Setengah Hari Check Up di KK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Setengah Hari Check Up di KK Allhamdulillah, semua selesai tuk hari ni check up for baby. Banyak perkara yang nak kena settle di KK tadi. Disebabkan saya ada kencing manis entry ini, terpaksa ambil darah esok empat kali... yuhuuu... banyaknya. Kenapa empat kali misi? Memang kena ambil empat kali, tak tahu ke? Tak tahu la saya, sebelum ni tak pernah ada kencing manis. Memang tak tahu, rupanya kena puasa segala bagai,,, 

google image

Misi Baharu Dapat misi baru yang check up saya, lama saya duk tunggu dia kira tempoh kehamilan saya di jadual bulat tu.... Hinggakkan dah nak siap segala bagai check perut, dia sekali lagi check jadual bulat tu. Rupanya salah tulis tempoh kehamilan saya. Sedikit sebanyak saya tak confident. Nak buat camana, tapi tak apa la tu proses bagaimana dia nak handle patient. Masih banyak perkara yang dia belum tahu tentang selok belok prosedur di KK tu.... 

Jumpa Pakar Doktor suggest suruh booking tarikh lain sebelum saya pulang balik ke kampung. So, minggu hadapan sahaja yang saya ada masa tuk jumpa pakar di Kedah. Misi baharu kata kalau tak ada tarikh tuk jumpa pakar bawa sahaja memo yang doktor bagi ke KK kat kampung saya. Saya complain juga la pada misi kenapa tarikh jumpa pakar tu 37 minggu kehamilan saya baru nak jumpa pakar! Dari awal semasa 5 bulan lagi, saya dah request pada doktor saya nak temujanji dengan pakar pada 36 minggu kehamilan. Masa anak kedua saya tak sempat pun nak jumpa pakar rujuk sama ada saya boleh bersalin normal atau tidak. 37 minggu saya dah nak bersalin, kat labour room saya pula kena marah kat doktor. Allah Ya Baari' bagi juga saya bersalin normal tanpa ada apa-apa masalah. Saya bersyukur sangat. Tapi tak best la kita duk tengah sakit tu, doktor datang sembur memacam... bukan keje kita semua tu. Allah yang tentukan... 

Result Saringan Result saringan hari ni, semua ok, tekanan darah, urine, berat badan dan HB, Allhamdulillah... Hb pun dah 12.... Husband saya kata mungkin semalam saya makan kerang. Saya terpaksa makan walaupun tak lalu kerang masak sambal tu. hehehe... Allah Ya Raafi' Yang Maha Menaikkan.... Lepas jumpa misi tadi saya kena jumpa pegawai mata, check mata. Allhamdulillah semua ok. Mata saya pun tak ada effect dengan kencing manis tu. Setengah hari jadinya saya kat KK buat check up.... Masa nak buat saringan tu saya zikir Ya Salam Ya Mukmin.... Sesungguhnya Allah Yang Maha Mensejahterakan dan Yang Maha Mengamankan kesihatan kita dengan baik..... 

Tangguh Kerja Meeting kat ofis pukul 11, tak sempat saya nak attend. Nasib baik pengarah projek rakan saya dah tahu hari ni saya kena pergi check up. Katanya kelmarin, "tak pa p cehck perut dulu"... hehehe.... Memang kalau orang kerja dah setengah hari la ponteng kan,,,, kerja saya fleksibel walaupun kena punch in dan out, tak sangat membebankan.... balik rumah pun kerja lagi.... 

Motivasi Solat Berjemaah Balik dari KK saya ambil adik, bawa dia pergi beli makanan alas perut dia dan solat Zohor di pusat Islam.... walaupun perut lapar, dan mula rasa penat sangat, adik kata nak solat dulu.... Allah Ya Baari' susunkan kami solat berjemaah,,,, kalau tak ada apa yang menghalang saya akan luangkan masa berjemaah di sana. Buat saya tenang dan hilangkan rasa penat.... Penting juga untuk ibu mengandung dengan solat ini kita dapat mingkatkan motivasi diri dan dekatkan diri lebih dengan Allah swt.... dan kuatkan kandungan kita! Dengan berjemaah kita rasa kandungan kita bersama dengan ramai orang solat bersama. Dalam mengandung juga cuba amalkan supaya anda menjadi iman.... secara tak langsung anak dalam kandungan juga akan merasa dia adalah khalifah.... Masa awal mengandung ada kawan suruh saya jadi iman, dengan sendiri kita rasa satu didikan buat anak dalam kandungan. Dan ada situasi juga saya tawarkan diri untuk menjadi iman.... Ia sebagai satu motovasi kepada diri saya dan juga anak dalam kandungan saya. Saya tahu iman saya juga ada naik dan turunnya. Saya juga hamba yang lemah! Kekadang lalai dan leka, namun kita cuba yang terbaik untuk anak dalam kandungan kita. 

InsyaaAllah, Allah terima semua amalan ibu mengandung.... 


22 comments:

  1. e'in pun dah rase setengah hari kat kk.. tapi sebab kat johor ahad hari keja untuk gov and e'in cuti hari ahad, so tak laa ganggu time keja.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan sis dan semoga sis dan baby dalam kandungan sihat sentiasa. Biasalah bila berurusan dengan KK, macam2 ragamnya. Tapi ana suka jer pergi KK sebab confident berbanding pergi swasta ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm... betul gak tu ana... kalau ada apa2 kes kt swasta mmg refer kat kk juga...

      Delete
  3. Alhamdulillah kak...tak apa...insyaAllah setiap keletihan akak..pasti besar ganjarannya...subhanAllah..akak boleh..akak kuat semangat..ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah PC... insyaaAllah... semua urusan Allah yang atur... aminn...

      Delete
  4. Kadang-kadang menunggu tu yang jadi setengah hari kan, InsyaAllah semoga kandungan sihat dan dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semuanya..amiiin...
    Setiap kesakitan buat ibu mengandung, pasti besar ganjarannya ...
    Stay healthy dear..

    ReplyDelete
  6. kat kk memanglah ramai orang kan. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  7. Tak sah kalau tak setengah hari di KK. Sabar ye ibu. Semoga Allah permudahkan urusan kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan sis... mmg ramai kat kk... InsyaaAllah... sis pun sama tau

      Delete
  8. semoga di permudahkan urusan yea (^_^)

    ReplyDelete
  9. Lain sepital lain caranya ye Shiela. Aduhh...
    Kalaulah tak kerana nak melahirkan sorang umat dalam dunia ni memang malas nak ke sepital ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah gak 11 hari kat hospital masa muda remaja dulu... pastu dah umur 20an dlm seminggu gk tidur kat hospital jaga nenek sakit... seronok, bila dh tua2 ni umur 30an mask hospital ziarah pesakit bagi zikir2...

      Delete
  10. Semoga dipermudahkan segala urusan..
    semoga akak dan baby dalam kandungan sihat sentiasa..
    aaaaminn..~

    ReplyDelete
  11. dah selalu jadi macam ni kat KK, biasala orang ramai terima rawatan .. heheeee

    ReplyDelete
  12. Memang ngeri kalu ambik darah lebih dari sekali.. saya pun penah kena camtu.. Semoga akak dan kandungan akak berada dalam keadaan sihat... =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.