Enter your keyword

Wednesday, March 15, 2017

Terlupa Nak Beranak

Terlupa Nak Beranak // Allhamdulillah... pagi tadi bila buka emel saya tengok emel sv saya hantar. Katanya tak boleh nak jumpa saya hari Jumaat kerana ada studend dia viva... Saya cakap ok, esok pula saya tak dapat nak jumpa kerana kena ambil cuti 3 hari sebelum.... bincang punya bincang next week nak jumpa.... Saya kata ok, tapi sv saya suruh fikir bila masa yang sesuai kerana dia pun ada hal minggu depan. Dengan confident saya fikir ok juga minggu depan dah cuti sekolah...

Dah Nak Bersalin Ke? Walhal, saya terlupa minggu hadapan hari Ahad saya dah kena ada kat kampung urus tentang check up, ambil temujanji jumpa pakar, ambil temujanji jumpa pegawai zat pemakanan dan ambil tarikh untuk buat BSP.... hadui.... bila call encik suami, baru ingat. En suami cakap "kang minggu hadapan tak dan nak balik kampung, beranak kat sini".... hahaha.... terlupa! saya dah nak bersalin ke? memang la tak tahu bila nak bersalin tapi prepare awal, minggu hadapan saya dah 37 minggu.... Doktor kat sini dah bagi saya memo segala bagai untuk saya check up di kampung. 

image google

Kiri kanan otak fikir, sebelah fikir pasal kerja, sebelah lagi pasal pengajian saya, sampai saya terlupa saya kini menunggu hari nak bersalin! jenuh lagu ni.... tadi saya sms sv saya confirm nak jumpa esok. Ingatkan tengahari saya nak lari dari ofis pergi USM kejap. Petang, ada hal pulak yang harus dilaksanakan esok... tak dapat la nak jumpa sv saya esok. Sekali lagi saya sms sv saya tak jadi jumpa esok, dan saya akan hantar correction saya kat biliknya pada Jumaat nanti....

Allah Ya Baari'.... Saya serahkan perjalanan hidup saya dan keluarga saya ni kepada Mu, susulah yang terbaik untuk kami! dan permudahkan segalanya.... sama seperti anda di luar sana, saya doakan allah permudahkan perjalanan hidup anda jua dalam apa keadaan pun.... 

8 comments:

  1. semoga Allah permudahkan segala urusan sheila ya

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan semua urusan study dan urusan bersalin jugak ye. good luck😘

    ReplyDelete
  3. Sudah 37 minggu ye sheila...alhamdulilah...julia doakan semoga sheila dipermudahkan urusan...jangan fikirkan soal kerja sangat...sampai ke sudah tak habis...kalau boleh minggu akhir2 ni banyakkan berehat dan relaks minda...kita nak bersedia menerima ahli baru kita pun kena ada stamina kuat luar dan dalam....go sheila go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu depan 37 minggu ju... terima kasih ye... hehe

      Delete
  4. datang jawab sini heheh..aah lempeng tu keras, nak buat lempeng tu uli tepung dengan air garam sampai jadi doh lepas tu gelek nipis kemudian goreng dengan menggunakan sedikit butter

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa sis jawab kat sini... o... buh butter kena uli yer... patut la jadi keras... terima kasih bg resepi... leh try..

      Delete
  5. Allahu .. bole pula tlupa =D jha kesihatan ye sis =)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email