بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Allhamdulillah, 31 Ogos 2008 lepas genap usia anak sulung saya Kakak Putri Damia Amani yang ke-13. Selamat hari lahir kakak. Blog ni dulu masa mula-mula saya create banyak cerita dan themenya pun pasal kakak, anak sulung saya. Ye la, anak sulungkan, banyak kenangan. Lahir pula 31 Ogos 2008. Sehari sebelum puasa Ramadhan 2008. Nak tak nak berganti la saya sebulan.
Di sebabkan saya berpantang, daddy beli kek SR carrot cake, 1 slice burn cheese cake dan 1 slice marble cheese cake dan KFC. Untuk mengembirakan anak-anak, ye la dah beberapa hari saya berpantang menu kat rumah banyak menu pantang je... Apa yang en suami masak itu la yang anak-anak makan sama dengan menu pantang saya.
Sempena hari lahir kakak, bagi la mereka hepi skit makan menu yang berbeza skit daripada menu pantang saya... hehehe... Allhamdulillah syukur!
Jarang sangat celebrate birthday, just beli kek. Itu pun dah cukup hebat bagi kami... Syukur! Anak-anak ni memang teringin. Kalau dulu masa kat tadika boleh la kita bekalkan makanan tu kawan-kawan mereka kat sekolah. Dah masuk sekolah rendah, belum pernah saya buat. Just en suami beli kek sahaja, sama-sama makan kat umah then bahagikan pada jiran.
Kalau tuk tahun depan bagi bulan Ogos, kakak boleh la sambut birthday dengan saya dan baby boy... Baby boy la lak sehari awal daripada saya!... misi kat labour room cakap bulan 8 ayah dia kena keluar duit banyak la, 3 kali sambut birthday... En suami cakap senang buat sekali harung je sambut tiga-tiga... kekeke
Apa pun, mama doakan kakak menjadi anak solehah, senangkan mak ayah dengan akhlak yang baik. Berjaya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Mujib.
Apa Hadiah Hari Jadi Yang Sesuai Untuk Anak-anak Remaja Perempuan?
1. Handphone
Kalau bab hadiah hari jadi ni, kalau kakak dia memang nak handphone la. Walaupun dah tingkatan 1, dia belum masih ada handphone sendiri dan guna phone saya! Semua group wasup tele semua kat phone saya. Adakala memang terbatas la tuk saya guna phone. Ye la anak-anak ni pantang letak phone terus melekat kat diorang. Nak tak nak malam nak tidur baru dapat kat kita semula, itu pun kalau bateri phone ada. Kalau tak kena cas. Terpaksa juga nak tengok wasup kita ke apa, kena la buka latop. Memang aktiviti bisnes memang terganggu juga. Tapi memandangkan sekarang waktu saya berpantang dan rehat, saya membataskan diri sedikit dengan bisnes dan bersosial media.
2. Baju
Untuk ahdiah kakak tahun ni, mak dia jual baju Sabella, saya hadiahkan la baju kurung Quenny Sabella.
Saya pilih Quenny Bella Kurung 100 corak logo Sabella warna Putih. Jarang ada kurung warna putih ni. Bila tengok terus berkenan. Untuk kakak saya ambil saiz S.
Kat atas ni antara Quenny Kurung yang masih ada kat website dan size yang masih available setakat pagi tadi. So, korang kalau nak tahu, saya punya drive untuk join Sabella ni juga sebab kakak cakap "mama jual baju la, kakak tak banyak baju kurung"... Sebab ni juga saya pilih Sabella.
3. Shawl
Ok, sambung lagi hadiah apa yang sesuai, korang boleh juga hadiahkan shawl. Anak-anak ramaja ni memang suka shawl dan dah pandai up to date dalam berfesyen. Kalau tuk kakak, dia suka tudung bawal. Tudung bawal kalau mak-mak pakai pun nampak muda remaja. hehehe...
So, korang saya sekarang ni, suka sangat kenakan tudung bawal Sabella, bukan kerana saya yang menjualnya, tapi shawl Sabella ni dia ironless, kalau nak iron, saya selalu iron sekali je untuk hilangkan kesan lipatan, then tak perlu iron dah. Just sangkut je elok-elok ta hanger, boleh pakai semula tanpa kedut. Sangat mudah kalau nak cepat bagi saya yang ada anak kecil ni...
Nak mudah lagi Sabella ada keluarkan tudung sarung Mellis, lagi mudah just sarung sahaja. So, anak-anak remaja juga ada yang suka pakai tudung sarung. Ye la kalau kat sekolah ramai yang kenakan tudung sarung mudah dan senang tuk anak-anak remaja.
Seperti biasa rutin saya dan baby check up di klinik kesihatan, so nak cepat saya just sarung je Mellis ni. sangat senang! Mellis ni ada dua sais M dan juga L.
Kalau yang saya pakai ni saiz M, dia labuh memang cecah paras perut. Tak perli risau memang full menutupi bahagian dada. Sangat selesa. Cuttingnya runcing! Bahagian belakang pun labuh ngam-ngam dengan saya! Ini antara idea dari saya tuk hadiah hari jadi khas bagi anak remaja, kalau uols nak hadiahkan shawl atau tudung sarung.
4. Telekung
Selain itu, antara yang menjadi pilihan untuk hadiah hari jadi anak remaja perempuan juga, uols boleh hadiahkan telekung. Tekung memang sangat penting dan kegunaan harian kita. Sangat sesuai tuk anak remaja, kerana anak remaja ni ada kala tak pentingkan telekung guna apa yang ada. So, tuk kali ni saya cadangkan kita perbanyakkan telekung mereka untuk mereka tukar silih ganti. Nak cari kat mana telekung cantik?
Eh jangan riasau saya ada idea! Boleh juga dapatkan telekung Sabella, selain cantik dengan based putih, corak yang tidak crowded dengan sulaman, sangat sesuai tuk anak remaja. Yang paling utama harga pun sangat berpatutan. Tidak cecah ratusan ringgit. Dengan harga promosi bawah seratus dah boleh dapatkan telekung yang cantik.
Bukan untuk anak remaja juga, malah telekung Sabella juga dicipta khusus juga tuk anak-anak kecil. Allahu sangat mudah dan sedondon dengan ibu.
Pelbagai corak disediakan, yang penting saya suka telekung putih. So, ia sangat sesuai dengan anak-anak remaja yang lebih sukakan telekung yang simple namun, ia masih bercorak, tidak penuh dengan sulaman. Ini antara idea yang boleh saya kongsuikan dengan uols untuk hadiah hari lahir anak remaja perempuan.
Ada yang berkenan? Oh camana nak dapatkan ye? Boleh je contact drobship yang berwibawa, boleh juga contact saya di talian 0166381343, atau uols boleh juga klik sini untuk detail.
Selamat hari lahir ya adik..solat on time ya..
ReplyDeleteterima kasih etuza.. InsyaAllah... yg tu plg ptg
DeleteCantik tarikh lahir kak long
ReplyDeleteSatu Malaysia sambut
tahniah anak merdeka hpbday
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sesuai dengan tarikh lahir yang jatuh pada sambutan hari kemerdekaan juga, semoga terus menjadi pejuang dunia dan pemenang di akhirat.
ReplyDeletehappy belated birthday buat kakak... moga jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Kakak..
ReplyDeletekalau utk gegirl mudah skit nk cari sbb citarasa sama dgn kite..kalau laki aduhai..jemm skit ^_^
happy birthday utk kakak.. =)
ReplyDeleteselamat hari lahir kak long...
ReplyDelete