Children of Heaven (2000): Filem Yang Padat Dengan Pengajaran Untuk Anak-anak Gadget

Children of Heaven (2000): Filem Yang Padat Dengan Pengajaran Untuk Anak-anak Gadget | Layan filem The Beautiful Mind (2001) kat tv... Lama dah filem ni time zaman duk blajar dl... Dulu tengok main-main, skang dah 10 tahun baru nak tengok serius...Ye la masa time study undergraduate dulu, ada je filem baharu mesti kena tengok, di samping filem-filem lama....

Teringat lagi pesan arwah pensyarah saya YM Raja Ahmad Alauddin, katanya: setiap orang mesti ada filem baharu dan lama yang belum di tonton tukar sesama sendiri kena tengok macam-macam filem. Dah nama student filem! kena la tengok banyak filem, tapi saya ni si pemalas, bukan apa tak dan masa nak tengok filem. Dan..... disebabkan tukar-menukar cd filem masa tu banyak juga la filem-filem saya yang hilang tak tahu sapa pinjam, lupa! Sayang juga la.... sebab filem lama dan filem menang anugerah ni susah nak dapat! contohnya seperti filem Jogho dan sebagainya.


Bila mengajar kat UUM pula, dah last kelas, bila habis je sibus mengajar, saya bawa la CD filem untuk tonton dalam kelas. Kalau tak silap saya bagi diorang tengok filem Iran iaitu "Childeren of Heaven" sebabnya memang CD filem tu tak ada dalam koleksi saya. hahaha.... Kalau tak mesti ada CD filem tu dalam bilik odis saya!.... Dek student syok dengan filem yang ditayangkan, ada la yang pinjam-meminjam... dan saya mula lupa saya yang pinjam terus sampai ke hari ni "Wassalam" je la.... Filem-filem menang anugerah ni memang filem berkualiti, bermesej dan dia boleh menyentuh hati dan menarik empati penonton.... So, tak hairan la ramai yang nak pinjam untuk copy!


Saya teringat lagi bila saya tayangkan filem "Children of Heaven" dalam kelas, kebanyakkan pelajar belum menontonnya, terutama pelajar bangsa Cina. Ye la filem tu sebuah filem tentang sepasang kasut yang diarahkan oleh Majid Majidi dan dikeluarkan untuk tayangan pada tahun 2000.


Filem ni filem masa saya di bangku undergraduate juga ni.... Filem yang bagus dan sangat memberi kesan serta menyentuh emosi penontonnya.... Setiap kali menonton setiap kali tu la saya hiba! pelajar saya juga tutut excited, ada pelajar Cina yang menjerit! yang menangis pun ada. Filem ini telanh memangangi anugerah iaitu Academy Award for Best International Feature FilmSilver Condor Award for Best Fictional FilmAFI Grand Jury Prize. 


Filem ini berlatarkan tempat di Tehran bandar yang digambarkan dengan hidupan masyarakat yang sederhana dan miskin. Ia mengisahkan tetang anak kecil di bangku sekolah rendah iaitu Ali (Amir Farrokh Hashemian) secara tidak sengaja menghilangkan sebelah kasut adiknya semasa singgah ke kedai untuk memberi barang yang dipesan oleh ibunya.


Rentetan kehilangan kasut adiknya itu yang memegang watak sebagai Zahra (Bahare Seddiqi), mereka menghadapi masalah untuk ke sekolah.



Mereka cuba untuk menyembunyikan masalah itu daripada kedua ibu bapanya yang miskin (Mohammad Amir Naji)  bapa Ali dan Zahra dan ibu mereka pula sakit (Fereshte Sarabandi).


Oleh itu. mereka membuat perjanjian untuk berkongsi sepasang kasut yang dipakai oleh Ali sehingga mereka dapat mencari kasut baru untuk Zahra.


Dapatkah kasut Zahra dijumpai???

Sejujurnya saya sangat mengalukan korang tengok filem ni! Sebagai ibu bapa juga harus bagi anak-anak kita tonton filem ni sebab banyak mesej yang tersurat dan tersirat dalam Children of Heaven ni


Mesej dan Pengajaran Dalam Children of Heaven

Tanggungjawab
Tanggungjawab seorang abang kepada adik, apabila dia menghilangkan sebelah kasut adiknya, dan berjanji akan mencari semula kasut adiknya. Tanggungjawab yang dipikul oleh seorang abang tanpa ingin menyusahkan kedua ibu bapa kerana memahami masalah kemiskinan ayah dan kesakitan ibu. Selain itu tanggungjawab seorang abang (Ali) mahu menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi walapun sulit.


Babak yang mana Ali menyuruh adiknya memakai kasutnya untuk ke sekolah



Babak Ali dan Zahra bertukar-tukar kasut di sebuah lorong untuk ke sekolah


Demi tanggungjawab Ali kepada adiknya Zahra dia sanggup menerima apa sahaja hukuman daripada gurunya apabila datang lambat ke sekolah kerana menunggu adiknya pulang dari sekolah dan ingin berkongsi kasut. Ali memberikan kasutnya untuk adiknya pakai ke sekolah pada waktu pagi, manakala akan menunggu adiknya memulangkan kasut untuk dia ke sekolah pada waktu petang. Tanggungjawab itu membuatkan adik kecil ini sabar dan tabah menghadapi segala dugaan dan tidak mahu melibatkan orang tua yang banyak masalah.


Sedih anak-anak sekecil itu mampu memikul tanggungjawab yang besar walaupun nampak remeh hanya kerana kasut! Dek kemiskinan hidup mereka dan kasih sayang kepada kedua ibu bapa mereka tidak sanggup kedua ibu bapa mengetahui masalah yang dihadapi dan cuba untuk menyelesaikan maslaah sendiri.


Part klimaks filem ni sangat tragis la skit,,, seperti mana yang saya cakap tadi ada yang menjerit dalam kelas dan ada juga yang menangis! Babak yang mana Ali masuk pertandingan lumba lari dan mahu mendapat tempat kedua, kerana tempat kedua adalah sepasang kasut! Dengan menggunakan kasutnya yang lusuh dan koyak Ali sedaya upaya untuk mendapat saingan untuk masuk ke paertandingan tersebut.... Dia sedaya upaya berlari sehabisan dengan kasut yang koyak dan kaki yang melecet....


Babak ini menunjukkan Ali binggong dengan masalah yang dihadapinya dan kemudia ditenangkan oleh adiknya Zahra lalu mencuci kasut mereka bersama-sama


Babak kasih sayang! Apabila Ali dan Zahra berkongsi mencuci dan membersihkan sepasang kasut yang mereka kongsi untuk ke sekolah. So, dalam babak ni kita boleh lihat kecantikan senematografi dari sudut shot serta pencahayaan malah metafora syot penuh dengan simbolisme menunjukkan "ikan emas" yang berenang-renang di dalam kolam. Dalam masyarakat Iran "ikan mas" memberi perlambangan kepada membawa keberuntungan!


Zahra juga seorang adik yang bertanggungjawab, tidak manja. Karekternya terserlah apabila dia bertanggungjawab dan berusaha mendapatkan kasut abangnya semula yang dipakai olehnya terjatuh di dalam longkang dengan arus yang deras. Dia berlari mengikut arus air longkang tersebut untuk mendapatkan kasut abangnya.... Satu babak yang menyanyat hati! Saya punya empati tinggi kalau bab ni.... huhu....


Babak ini menunjukkan Zahra menangis apabila tidak sempat mengambil kasut abangnya yang dihanyut oleh arus air yang deras


Tanggungjawab Kepada Jiran Tetangga
Walaupun keluarga Ali ni digambarkan miskin, namun mereka bertanggungjawab berkongsi rezeki bersama jiran tetangga dengan membuat orang sekeliling habagia. Ini ditunjukkan menerusi babak Ibu menyuruh Zahra menghantarkan makanan kepada jiran di sebelah mereka.


Tanggungjawab Seorang Bapa Sebagai Ketua Keluarga
Bapa Ali dan Zahra seorang yang tegas namun penyayang. Dia berusaha mencari nafkah untuk menyara keluarganya sedaya yang mampu. Walaupun penuh dengan dugaan dan kesusahan dalam mencari rezeki dia tetap tabah dan sabar.

Konklusi
Korang nak tahu kesudah filem ni dan seharusnya ibubapa boleh tunjuk filem ni pada anak-anak kita! zaman anak kita sekarang zaman gadget, nak apa semua dapat, sedikit sebanyak filem ni boleh memperlihatkan kepada mereka kesusahan adik-beradik berkongsi kasut dan nak dapatkan kasut tak mahu menyusahkan ibu bapa mereka.



'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.