni"... hehe... 

Betul la misi cakap memang dalam setengah jam bersalin.... Saya masuk labour room pukul 2.15 pagi... 2 kali misi call doktor, kali kedua call, misi cakap "patient almost full"... memang dah rasa nak bersalin sangat dah tu. Misi cakap sempat tunggu doktor datang kejap.... bersalin pukul 2.47 pagi, dan-dan doktor masuk labour roon nak pakai baju, saya terus push... Allhamdulillah, sangat dipermudahkan.... Ya Allah, syukur Allahmdulillah... sebab saya selalu dimomokkan oleh husband, takut saya susah nak bersalin, tak ada tenaga nak push... sebab umur saya dah 41 ni... huawrghhh....

En daddy lak tak leh tengok, masa saya duk sakit tu, dia duk minta nak keluar duk kat luar... Saya bagi isyarat pergi la. Misi tanya kenapa? Saya cakap "dia mabuk darah". Bila doktor sampai pun doktor tanya, "suami tak masuk ke?", misi reply "suami dia mabuk darah" kang pengsan lak... hehehe.... Beberapa kali push, baby keluar... Syukur sangat! Bila misi angkat baby, baby boy, saya nampak... "keciknya baby saya", detik hati saya... hihihi... kata misi "2.89 kg"... ha tu la... Allhamdulillah... saya juga niat nak lahir baby kecil pun tak apa janji mudah saya nak push... biar baby besar kat luar.... syukur finally dapat baby boy! berbanding kakak-kakak semua berat masa lahir 3.0, 3.0 dan 3.5... tak apa baby kecil janji baby sihat! Baby ni dia cepat je besar kat luar. Dah lepas seminggu saya dah nampak beza baby saya. Sekarang dah 2 minggu lebih lagi nampak beza... 

Luka Bersalin Sikit

Saya tanya doktor ada luka ke doktor? doktor kata "alaa... ada juga sikit kat tepi kanan"... allhamdulillah... tak luka banyak! 1 jarum sahaja. Daddy masuk masa doktor sedang jahitkan luka saya! Selepas misi sedut baby, bersihkan baby... daddy azankan baby... syukur baby sihat dan tiada apa-apa komplikasi.... 



Masa masuk 37 minggu saya ada amalkan "minyak kelapa dara". Baru nak habis sebotol, tinggal sesudu nak habis sebotol... Masa nak ke hospital saya sempat ambil dua biji kapsul minyak kelapa dara. Saya niat kalau boleh tak nak ada luka, kalau ada pun sikit sahaja, Saya tak pernah rasa bersalin dengan sikit luka. Walaupun, mungkin saya bersalin mudah tak duk lama-lama kat labour room, masa bersalin kat kak ngah pun paling lama 2 jam sahaja. Sebab tu saya selalu doa nak sikit luka nak mudah sembuh. Setelah dua minggu pergi check up luka, syukur luka dah ok, cuma benang sahaja yang belum tanggal lagi.


sumber: FB D'Aura

Minyak Kelapa Dara D'Aura Membantu Meminimumkan Koyak dan Mudah Bersalin

Semuanya kuasa Allah Yang Maha Agong, kita cuma ikhtiar. Apa-apa supplement yang kita ambil cuma asbab. Mungkin ini adalah asbab untuk ikhtiar saya. Sebelum ni saya belum pernah ambil minyak kelapa dara. Mungkin kali ni, Allah Yang Maha Memberi Rezeki dan Menyusunkan untuk saya.so, saya cuba ambil minyak kelapa dara D'Aura ni. Saya jumpa maklumat menerusi facebook, dan terus saya menghubungi untuk bertanyakan tentang produk ini. 

Saya disarankan mengambil VCO Gold, memandangkan kandungan saya dah hampir 37 minggu. Untuk VCO Gold saya sambil 2 sudu selepas sarapan dan 2 sudu malam. 

Khasiat VCO Gold (Minyak Kelapa Dara D'Aura Gold)

sumber: FB D'Aura

  • Minyak Kelapa Dara dengan kualiti yang terbaik.
  • Melalui Proses “Cold-Press” yang perlahan iaitu sehingga 48 jam bagi menghasilkan minyak kelapa dara yang benar-benar berkualiti serta untuk memelihara kandungan nutrien di dalamnya.
  • Kualiti dijamin dan dihasilkan sendiri di Kilang D’Aura di Shah Alam
  • 99.9% “Pure” dan tidak dicampurkan dengan apa-apa bahan kimia serta estrak lain.
MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH MORNING SICKNESS & ALAHAN

Asid Lauric di dalam VCO membantu menyeimbangkan Hormon yg menyebabkan Alahan. Ianya juga membantu melawan bakteria jahat di dalam usus dan menyihatkan usus anda.


MENAIKKAN HB BAGI IBU YANG ADA MASALAH “HB LOW”

Kandungan Iron dan Copper di dalam VCO membantu membina lebih banyak Sel Darah Merah

MENGAWAL MASALAH KENCING MANIS IBU HAMIL

Ibu Hamil yang ada masalah Kencing Manis perlu mengawal kemasukan Gula dan Glukos dalam badan. Tanpa Glukos/Gula ibu hamil akan merasa cepat letih kerana Gula dalam darah tidak dapat bertukar kepada tenaga. Asid Lemak di dalam VCO membantu ibu hamil mendapat tenaga tanpa perlu bergantung pada gula. Secara tidak langsung Kadar Gula dalam darah dapat dikurangkan.

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI

Asid Lemak MCT (Medium-Chain Triglycerides) di dalam VCO sangat mudah ditukarkan kepada tenaga. Ambil 2 pada waktu pagi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

MENINGKATKAN SISTEM IMUN BAYI DALAM KANDUNGAN

Asid Lauric di dalam VCO yang bersifat Anti-Microbial membantu melindungi serta meningkatkan lagi Sistem Imun Bayi. Ibu Hamil yang mengambil 2-3 sudu sehari dapat membantu menyihatkan dan mengelakkan bayi mudah sakit.

TIADA LAGI MASALAH SEMBELIT

Ibu hamil mudah dapat masalah Sembelit lagi-lagi jika ada consume Ubat Klinik Iron/Zincofer. Asid Lauric membantu melawan bakteria di dalam Usus dan membantu menyihatkan sistem penghadaman.

MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN

Ibu hamil mudah mendapat masalah keputihan akibat dari perubahan Hormon. VCO yang bersifat Anti-Microbial dan Anti-Fungal membantu mengurangkan kesan Keputihan lebih-lebih lagi semasa pregnant.

SUMBER KHASIAT SUSU IBU

Tahukah anda, Susu Ibu paling kaya dengan Asid Lauric. Sumber kedua Asid Lauric yang terbaik adalah VCO. Mengambil VCO semasa mengandung membantu penghasilan susu ibu serta menambah lagi khasiat di dalam susu ibu.

MENGURANGKAN KESAN STRECHMARK

Ibu Hamil cuma perlu sapu di perut untuk membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan kesan Strechmark

MUDAH BERSALIN DAN MENGURANGKAN RISIKO KOYAK
Minyak Kelapa Dara sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan dan melembutkan serviks semasa contraction. Ianya juga dapat mengurangkan risiko koyak jika digunakan sebagai perenial massage di hujung kehamilan DR SITI ESAH BAHARI, KPJ SELANGOR
Maklumat lanjut untuk Minyak Kelapa Dara D'Aura


Betul sangat! saya setuju, memang ia melembutkan serviks, misi pun cakap kat saya, "serviks saya dah lembut"... saya tak paham... baru saya paham macam mana lembut tu, mudah untuk bersalin dan dapat kurangkan risiko untuk koyak banyak. Masa saya dapatkan minyak kelapa dara D'aura ni ada promosi Merdeka.

sumber: FB D'Aura



Selesai!!!
Dalam pukul 3.30 selesai semua, tunggu misi kemas labour room, saya dibawa masuk bilik... Baby dimandikan misi dulu sebelum misi hantar baby kat bilik saya... Tak boleh tidur sampai subuh... Daddy cakap "nampak saya sihat, macam tak ada apa-apa"... ye la kali ni bersali tak sakit sangat, luka pun sikit jer... itu yang rasa ok macam biasa jer... Kalau sebelum ni luka banyak, sakit yang amat. Nak bergerak memang susah sangat!


Rupanya kalau bersalin tak banyak luka ni, badan kita pun ok, dan kita pun tak sakit sangat! Ya Allah sangat dipermudahkan! Sebelum ni, memang sengsara dengan luka banyak. Sangat terbatas nak bergerak. Tambahan pula, nak menyusukan baby. 

Pukul 6.45 pagi, bilik saya diketuk dan saya dihantarkan sarapan, roti dan milo... Kemudian, dalam pukul 7 pagi lebih, misi datang ambil baby. 


Saya ingat, misi bawa baby keluar sekejap sahaja. sejam, 2 jam tunggu baby belum dihantar lagi... Saya suruh husband balik rumah dulu... Kakak wasap dalam pukul 7 lebih, dia tanya mama dh bersalin ye? Dia tengok mesej saya pada kawan-kawan dan keluarga. Misi datang bawa menu untuk lunch. Lama sangat duk tengok menu. Saya minta husband suggest nak makan apa ni? Finally, saya decide ambil ikan masak asam dengan sayur air sawi... Husband balik rumah dulu... 

Dia pesan suruh saya call mak saya, sedang duk sembang dengan mak saya, pukul 9 lebih doktor datang check up saya. Kata doktor lepas lunch nanti saya boleh discharge... Doktor tanya saya dah mandi ke? Belum kata saya, baru nak mandi ni, tadi tunggu baby.. Doktor kata baby lambat lagi! doktor bagi ubat dan pesan 2 minggu lagi ada temujanji check luka. ok doc terima kasih. Baik doktor. 

ready to check out


Lepas doktor check up, saya pergi mandi dan bersihkan diri... Rehat, sempat terlelap... dah lama tak mengadap je tv, dah sorang-sorang kat bilik saya duk tengok tv sampai terlelap. Misi datang dan pukul 12.30 bawa lunch... Allhamdulillah, sedap pula masak asam ni...Licin saya makan, memang lapar! 

Daddy call... saya cakap datang la, ambil saya! Saya dah boleh discharge,,, tapi baby belum dihantar ke bilik dulu. Saya tanya berapa bayaran kat kaunter. agaknya, bila dah buat bayaran baru boleh ambil baby. Lama betul baby check up dari pukul 7 lebih pagi tu... Misi bagi jumlah bayaran yang dikenakan... Saya call daddy, dah datang buat bayaran dulu kat bawah! Hampir pukul 2.45 baru daddy sampai. Baby belum siap lagi kata misi... dalam pukul 3.30 baru selesai semuanya... dan boleh discharge. Allhamdulillah... 

Kita balik rumah baby!

Terima kasih Ya Rabb Syukur! 









17 comments:

  1. Allahu, saya baca details. Seriau pula nak beranak (Saya belum kahwin and tak mengandung pun). It just Hebatnya seorangg ibu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn takut sis.. InsyaAllah smg sis pun akan dipermudahkan melaluinya...

      Delete
  2. Tahniah
    Semoga ibu dan baby sentiasa sihat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. lahir seorang putera. Semoga menjadi anak yang soleh. Tahniah kak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah . Selamat berpantang . Semoga kedua-duanya berada dalam keadaan sihat

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah..moga puan sihat dan baby juga sihat ya

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH TAHNIAH SELAMAT SEMUANYA JAGA DIRI N BABY

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tahniah kak shila, semoga ibu dan bb sihat walafiat hendaknya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah sis..
    Perkongsian yang detail..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.