Penghawa Dingin Penyebab Barah

“Masuk kereta terus buka penghawa dingin yang akan bertindak balas dengan barang-barang yang terdapat di dalam kereta seperti plastik, beg, kasut dan computer riba, seterusnya mengundang 36 penyakit seperti resdung, kanser hidung dan kanser otak.

google image

“Jadi, buka cermin kereta terlebih dahulu, hirup udara luar lebih kurang 15 minit sebelum membuka penghawa dingin begitu juga menyedut asap ketika pam minyak dan makanan antara punca penyebab kanser,” ujar Pakar Holistik Makanan dan Perubatan Orthomolekul, Prof Dato’ Seri Dr Syed Putra Meir yang berpengalaman mengubati penyakit kanser ketika menyampaikan ceramah bertajuk Preventing and Curing The 21 Century Diseases anjuran Kesatuan Kakitangan UUM (KESKA) di Pusat Konvensyen, baru-baru ini.

Beliau berkata, punca kanser hanya 10 peratus disebabkan faktor keturunan, manakala 90 peratus lagi berpunca daripada makanan kerana setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh menghasilkan hormon, seterusnya akan mengaktifkan sel kanser dalam badan.

Katanya, bagi wanita yang mengalami gangguan kitaran haid, darah haid yang tidak dikeluarkan akan bertukar menjadi fibroid. 

Menurutnya, kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti, apatah lagi penyakit tersebut dikatakan tiada ubat tetapi setiap penyakit ada ubat kecuali mati dan Allah turunkan penyakit bersamanya ubat. 

“Kebanyakan yang datang, pesakit kanser tahap 4, yang sudah kena radiasi, gugur rambut dan kronik. Ramai pesakit menjalani kemoterapi tetapi tidak kesemuanya bebas dari penyakit kanser itu, sebaliknya kenapa tidak menggunakan kaedah alternatif yang ada?

“Sebanyak 214 jenis kanser boleh diubati, malah datuk nenek kita dulu mengamalkan buah pinang yang mempunyai vitamin B17 tanpa perlu menjalani pembedahan dan kemoterapi,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, untuk merawat penyakit kanser dan penyakit lain, kaedah yang digunakan adalah dengan mengambil ujian darah (blood test) untuk mengesan setiap penyakit melalui bacaan daripada laporan makmal, selain menggunakan tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, durian belanda dan belalai gajah.

Menurutnya, pantang larang pesakit kanse adalah tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula, susu, protein binatang, ayam, ikan, makanan laut, kacang soya, tempe, produk tenusu, makanan dalam tin dan marjerin kerana semua makanan tersebut ibarat vitamin yang menyuburkan sel kanser.

“Pesakit kanser juga perlu elak mengambil makanan sejuk seperti dan perlu mengawal pemakanan,” katanya yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Sumber: Unit Korporat UUM

No comments

Powered by Blogger.