Selamat Hari Lahir Anak-anak Mama



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Selamat Hari Lahir Anak-anak Mama | Allhamdulillah. Sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa.  Terima kasih, sempat beli kek birthday untuk kak ngah Zara Adelia ke 7 tahu pada 29 September 2019 minggu lepas.


Alang-alang dah beli kek tu, mamanya pun suruh orang bakery tu tulis nama ketiga-tiga nama puteri mama la... hehehe... Amani, Zara dan Jannah....



Seronok la diorang!Bila balik rumah bawa kek, daddy lak bising buat apa beli sebiji kek, beli 1 slice cukup la.... aduihhh... kesian anak-anak, tak apa la ada rezeki beli la sebiji kek tuk diorang. Ni pun kali pertama beli sebiji kek untuk tahun ni.....


Vanila Kek Laici

Bila beli kek ni kat kedai kek di Varsity Mall UUM, sebenarnya kek ni baru sahaja sampai, dan tuan kedai pun tak tahu kek tu perisa apa, coklat ke, vanila ke? Balik rumah potong baru tahu vanila dan ada laici.... It's ok la RM55 untuk setengah kilo. Makan pun tak jemu....


 Vanila Laici



Jannah Suka Kek

Saya mula perasa yang Jannah suka kek masa raya lepas. Banyak yang amat dia makan. Biar betul budak ni.... Kek ni pun satu slice dia makan habis then tambah lagi... Esok lak sambung yang baki tu habis kat dia! Haaa,,,, nampaknya dia memang suka makan kek! Hi la Jannah. InsyaaAllah mama buat nanti kek coklat yer.....


Apa pun tuk puteri-puteri mama, selamat hari lahir, semoga sihat selalu, menjadi anak yang soleh, hamba Allah dan juga khalifah Allah yang sejati.... 

So, korang warga UUM yang membaca blog ini boleh ke kedai kek Varsity Mall kalau tak nak beli kek beli roti pun sedap-sedap. Saya, and family suka sangat roti cheese mentega. Perghhh rasa cheese sekeping kat atas dan dalamnya mentega memang sedap.... 



Nampak macam biasa jer tapi zserius cakap cukup sedap! Korang kena cuba... Ok, apa selamat tengahari dan sesiapa yang berpuasa selamat berpuasa sunat...

Assalamualaikum...


6 comments:

  1. Wah.. Suka ye Jannah dengan kek..
    Happy birthday buat Jannah, Amani dan Zara..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir amani, jannah dan zara. Semoga panjang umur murah rezeki. Cantik keknya. Murah pulak tu

    ReplyDelete
  3. Aunty pun suka makan kek..especially kek coklat..feveret..hehe..apapun happy birthday girls...moga membesar jdi anak2 yg mendengar ckp mama n daddy,dipanjangkan usia ,cemerlang dlm pelajaran n membanggakan mama daddy..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...moga rezeki mama bertambah murah kerana belanja kek untuk anak-anak...aamiin.

    ReplyDelete
  5. Thanks for all the tips mentioned in this article! Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite sims 4 news streamers!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.