Kolaborasi
Product Review
AFY Haniff Harus Dicontohi Dengan Kerja Kemasyarakatan Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
AFY Haniff Harus
Dicontohi Dengan Kerja Kemasyarakatan Wangikan Rumah Ronald McDonald HUSM | Allhamdulillah. Sejujurnya bila saya dengar
saja jenama AFY haniff ni saya mula tertanya-tanya, produk pencuci bagaimana
yang dikeluarkannya. Adakah pencuci untuk pakaian sahaja atau pencuci rumah
sahaja? bagaimana? Huh… tanggapan saya silap, sebenarnya kalau korang nak tahu
AFY haniff ni adalah jenama kepada produk detergen penghalau serangga. Erm….
itu rupanya!
Saya juga tertanya-tanya
la sebab mind set ni duk selalu familiar dengan produk bukan bumiputera,
bagaimana hebat produk AFY haniff ni? Apa yang menarik tentang produknya? Dan
saya tak silap untuk saya kenal dengan lebih mendalam dengan produk AFY haniff
ni satu produk
Latar Belakang Syarikat
Kalau korang nak tahu
produk AFY haniff dikeluarkan oleh syarikat yang diberi nama AFY haniff Group
(M) Sdn. Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006.
Syarikat AFY haniff ni
telah menyediakan produk yang didatangi dengan detergen herba organik dan
penghalau serangga yang mengandungi intipati “serai”. AFY haniff sangat
terkenal dengan dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga.
Hari ini, Afy Haniff
telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung
Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand. AFY haniff juga
merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh bumiputera Melayu yang
berpangkalan di Melaka. Kalau korang nak tahu, mereka ni mengeluarkan produk
menerusi kilang sendiri tau yang terletak di Teluk Mas Melaka. So korang jangan
ragu-ragu lak, ini bukan produk timbang kilo. Setakat ini, sudah 2000 pasaraya
telah menjual produk AFY haniff.
Saya ni mungkin
ketinggalan bab ni, sebab jarang guna penghalau serangga kat rumah! Bila dah
tahu tentang hebat dan bagusnya produk AFY haniff ni rasa macam terus nak g
kedai cari produknya!
Terkenal Dengan Produk
Serai Wangi
Apa yang menariknya
produk AFY haniff ni memang popular la dipanggil produk “Serai wangi”. Dengan
ramuan serai yang digunakan di dalam penghasilan produknya ia senonim dan
sangat sesuai dengan gelaran “serai wangi”. Dah la organik wangi pula kan.
Penghasilan menerusi bahan organik dan berasaskan herba ini menjadikan AFY
haniff cukup istimewa dan selamat digunakan.
Apa yang paling utama ia
bebas daripada bahan kimia. Sebenarnya, ini lah formula AFY haniff dalam
menghasilkan produk penghalau serangga selamat dan bersih.
Usaha ini sangat
bermakna dan sangat murni apabila formula organik serta herba diterapkan dalam
penghasilan produk yang bagus. Ye la, dek alam kita yang semakin uzur ini
sering dicemari bahan kimia, dan rumah hijau semakin terhakis, AFY haniff boleh
diiktiraf sebagai wira apabila mampu menghasilkan produk penghalau serangga
yang bebas kimia dan bersih lagi wangi dengan bahan organik serta herba.
AFY Haniff dan Aktiviti
Kemasyarakatan
Dalam perniagaan satu
aktiviti demi meraih keberkatan ialah aktiviti amal dan zakat. Oleh itu, AFY
haniff tidak ketinggalan dalam meraih keberkatan berniaga dengan melibatkan
dalam aktiviti kemasyarakatan. Begitu juga dengan syarikat AFY haniff tidak
ketinggalan dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan NGO.
Aktiviti terbaharu Afy
Haniff ialah dengan mengadakan agenda gotong royong dan wangikan Rumah Ronald
McDonald di HUSM Kubang Kerian yang berlangsung pada 24 September 2019 yang
lalu. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY haniff dan
juga team McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama
dalam menjayakan event tersebut.
Kedatangan pihak AFY
haniff di Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian disambut baik oleh semua
pihak. Banyak produk-produk AFY haniff dibawa dari Melaka membuatkan pihak
Rumah Ronald McDonald begitu terharu dan teruja.
Tujuan utama AFY haniff
bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati
kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang
Kerian Kelantan. Kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan
sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan
rawatan di HUSM Kubang Kerian.
Manakala, aktiviti pihak
AFY haniff di Rumah Ronald McDonald HUSM seperti berikut:
Jadual aktiviti hari
tersebut (24 Sept 2019)
- 9.00 am - berkumpul untuk sesi perkenakan dan taklimat ringkas
- 9.30 am - lawat Rumah Ronald McDonald
- 10.30 am - shopping barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald (antara barangan di beli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.)
- 12.30 t.ari - masak beramai-ramai untuk makan bersama
- 2pm - aktiviti wangikan Rumah Ronald McDonald sepenuhnya dengan menggunakan produk Afy Haniff (sapu sampa, mop lantai dengan guna pencuci lantai Afy Haniff, spray pewangi untuk fabrik seperti langsir dan sebagainya guna pewangi fabrik Afy Haniff, cuci pinggan guna pencuci pinggan Afy Haniff)
- Pemberian sumbangan dalam bentuk barangan jenama Afy Haniff kepada para penghuni yang ada di sana.
Kalau diperhatikan
jadual AFY haniff di Rumah Ronald McDonald sangat padat. Selain membantu
meringankan beban para pesakit serta waris, usaha yang dijalankan oleh pihak
AFY haniff ini sangat memberi kesan moral dan menyuntik semangat kepada semua
pihak. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul, dan usaha yang
dijalankan ini membantu semua pihak dalam menjaga kebersihan.
Pemberian Wang Kepada
Salah Seorang Waris Pesakit
Selain itu juga pihak
AFY haniff dengan bermurah hati membuat pemberian wang secara ‘kilat’ kepada
salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang
yang tidak seberapa itu di beri secara mengejut ‘on the spot’ kerana atas rasa
sedih akan nasib keluarga ini. Anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM
akibat di langgar kereta. Dengan usianya 5 tahun ini kesakitan amat terasa ditanggung.
Kecederaannya juga agak serius dan semoga semua dapat saling doakan. Kehadiran
AFY haniff membawa keceriaan kepada mereka sekeluarga. Semoga mampu meringankan
beban yang ditanggung.
Produk-Produk Keluaran AFY Haniff
Duk citer panjang lebar
tentang AFY haniff ni, sudah tentu korang tertanya-tanya apa produk AFY haniff
yang sebenarnya? Kalau korang nak tahu pelbagai produk AFY haniff sebenarnya.
Antaranya ialah:
Antaranya ialah:
- Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff
- Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
- Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
- Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
- Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff
Ini antara produk AFY
haniff yang dibawa ke Rumah Ronald McDonald HUSM baru-baru ini. Secara
terperincinya tentang produk AFY haniff ni saya terangkan di bawah.
D’MENC AFY haniff
Pada mulanya saya ingat
D’MENC AFY haniff ni satu produk sahaja. Rupanya salah! Ada dua iaitu D’MENC
Penyegar Udara dan D’MENC Pewangi Fabrik.
Penyegar Udara D’MENC
D’MENC Penyegar Udara ni
ada dua pilihan wangian. Ada bau bunga-bungaan dan ada bau buah-buahan. So,
korang boleh pilih sama ada suka yang bungaan ke buahan. Antara bau
bunga-bungaan seperti autumn, lavender, pandan leaf dan vanilla. Manakala bagi
bau buah-buhan pula terdiri daripada green aplle, honey dew, sparkling lemon
dan tutty fruity.
Kelebihan Penyegar Udara D’MENC
- Perfum mengandungi 100% pati minyak wangi / kepekatan minyak tulen
- Terdapat wangian buah-buahan & bunga
- Wangian kekal segar sehingga penghabisan minyak / titisan terakhir
- Hanya sedikit penggunaan mampu menyegarkan seluruh ruangan
- Penyegar untuk kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu, dapur
- Selamat untuk dihidu oleh semua peringkat umur
Dengan kepelbagaian bau
yang segar ini korang boleh gunakan D’MENC Penyegar Udara sebagai pewangi dalam
kereta, pewangi dalam tandas, almari baju, bilik tidur dan ruang tamu.
Pewangi Fabrik D’MENC
Bagi korang yang ada
nak-anak kecil seperti saya kesegaran fabrik sangat diperlukan terutama bagi
menyegarkan kusyen kereta dan sofa di rumah. Kereta mak-mak ni, pelbagai corak,
peta ada elok terpampam kat kusyen kereta. Ye ke idak… kalau kusyen kereta korang
suci bersih saya memang salut la... so, saya sangat memerlukan pewangi fabric
untuk menyahkan atau melindungi kuman dan sebagainya.
Oleh itu, saya sangat
mengesyorkan Pewangi Fabrik D’MENC ni
kerana ia:
- Menggunakan malodour counteractant technology yang menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan mengandungi anti bac
- Meresap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau hapak dan menyegarkan
- Menyegarkan tanpa perlu dibasuh
- Menghilangkan 99.9% kuman penyebab bau busuk
- Tidak meninggalkan kesan pada fabrik
Pewangi Fabrik D’MENC ada 4 wangian yang berbeza iaitu Lavender,
Vanilla, Lemon Tree dan Strawberry.
Untuk menggunakan Pewangi Fabrik D’MENC senang saja cuma
ikut 3 langkah di bawah, pasti terus boleh menggunakannya dengan selamat dan
cepat.
1. Putarkan trigger kepada 'ON‘
2. Goncang dan sembur dengan jarak
20cm dari fabrik
3. Boleh disembur pada semua jenis
fabrik seperti langsir, sofa, kasut, carpet, cadar & kerusi
SWiPEL Serai Wangi Insect Repellent
Ini satu produk AFY haniff yang saya
sangat syorkan pada korang semua iaitu SWiPEL
Serai Wangi Insect Repellent detergen untuk menghalau serangga khusus
bauannya dengan keharuman semulajadi serai wangi! Antara fungsi SWiPEL Serai Wangi Insect Repellent ini
adalah untuk:
·
Penghalau
serangga semulajadi
·
Berasaskan
herba semulajadi
·
Tidak
beracun
·
Selamat
pada manusia, haiwan dan persekitaran
·
Jimat
penggunaan
·
Tiada
bahan kimia berbahaya
·
Haruman
semulajadi dan segar Serai Wangi
·
Membersih
kotoran
Kalau korang nak guna SWiPEL Serai
Wangi ni korang kena pastikan dulu langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permukaan yang ingin
disembur terlebih dahulu
2. Goncang sebelum guna
3. Putarkan trigger pada stream atau
semburan
4. Sembur dengan jarak 20cm dari
objek
5. Tidak perlu dibilas selepas
disembur
6. Jika digunakan pada tumbuhan atau
haiwan cairkan semburan pada nisbah 1:3
Untuk menjaga keselamatan terutama
anak-anak kena la pandai mengjaga dan menyimpannya. AFY haniff mencadangkan
cara untuk meyimpannya dengan:
- Simpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanakkanak
- Kegunaan luaran sahaja, tidak boleh diminum
- Bilas tangan dengan air bersih selepas menggunakan
- Jika tertelan, segera kumur dan minum banyak air masak serta dapatkan nasihat doktor. Bawa bersama label produk
- Jika terkena mata, basuh dengan air mengalir selama beberapa minit
- Guna sarung tangan untuk mengendalikan jika kulit sensitif
Kelebihan SWiPEL Hanging Insert Repellent
- Berfungsi untuk menghalau serangga
- Menyah bau busuk
- Penyegar udara dan mood
- Mengandungi bau Serai Wangi dan Pandan
Banyak lagi tau produk
AFY haniff ni, apa yang saya citer-citer kat korang ni cuma sikit sahaja.
Testimoni
Ini adadalah antara testimoni pelanggang yang berpuas hati dengan menggunakan produk AFY haniif.
Kat mana nak dapatkan AFY haniff??
O… kalau korang baca dari atas mula-mula tadi saya dah cakap AFY haniff ni
sudah berada di pasaran lebih 2000 pasaraya. Antara pasaraya yang korang boleh
dapatkan produk AFY haniff ni seperti di:
1. Pasaraya You Save
2. Pasaraya Super7 Semenyih
3. Pasaraya Darul Makmur
4. Pasaraya K-Ceria
5. Checkers Hypermarket
6. Target Supermarket
7. Pasaraya Top-Opal
8. Target Cash & Carry
Sepermarket
9. Pasaraya Songmart
10. Midas
11. Unified Vision
12. Family Store
13. Eng Hong
14. Maslee
15. Billion
16. UO
17. Golden Dragon City
18. Everwin
19. Nam Leong
20. Everrise
21. Emart
22. CS Mini Market
23. Boulevard
24. H&L
25. One Superstore
Jangan lupa juga korang
boleh dapatkan produk AFY haniff di pasaraya Giant berdekatan.
Program csr yang baik. Sebelum ni ada baca juga pasal rumah mcdonalds ni
ReplyDeleteTeringin nak cuba rangkaian Swipel..nanti nak carilah
ReplyDeletetwrbaik
ReplyDelete