Contohi Sifat Tawadhu’ Nabi SAW

Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”  (Riwayat  Muslim)


google image


 Huraian Hadith:

1.  Tawadhu ialah bersikap tenang, sederhana dan menjauhi perbuatan takabbur (sombong), ataupun sum’ah (ingin diketahui orang lain amal kebaikan kita).
resam padi

2.  Tanda orang yang tawadhu’ adalah disaat seseorang semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap rasa  hina dirinya di sisi Allah SWT. Semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takutnya kepada Allah SWT. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanannya. Setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan pangkatnya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan keatasnya. Hal Ini karena orang yang bertawadhu’ menyedari akan  segala nikmat yang ada padanya adalah dari Allah SWT, untuk mengujikannya samaada beliau tergolong dari golongan yang bersyukur atau kufur.

3.    Perbuatan sombong adalah perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT, seperti yang berlaku terhadap Iblis yg terkutuk, Fir’aun dan tentara-tentaranya, Qarun dengan semua anak buah dan hartanya dan kepada seluruh penentang para Rasul Allah SWT.  Mereka semua dibinasakan oleh Allah SWT kerana memiliki sifat sombong yang berlawanan dengan sifat tawadhu’.

4.    Manusia yang bersifat Tawadhu’ akan di puji dan diangkat kedudukannya di sisi Allah SWT. Manakala manusia yang bersifat sombong pula akan akan dihina oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Tiada berkurang harta karena sedekah, dan Allah tiada menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhu’ kepada Allah, melainkan dimuliakan (mendapat ‘izzah) oleh Allah. (HR. Muslim).

Wallahua’lam

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustazah Madihah bt Mohamed Ibrahim/ Ustaz Syahril Fazli bin Mat Hussain, Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Perundingan Pusat Islam UUM di talian 04-9282558/2567.

6 comments:

  1. SIFAT TAWADDUK SIFAT SEORANG HAMBA-NYA

    ReplyDelete
  2. Rasulullah adalah sebaik2 role model. Sifat dan peribadi Baginda sangat terpuji untuk di contohi umat zaman skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. smg baginda SAW menjadi role model kpd kita semua....

      Delete
  3. Sifat tawadhuk sangat susah nak jaga. Kadang bila kita cuba untuk tawadhuk, syaitan datang cucuk cakap bagusnya kau tawadhuk. Memang kena jaga hati betul2. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu ana, semoga kita semua dipelihara drp cucuk2 syaitan tu...

      Delete

Powered by Blogger.