Berita Kampus: SIRKIT GOLF REMAJA KEDAH SIRI 1/UUM BAKAL LAHIR JAGOAN GOLF NEGARA



Oleh: Unit Media UUMNGA

UUM SINTOK 14 Mac 2017:  Sirkit Golf Remaja Kedah Piala Exco Pendidikan Negeri Kedah Siri 1/UUM  diadakan pada 25 Februari 2017 yang lalu berlangsung dengan sangat meriah dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelajar seluruh negeri Kedah.


Suasana meriah dan penuh semangat kesukanan dapat dirasai pada hari kejohanan apabila para peserta cilik telah berada di Kelab Golf & Rekreasi UUM seawal jam 6.30 pagi bagi melakukan persiapan untuk menghadapi kejohanan ini.

bernaju hijau semua junior daripada Akademi Golf Nasional UUM

Seramai 40 orang pelajar yang berumur sekitar 6 tahun sehingga 20 tahun menyertai kejohanan ini . Sebanyak 5 kategori dipertandingkan antaranya bawah 6 tahun, bawah 10 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) dan bawah 20 (lelaki dan perempuan).
kakak kata seronok naik buggy

SGRK Piala EXCO Pendidikan Negeri Kedah ini adalah salah satu platform untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pemain golf cilik negeri kedah.

kakak dan kawannya
“ Kejohanan SGRK Piala EXCO Pendidikan Negeri Kedah adalah medan terbaik untuk melahirkan pemain golf remaja bagi mewakili negeri kedah.” Kata En Wan Rosni Wan Chik, selaku Penyelaras SGRK.

“ Sekiranya mereka ini dilatih dan diberi bimbingan yang baik tidak mustahil mereka ini bakal menjadi jagoan golf negara.”

hebat-hebat anak-anak kecil ni

Sementara itu, Ybrs. Dr. Hendrik Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni dalam ucapan perasmian penutupan SGRK 2017 berkata, ‘ Tidak mustahil negara kita pada satu masa nanti akan ada Tiger Woods, Jordan Spieth mahupun Rory McIlroy versi Malaysia”.

“Melihat kesungguhan anak-anak kecil ini bersaing menunjukkan bertapa mereka mencintai sukan ini dan tidak sama sekali gentar menghadapi lawan masing-masing.”

“Diharapkan mereka ini terus diberi sokongan dan dorongan untuk meneruskan minat dalam sukan ini dan in shaa Allah satu hari nanti dapat mewakili dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.”

Habis.

Pengalaman Pertama Kakak
Ini kali pertama, kakak join perlawanan. Pengalaman pertama yang sangat memberi motivasi kepada nya. Saya tak ikut serta, memang kepenatan tak larat masa tu. Kakak bermain di bawah 10 tahun, kena habiskan 16 lubang. Masa duk training tiap minggu tak pernah guna driver. Bila dalam perlawanan ni terpaksa guna driver untuk habiskan 16 lubang. Bagi katogari 10 tahun ke bawah, setiap jauh lubang lebih kurang 200 meter... Allhamdulillah dia boleh habiskan 16 lubang, tapi memang tempat terakhir katogari perempuan la. Tak apa la kakak. Kata husband saya, dia tak pernah pegang driver.... kali pertama terus kena lawan... driver set golf yang dibeli tu jenama watson... Jenama tu berat skit, ye la kakak tu kecil saja badannya. Batang driver tu lagi besar dan panjang daripadanya. Apa pun good try kakak....

Daripada:

AKADEMI GOLF NASIONAL
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 UUM SINTOK
KEDAH
TEL:  04-9283591/3596
FAKS: 04-9283592




4 comments:

  1. Unni xpenah ada pgalaman main golf pun.. Bestnya

    ReplyDelete
  2. powerla remaja pun dah main golf ni.

    ReplyDelete
  3. bestnya aktiviti mcam ni, dah dapat merasa main golf lagi

    ReplyDelete
  4. comel je tengok budak-budak kecik main golf.. hihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.