Enter your keyword

Wednesday, November 30, 2016

Kelebihan Seorang Wanita dan Wanita Hamil

By On 1:33:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KELEBIHAN WANITA:

google image

1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali

2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.

4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur

6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.

11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

14. Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.


#admin
Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith



Tuesday, November 29, 2016

Bila Sudah Hamil 5 Bulan 21 Minggu

By On 5:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, minggu kehamilan saya sudah menjangkau minggu ni masuk 21 minggu.... kelmarin saya pergi scan tuk 20 minggu, bila doktor check minggu kehamilan saya kelmarin bersamaan dengan 20 minggu 6 hari.... 

Allhamdulillah, baby berada di tempat sepatutnya tidak, ke bawah rahim dan sihat.... 

Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Rahman Ya Rahim
Masalah saya, cuma minggu lepas saya pergi check up di pusat kesihatan universiti, buat saringan bulan seperti biasa.... check tekanan darah, hb, berat dan sebagainya.... masalahnya cuma hb saya daripada 11.7 turun kepada 10.6. Doktor kat pusat perubatan universiti tanya saya makan vitamin apa? saya cakap makan acid folic dan ion... awal mengandung saya makan obimin.... "B complex misi tak bagi saya".... "erm... mungkin depa tak ada stok, you kena makan B complex, sebab tu hb you turun... tak apa saya akan bagi iberate. Iberate ni elok sikit dari obimin" 


google image
Sebenarnya dalam sebulan saya tak makan vitamin (dari 4 bulan ke 5 bulan).... sebab tu la hb saya drop.... hukhuk.... padan muka saya kan..... saya pun tak tahu kenapa mengandung kali ni saya memang malas nak makan vitamin..... -----> tempoh kehamilan 4 bulan


Dokor kata lagi "iberate, kalau habis datang ambil kat sini, kami bagi percuma"..... Ya Allah Ya Salam Ya Fattah Ya Razzak..... Allhamdulillah.... Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.... sebab tu juga saya pergi buat ujian saring kat pusat kesihatan universiti minggu lepas.....

Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
Saya dah cakap kat misi klinik kesihatan bulan lepas semasa check up 4 bulan, saya nak pergi buat saringan kat pusat kesihatan universiti.... ye la kan, dalam kawasan ofis saya.... tak larat saya nak berulang drive dari ofis ke klinik kesihatan..... apa yang terbaik saya buat..... saya selalu minta petunjuk Allah dulu mana saya nak pergi,,,, saya selalu baca Ya Nur Ya Haadi Ya Haq.... apa yang terbaik Allah akan detikkan pada kita.....

Bila temujanji dengan doktor macam kelmarin baru saya continue check up kat klinik kesihatan....  disebabkan hb saya turun, kelmarin doktor suruh saya ambil darah lagi..... dan nanti 28 minggu kena ambil darah dan minum air gula..... 

Erm.... its ok doktor, apa yang baik saya buat....

So, dari minggu lepas saya dah tak miss ambil iberate....

Dalam 4 hari ni saya makan hati lembu..... ada lagi kat rumah tuk hari ni..... InsyaaAllah usaha yang terbaik tuk kandungan..... 

Hb rendah?
Jangan risau: ambil makanan yang berkhasiat seperti buah delima, kurma, buah naga merah, bayam, hati lembu, daging, susu..... 


google image

Doktor tak galakkan ambil kerang, sebab kerang kata doktor terdedah dengan kotoran....

Hb Rendah Kandungan Lepas
Setiap kali kehamilan,,,,, saya memang akan mengalami hb rendah.... masa mengandung anak sulung 2 kali hb saya rendah.... dan tuk anak kedua sekali hb saya rendah..... kalsium saya memang kurang sebab tu selalu sakit gigi semasa mengandung.... Allahmdulillah tuk kali ni saya belum lagi ada masalah gigi, kerana semasa mengandung anak kedua dah dah perelok semua gigi-gigi saya.... Penjagaan gigi untuk ibu mengandung sangat penting. Disarankan buatlah scaling.... 



Bila Sakit Baru Nak Zikir

By On 4:36:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Erm.. memang kat ofis sunyi sepi.... hari ni saya hanya terserempak seorang kawan sahaja selepas hantar adik ke taska tadi.... walau pun level saya agak full, masing-masing dengan bilik masing-masing dan kerja masing-masing..... Memandangkan hari Selasa tak ada kelas, lagi kesepian bangunan ofis saya. 


Malas nak keluar makan, pukul 3.30 baru keluar makan.... perut dah rasa lapar, kakak pun dah lapar harus kena keluar juga. Bila masuk ofis semula kakak tanya "mama ada tasbih tak" saya cakap "ada, kenapa" "kakak nak zikir, sakit tangan"..... "erm... pandainya, tapi bila sakit baru nak zikir"... kekeke.... "kakak zikir selalu la mama"..... saja nak uji dia!


Saya tanya "kakak zikir apa?" "kakak zikir Ya Salam Ya Fattah la"..... hehehe..... cleaver girl! 

Walaupun tak sakit kena zikir selalu... pokok-pokok dan haiwan tak pernah pun berhenti zikir tau.... kita jer selalu lupa nak zikir.....



Diari Saya Pagi Ini

By On 11:53:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sayang...

Pagi ni mmg lemau sgt selepas solat solat sunat yang patut tunggu subuh, lepas subuh saya rasa sangat tak berdaya terus terlelap kejap....

Masuk ofis dah lambat la hari ni.... En husband ok saja sebab dia masuk keje pukul 9.00....

Adik Zara
Adik lak, buat hal nak suruh saya hantar kakak ke seolah dulu, puas saya bagi alasan,,,,
Laluan kami, mula-mula sampai sekolah kakak, sampai tempat kerja daddy, last sekali taska adik.....
Adik ni, dia tak percaya kakak ada sukan kat sekolah (terpaksa cakap kakak ada sukan, sebab kakak pakai baju biasa) kalau tak bila dia tahu kaka duk ofis saya, dia memang tak nak pergi taska.... kelmarin pun dah tak pergi taska....

Dia nak juga suruh hantar kakak ke sekolah dulu, katanya "adik nak lambat".... maksudnya dia suruh saya hantar dia akhir sekali..... sampai kat taskanya, dia tak mahu keluar kereta.... terpaksa saya panggil cikgu dia! Dua orang cikgu dia datang dukung dan ambil beg sekolahnya.... sambil cikgunya dukung sambil dia mennangis "nak mama"..... memang kena buat hati kebal!! terus saya berlalu pergi.... Dia, kalau dengan cikgu nya ok saja... nangis kejap jer sebab dia malu.... tu saya tak risau sangat!

Pergi breakfast dengan kakak, then pergi library... dua-dua bilik bacaan kat library penuh dengan student... bilik kat atas saya suka sebab ada toilet dan surau.... tapi penuh... turun kat bawah penuh juga, ramai parents bawa anak-anak... ye la kan cuti sekolah..... anak2 pun terpaksa ibuk mak ayah ke ofis... terpaksa lah berlalu pergi, drive ke ofis pula.... duk ofis ajer la kakak, walaupun sunyi!.... kakak student indo tu, "sharing meja aje akak"... kalau ada space memang nak sharing meja, tapi space dan extension cable full digunakan.... xde ruang nak sharing meja... Allah Ya Baari'...

Motivasi pagi ini tuk saya:

"work hard and smart Sheila, if you want to success in your life, Allah and Rasul didahulukan" suami dan keluarga, serta ummah.... perjuangan harus diteruskan walaupun apa terjadi, jangan pandang belakang"
google image : Allah Ya Baari'

Walaupun sekarang saya dah kurang bersosial (membuat kerja amal untuk ummah), insyaaAllah saya yakin suatu masa kelak Allah akan susunkan untuk saya.... Rindu dengan semua tu, tapi saya tidak berdaya. Saya serah saja pada Allah Ya Baari'....




Sunday, November 27, 2016

Israel Dijilat Api, Netanyahu Tuduh Palestin Dalang Kebakaran

By On 2:24:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


TEL AVIV: Rejim Israel terpaksa menebal muka untuk meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.
Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.
Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.
Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.
Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

sumber : didakwah 


Tabung Royingya

By On 2:20:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ayuh menderma dan sebar-sebarkan





Cuti Sekolah

By On 11:58:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, curi sekolah dah bermula.... anak-anak, awal-awal lagi dah bising nak berjalan. Kata saya, tak boleh pergi mana.... mama kerja, banyak kerja mama belum siap. Lagi pun kita x cukup duit nak berjalan atau nak bercuti.....

Kakak duduk la ofis mama, buat kerja kat ofis mama yer. Adik pergi sekolah. Masalahnya adik memang tak boleh tahu kakak cuti..... harus le kena cakap kakak ada sukan kat sekolah (tak pakai uniform sekolah) sebab kalau adik tahu kakak cuti harus dia tak nak pergi sekolah juga. Bising kat bilik ofis mama nanti bila dua orang dah serbu....

Kalau seorang ok lagi, jangan ada berdua! 


Hari ni, kakak duduk je la kat ofis mama buat kerja sekolah.... Buku teks untuk tahun hadapan cikgu dah bagi buat ulangkaji dan latihan...

Kalau difikirkan memang kesian pada anak-anak, tapi nak buat macamana kan ini dah bahagian kita. Mama pun tak boleh nak fikir untuk bercuti ke apa.... Tiada daya bagi mama.... tak apa lah kakak adik sekarang ni memang kita susah, insyaaAllah ada rahmat semua ini.... selagi mama tak habis belajar memang macam ni  hidup kita terpaksa hadapi.... 

Tadi, bila ke toilet jumpa rakan, dia ada bertanya cuti sekolah pergi mana?

Saya kata, tak apply cuti pun... cuti saya ada 6 hari lagi, rasanya forward saje ke tahun hadapan! selagi tak siap belajar ni tak boleh nak fikir berjalan.... hukhuk..... banyak betul yang nak di settle kan.... keterbatasan kewangan yang ada terpaksa diambil kira dalam membuat apa-apa hal..... apa pun bersyukur apa yang ada.... 

Allhamdulillah.... 




Friday, November 25, 2016

Keburukan Amalan Minum Jus

By On 11:27:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Amalan pemakanan kita seringkali dipengaruhi persekitaran dan citarasa. Matlumat yang didengar daripada radio IKIM minggu lalu membancangkan tentang amalan pemakanan harian kita yang menyebabkan penyakit merbahaya. Antaranya amalan makanan segera dan jus. Sering kali kita mengamal pelbagai jus yang tanpa sedar ia memudaratkan kesihatan kita.

google image

Ini adalah kerana jus di blend dan hampasnya di buang. Tanpa sedar di dalam buah sebenarnya mempunyai dua kandungan penting iaitu laktosa yang menjadi racun dan juga memberi kebaikan. Apabila kita blend jus hampas yang mempunyai laktosa baik dibuang dan racun yang tidak sedar akan berkumpul di dalam jus minuman kita. Racun ini akan menyebabkan segala penyakit utama seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Sebenarnya saya pun baru tahu.... sebab itu Rasulullah saw tidak mengajar kita mengamal jus, namun memakan buah. 

Para ahli kesihatan mengatakan, terlalu banyak meminum jus berisiko untuk meningkatkan kenaikan berat badan, diabetes, dan penyakit jantung. Maka itu, orang tua dianjurkan untuk lebih memberikan banyak air putih dan susu, ketimbang jus buah.

Ketua Diabetes dan Ilmu Gizi di King College, London, Inggeris, Profesor Tom Sanders, mengatakan, jus atau smoothie boleh diberikan ke anak-anak, asal tidak dilakukan setiap hari. Terlebih bagi para oran gtua di sana, yang lebih senang meletakkan jus buah di atas meja saat makan malam, berbanding air putih.

"Kita perlu membiasakan anak-anak untuk minum air putih bukan semacam minuman buah, sesaat, sebelum, atau sesudah makan. Jangan meletakkan jus buah di atas meja, ketika makan," kata Tom Sanders diambil daripada Daily Mail, Khamis (26/6/2014)

Menurut Tom, bukan idea yang baik bila orang tua terlalu banyak memberikan minuman buah kepada sang buah hati. "Anak-anak harus mendapatkan cairan dari air putih atau susu, bukan jus," kata dia menambahkan.

Dalam pengajian yang dipublikasikan di Lancet Diabetes and Endocrinolgy, para peneliti memperingatkan bahwa jus jeruk berpotensi buruk bagi kesihatan, karana hampir sama buruknya dengan minuman soda dan minuman manis. 

"Satu porsi 250 ml mengandung 115 kalori atau setara dengan tujuh sendok teh gula," kata dia menerangkan.

Sumber : heath


Monday, November 21, 2016

Tazkirah : Allah Gembira Menerima Taubat Hamba

By On 12:44:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, salam sayang,

Daripada  Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari RA – khadam Rasulullah SAW – menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda  : 

Sesungguhnya Allah lebih gembira menerima taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya, daripada kegembiraan seseorang yang mengendarai binatang tunggangannya, kemudian binatang tunggangan itu hilang di padang yang luas, sedangkan di atas binatang itu bekalan makanan dan minumannya hingga dia rasa berputus asa daripada menemuinya kembali. Lalu dia berteduh di bawah sepohon kayu dengan perasaan putus asa daripada mendapatkannya kembali. Dalam keadaan itu, tiba-tiba muncul di sisinya binatang tunggangannya yang hilang tadi dan dengan segera dia memegang talinya seraya berkata dengan penuh gembira, “Ya Allah, Engkaulah hambaku dan aku tuhanmu,” dia tersalah sebut kerana terlalu gembira. (Sebenarnya apa yang hendak disebut ialah Engkaulah tuhanku dan aku hambamu). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

koleksi peribadi

😊😊😊

Huraian Hadith: 

1.     Gembira bagi manusia adalah perasaan yang timbul dalam hati disebabkan tercapainya apa yang diingini manakala bagi Allah gembira adalah salah satu sifat yang layak bagi-Nya dan ia bukan seperti kegembiraan makhluk.

2.       Allah swt suka menerima taubat hamba-Nya dan menyuruh mereka sentiasa bertaubat dan penerimaan taubat hamba adalah salah satu rahmat Allah yang besar.

3.            Kesalahan yang tidak disengajakan tidak dianggap salah dan tidak berdosa.

4.     Allah sangat gembira menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan
        orang yang mendapat kembali barang yang disayanginya.


Wallahua’lam


Thursday, November 17, 2016

Bicara Hati Menerima Keputusan UPSR

By On 3:48:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Allahumma ya Rahman ya Rahim, daku bersyukur atas kurniaanMu terhadapku utk keputusan upsr ini. Apa pun keputusan dariMu, daku redha, ini semua kehendak dan takdirMu ya Qodir ya Muktadir. Setiap takdirMu itu pasti baik bagiku seorg hamba. Sekiranya keptsn upsrku ini sgt cemerlang, jadikan daku hamba yg bersyukur kpMu, sucikan hatiku dari riak dan ujub kerana kejayaanku ini bukan kerana kepandaianku, tetapi semata2 kerana ilmu dariMu ya Alim, kebijaksanaan dariMu ya Hakim serta kepintaran dariMu ya Rashid. KurniaanMu ini membawa tanggungjwb dan amanah yg besar bagiku utk memimpin ummat suatu hari nanti. Ya Aziz ya Qowiy ya matin, Kurniakanku kekuatan utk terus mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.




Ya Allah, sekiranya takdirMu keptsn upsrku  nanti rendah, tidak seperti yg ku sangkakan, Engkaulah ya Khoofidh yg merendahkan, masukkan dlm jiwaku rasa redha atas kehendakMu ya Qodir ya muktadir. Keptsn ini membuatku insaf bahawa diriku hanya seorg hamba yg jahil dan dhaif. Sesungguhnya Engkau ya Hafiz ya Muhaimin menghalangku dan ibubapaku dari riak dan ujub. Sesungguhnya riak dan ujub itu membakar amalan spt api membakar kayu yg kering dan nerakalah tempatnya. Ya Allah ya Muntaqim, lindungi kami semua dari azab nerakaMu.
Ya Allah ya Aziz ya Qowiy ya Matin, kurniakan kami semua kekuatan utk menerima kptsn ini dan terus mencari kecemerlangan dunia akhirat disisiMu di atas jln kebenaran dan keredhaanMu..



Wednesday, November 16, 2016

Terus Senyum Walaupun Poket Kosong

By On 5:42:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tak tahu nak bagi tajuk apa kisah ini.... di harap semua sudi membaca!! kisah seorang wanita hamil yang hebat!

Saya rasa Allah Maha Hebatkan.... teramat hebat.... dah tiga hari hamba Allah ni pergi kerja balik kerja dengan poket kosong namun hatinya tetap senyum... Hebat Allah itu dialirkan kepada hambaNya.... 

gambar hiasan koleksi peribadi sheilainspire.com

Ya Allah tak tahu la camana hidup diakan, saya tahu dia sedang hamil, tapi dia tetap senyum dan tenang. Kalau anda ditempatnya bagaimana pula rasanya? 

Dia kata syukur sangat masih dapat pergi kerja kerana minyak kereta masih ada. Tak apa la kalau tak makan, walaupun hamil dia tahu Allah segalaNya.... Dia cuma berdoa pada Allah semoga dia sihat dan kandungannya juga sihat...

Awak makan apa?

Saya makan apa yang ada, bawa bekal dari rumah hari ini nasi goreng, dan kelmarin ada buah sikit. Cukup la bagi saya. Malam saya masak nasi dan goreng telur pada anak-anak saya. Saya buat lempeng semalam dan makan lempeng. Itu alas perut saya seharian, dengan buah dan ada rakan bagi sepotong kek.... 

Ya Allah hebatnya awak!!! Katanya lagi, tak apa saya syukur sangat, dan saya rasa sangat sihat walaupun makan tak seberapa. Kelmarin saya jalan kaki hampir 2 kilometer pergi solat di masjid. Saya jalan perlahan-lahan sambil zikir semoga Allah ampunkan diri saya....

Ya Allah... tabahnya dia!!! 

Ini dah rezeki saya walaupun tak seberapa. Harap anak saya ada makanan. Suami saya juga tiada duit. Gajinya hampir habis. Kami mesti berjimat untuk seminggu ini sebelum gaji minggu hadapan. Kami harap cuma ada petrol pergi kerja dan ada duit sikit untuk anak pergi sekolah. 

Saya tak apa la tak ada duit pergi kerja, saya rasa orang lain lagi susah daripada saya! saya makan la apa yang ada.

Kesian sangat bila saya mendengar kisahnya.... Baginya ini biasa sahaja sebab orang lain lagi susah daripadanya.... Saya bantu apa yang mampu. Kenapa awak jadi macam ni? 

Saya ada bantu keluarga bulan-bulan di kampung! Walaupun suami saya marah, kerana diri sendiri pun makan tak seberapa tapi hanya itu yang terpaksa jua saya tolong. Walaupun keluarga saya lebih senang daripada saya. Tapi mereka ibu bapa saya. Biarlah mereka tak tahu kehidupan saya dan keluarga saya di sini, asalkan ibu bapa saya di kampung itu cukup makan, kerana mereka jarang susah. Sekarang mereka susah saya kena bantu mereka, kerana mereka telah membesarkan saya dengan kesenangan. Sejak kahwin saya dah biasa susah dengan suami saya. Suami saya orang susah. Saya dah biasa dihina dan dikeji. Tiada apa lagi pada saya. Semuanya sudah menjadi biasa sahaja. 

Sabarnya awak!!! tabahnya awak!!! 

Allah segalaNya baginya! Katanya kelmarin dia tak makan nasi. Suaminya memang tak makan nasi. Anaknya makan nasi dengan telur goreng sahaja yang ada. Itu sudah cukup mengembirakan mereka. 

Awak tak risau ke kandungan awak? 

Saya risau sangat katanya! Tapi saya tahu ini semua ketentuan Allah pada saya, Allah sayang saya dan kandungan saya katanya. Dia tak akan uji saya melebihi kemampuan saya.....

Ketabahannya sangat kuat..... Dia wanita yang tabah sabar dan cekal!!!

Air mata tiba-tiba mengalir mendengar kisah itu! kerana saya juga ibu yang sedang hamil.

Namun dia tetap senyum dan senyum..... :) 

Subhanallah.....



Nuffnang

By On 4:40:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah....

ada cik nuffnang baru yang berlegar-legar di blog saya


U Mobile iPhone 7 dan juga Travel Smecta




Allhamdulillah... Ucapan Terbaik

By On 4:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kata "ALLHAMDULILLAH"
bukan sahaja sebagai zikir harian kita,
namun banyak yang tersurat dan tersirat di balik kata ini
Ada kkala kita mengucapnya dengan penuh ikhlas
dan ada kala kita ucapannya tanpa ikhlas
walaupun apa yang ada di balik hati
Allah tetap memberi pahala bila kita mengucapnya

Syukur, syukur, syukur

ALLHAMDULILLAH


susah mahupun senang selepas solat harus mengucapkannya

kerana ALLAH segalanya



Tuesday, November 15, 2016

Pulut Mangga Akhirnya

By On 11:24:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... 
Sabtu lalu, dapat juga ibu mengidam rasa bulut mangga. Kami beli kat Alor Setar Mall... Ke sana semata-mata nak beli pulut mangga sebab saya rasa kat situ selalu ada pesta Thai tu.... Memang dah lama sangat tak ke sana,,,,, 


Pulut mangganya memang sedap tapi tak wangi dan tak ada warna. Biasanya kalau pulut mangga kat pesta Thai warnanya putih, hijau dan purple.... kali ni hanya putih sahaja. Dan satu lagi baunya tak sewangi pandan yang biasa saya makan... saya tapau bawa balik rumah.... Harga RM6 satu set ni..... 

Apa pun rasanya memang sedap lemak manis berkrim.... Allhamdulillah... terima kasih Allah Ya Razzaq.....



Kes Meter Air Pula

By On 11:16:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bulan lepas, bila balik dari ofis husband saya perasan meter air rumah kami ditukar pada meter baru.... Haishhhh,,, suspen ni.... sebab apa? kenapa tukar? erm.... kami memang tak bayar bila air 3 bulan, dan sehari sebelum orang datang tukar kami baru bayar.... tiga bulan bila air kami RM21..... sebab tu juga sampai tiga bulan.... aikkk. kelmarin baru bayar bil air, takkan dah mai tukar....


Rakan saya, sama taman dengan saya pun tak bayar bil air tiga bulan, then oarang datang tukar... Bulan selepas tu bil airnya meningkat daripada RM7 sebulan kepada RM30.... huh,,, parah juga tu.... Dalam kes saya, bila sampai bil air bulan ni RM7 lagi.... Allhamdulillah... tapi confuse kenapa datang tukar meter air rumah saya? jiran-jiran sebelah menyebelah dan satu level saya tak tukar lak....

Apa pun Allah Ya Baari'....




Buah Dokong

By On 11:10:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.....
Bekal saya hari ini,,,,,, buah dokong import mai dari Kota Bharu..... Malam semalam mak umie saya pos dengan bas... katanya buah dokong kat kebun dah masak ranum,,, tapi kat sana selalu hujan, susah naik panjat naik pokok.... Pagi kelmarin saya pergi ambil kat stensen bas dekat rumah saya.... Allhamdulillah.... 


Sejak musim buah ni saya belum berkesempatan beli buah dokong. Jiran ada bagi saya dan family hari tu,,,, semalam hari ni baru rasa betul-betul.... Saya bawa bekal buah dokong la kat ofis..... Kakak Amani pun bawa kat sekolah..... Saya tak bagi Kakak Amani makan banyak-banyak sebab dia sensitif sikit bab makan... Kata adik pula "adik tak nak bawa kat sekolah".... hehehe.... 

Husband saya kata jangan makan banyak-banyak nanti sakit urat.... Tak pa la buat ubat... hehehe.... saya memang suka buah dokong.... Dapat juga merasa dari kebun kat kampung.... terima kasih umie, papa... Ya Allah Ya Razzaq.....

Walaupun ia cuma buah dokong, ia rezeki Allah Ya Razzaq,,,, apa yang Allah bagi itu sangat bermakna untuk saya dan baby... Ia bukan apa-apa, tapi saya sangat bersyukur rezeki untuk hari ini....

Allhamdulillah....



Monday, November 14, 2016

Bicara hati untuk ibu mengandung yang sering sakit

By On 11:29:00 AM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah,
saya kongsikan bicara hati ini daripada Prof Wan Maseri
semoga menjadi panduan kepada ibu-ibu yang sedang hamil


Terlebih dahulu sebelum membaca dan mengamalkan bicara hati ini hendaklah didahulukan dengan penyucian hati.... 

Bicara hati penyucian hati yang disediakan di sebelah kanan blog

"Allahumma Ya Qodir ya Muktadir, kami redha atas ujianMu ini. Ya Aziz ya Qowiy ya Matin ya Mukmin, kuatkan iman kami dan jasad kami utk melalui ujian ini. Ya Quddus ya Jalil, sucikan segala dosa2 kami dan penyakit2 kami. Ya Mu'id ya Baa'its, kembalikanlah kesihatanku dan semangat utk beribadah spt sediakala. Ya hafiz ya Muhaimin, lindung anak dlm kandungan ini, roh dan jasadnya. Ya Salam, sejahterakan roh dan jasad anak ini. Ya Rahman ya Rahim, kasihani kami hambaMu yg dhaif.."




Sunday, November 13, 2016

Tokoh Politik Dan Pengarah Filem Terima PhD

By On 5:11:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber : UUM online

UUM ONLINE:
 Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan antara graduan yang menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada sidang pertama Majlis Konvokesyen ke-29 Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.

Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Ledang, YB. Dato’ Ir. Dr.Haji Hamim Samuri, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong, YB. Dato’ Dr. Noraini Ahmad dan Mantan Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka YBhg. Datuk Dr. Md. Sirat Abu masing-masing menerima PhD (Pengurusan Pembangunan). 

Sementara itu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB. Dato’ Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah dan mantan ADUN Palong, Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Dr. Lilah Yasin menerima PhD (Pengurusan Awam).

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang juga mantan Ahli Parlimen Yan, Kedah dan Bachok, Kelantan YBhg. Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa menerima PhD (Pendidikan) manakala pengarah filem dan penulis skrip YBhg. Dato’ Dr.  Abdul Razak Mohaideen menerima Doctor of Management (D.Mgt.)

Mereka merupakan tujuh graduan VVIP yang menerima ijazah PhD yang disampaikan Canselor UUM, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah).

Seramai 245 graduan menerima ijazah Ph.D, Doctor of Business Administration (DBA) dan  D.Mgmt. pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 38.42% berbanding tahun lalu seramai 177 graduan.

Sumber: Unit Komunikasi UUM


'Supermoon' berlaku esok 14 November 2016

By On 3:56:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Fenomena bulan penuh kelihatan di atas Banjaran Himalaya dari orbit. - Foto ihsan NASA

NEW YORK: Fenomena bulan terbesar dan paling terang dalam tempoh hampir 70 tahun boleh disaksikan esok. 

Fenomena 'supermoon' itu menyaksikan bulan penuh berada paling hampir dengan Bumi sejak 1948 dan fenomena sama hanya akan berlaku lagi sehinggalah pada 2034. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat, orbit bulan sekeliling Bumi agak membujur, menyebabkan kadang-kadang ia dekat dan kadang-kadang ia jauh. 

Apabila bulan penuh ketika berada paling hampir dengan Bumi, ia dikenali sebagai 'supermoon'. Pada perigee, iaitu tahap bulan paling dekat dengan Bumi, ia berada 14 peratus lebih hampir dengan 

Bumi berbanding apogee, apabila bulan paling jauh dengan planet ini. Esok bulan berada pada tahap paling hampir dengan Bumi selepas senja di India. Bulan penuh itu kelihatan lebih besar dan bersinar lebih 30 peratus. "Perbezaan dalam jarak dari satu malam ke malam seterusnya amat kecil. Ia boleh disaksikan pada bila-bila masa selepas matahari terbenam. "Disebabkan ia bulan penuh, ia akan terbit hampir masa yang sama dengan ia tenggelam. 

Anda tidak perlu berjaga sepanjang malam untuk menyaksikannya, melainkan kalau benar-benar mahu berbuat demikian," kata Timbalan Projek Saintis bagi Misi Orbit Pemantauan Bulan (LRO) NASA, Noah Petro. Ia adalah 'supermoon' kedua daripada tiga fenomena itu berturut-turut, dan jika awan membayangi pemandangan hujung minggu ini, peluang lain menyaksikan 'supermoon' terakhir adalah pada 14 Disember 2016. - AGENSI

Sumber : BH




Peneman Ofis

By On 3:32:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari konvokesyen UUM bermula 12 hingga 16 November 2016 kelmarin sesi pertama.... Hari yang sunyi di ofis.... Ramai staf yang attend konvo..... bila tersempak dengan kawan ofis, mereka bertanya saya masuk dewan konvo ke? saya kata tak..... harus terkejut... seorang lagi tanya dan saya kata tak sebab nama saya tak tercalon.... lagi terkejut..... "Sheila nak masuk tak, ganti akak?"...... "hehehe"..... saya gelak..... lama tu kak..... "a'aa,,, 3,4 jam kat dalam dewan tu".... "tak nak la saya akak"..... kalau nama saya tercalon memang tak boleh nak skip la..... ------------>>> Pengalaman semasa konvokesyen yang tak boleh blah.....

Level bilik saya yang sunyi,,,, nak pergi study di library tak ada member..... terperap kat bilik,,,, Allhamdulillah, kat bilik ada peneman.... kata puteri sulong saya "mama kat ofis baca Al Quran tak, kakak baca Al Quran kat sekolah".... aduiihhh.... zheppppp memang terkena... Erm... insyaAllah, peneman saya pertama Al Quran..... terima kasih kakak.... agaknya itu teguran daripada allah tuk saya! walaupun sesibuk mana di ofis mesti luangkan masa dengan membaca Al Quran....

Peneman hari yang kedua hari ini,,,, puteri kedua saya adik Zara....  lepas luch tadi saya pergi ambil dia di tadikanya, bawa dia kat ofis jadi peneman saya.... anak-anak memang suka sangat lepak kat bilik ofis.... tak ada la saya sunyi sangat. Kalau diorang ni seorang ok aje,,,, kalau ada adik kakak,,, huh.... bising riuh bilik saya.... 


Kena prepare beli makanan siap-siap, kang dia nak makan, lapar la apa... susah nak keluar dah.... cafe jauh.... kat blok sebelah kena jalan.... nak tunggu balik pukul 5.30 macam-macam karenah dia.... daripada tak ada baik ada, kalau dah ada kena faham ragamnya.... 

Tahniah semua graduation 2016 seluruh universiti. Semoga anda berjaya dunia akhirat dalam apa jua yang anda ceburi....




Thursday, November 10, 2016

Tempoh Kehamilan 4 Bulan

By On 2:38:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Erm... bila mengandung saya anak ketiga ni rasa lain semacam.... sebab pertama rasa macam tak percaya pun ada sebab morning sickness saya kurang sikit, walaupun memang awalnya saya penat dan teramat malas..... bila dah masuk 3 bulan setengah dan sekarang empat bulan, baru rasa sangat enegetik, tapi masih malas nak tulis tesis saya.... bab lain saya rajin,,,, rajin kemas rumah terutamanya,,,, 

4 Bulan
apa yang saya rasa tempoh ini, baby dalam kandungan dah mula gerak-gerak.... jika anak pertama dan kedua dulu tempoh lima bulan belum saya rasa lagi pergerakan baby.... tapi perut saya tak besar.... orang tak boleh cam saya pregnant atau tidak..... kalau dulu, 7 bulan baru nampak.... tumbesaran baby pertama dan kedua seimbang..... kedua-dua puteri saya dilahirkan dengan berat 3.0kg.... yang ni saya dapat rasakan kecil sedikit..... sebab saya tak berapa kerap ambil vitamin..... bila tengok vitamin saya rasa tak selera.... tapi nak, tapi tak termakan..... macamanaaaaa.....

Haduihhh.... saya sendiri yang pening..... nak tak nak kena kuat tuk diri sendiri ambil vitamin.....

Vitamin Baby



Persediaan
Baru masuk 4 bulan lebih ni (18 minggu), tiada apa yang saya nak buat persediaan lagi..... serah je la pada Allah Ya Baari'.... Dia Yang Maha Mengatur segalanya.... persediaan anak kedua dulu 6 bulan saya beli sikit-sikit.... persediaan yang tepat tuk baby banyak dekatkan diri dengan Allah,,,, itu yang penting kan..... kali ni lain sikit persediaan rohaniNya..... yang lain semua saya serah sahaja, malas nak fikir... hukhuk... boleh tak macam tu...... kerana apa yang saya fikir sangat terhad berbanding Allah fikir apa yang terbaik tuk saya dan baby.... so, saya ambil keputusan untuk "No Thinking"....

InsyaaAllah..... Allah Ya Baari'..... 





Penangan Pesta Konvo Hari Pertama

By On 1:18:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin, hari pertama pesta konvokesyen di UUM.... selepas ambil kakak dari sekolah, saya singgah nak cari makan, lunch time... singgah! sebab dah tak tahu nak makan apa? Bila tengahari saya susah nak makan, kena tengok makanan dulu la, kalau namak berselera baru boleh order..... haduiii..... memang pening..... habis cafe kat UUM saya jelajah semua makanan yang sama.... mana la tahu kat pesta konvo ada makanan yang boleh menyelerakan saya.....

sumber : UUM online

Tiga kali pusing, berhenti kat satu kedai, nasi campur... Bila saya dan kakak Amani dah ambil nasi baru tahu rupanya harga sekepala RM8... Lauk kenduri kata orang kedai tu..... haduiiii.... parah ni!!! takkan saya nak ambil semua lauk, saya dah la tak lalu nak makan! Kakak pula makan sikit sahaja dan cuma satu lauk sahaja yang kami ambil... Habis tu nak kira macamana ni??? 

Bincang dengan orang kedai, dia bagi saya dan kakak duduk di meja, terus dia kira RM7 tuk kami. Nasi saya RM4+air dan kakak Amani RM3+air.... hah.... baru lega skit..... ye la saya cuma ambil nasi putih+ayam goreng kecil satu ketul+tembikai 3 hiris+sambal belacan..... Kakak pula nasi minyak+daging kicap..... hehehe... itu saja yang saya lalu makan di kala itu.... hukhuk.... Selesai bab makan tengahari....

Tuk malamnya, malam tadi //// daddy tanya nak pergi ke pesta konvo..... kalau tak pergi saya suruh sahaja daddy beli kue teow kerang kat taman rumah saya. Memang itu yang saya terfikir nak makan..... tak tahu dah nak makan apa, semua rasa tak sedap..... bila saya kata, ok pergi la, sebabnya saya susah nak makan, mana tahu ada makanan lagi ok di malam hari..... kami bertolak ke UUM lagi.... Malam tadi perasmian pesta konvo oleh menteri besar Kedah, tapi saya tak sempat nak tengok, cz bila sampai terus pergi makan dulu, pusing satu round, saya kata nak makan kue teow kerang juga.... chop tempat! Kakak, daddy dan adik pergi beli makanan mereka.... Bila dah siap makan MB dah balik.....

Kakak beli spaghetti carbonara.. adik tak beli apa-apa, daddy lak lamb chock.... bila saya rasa spaghetti kakak, alahai!!!! keras semacam jer.... ni spaghetti ke apa! tapi banyak kakak makan dan adik hanya 3 suap sahaja..... siap makan kami pusing tapak pesta..... grab tudung AJ RM10 dan pants RM10 tuk dua helai tuk kakak dan adik....

Aktiviti di Pesta Konvokesyen UUM ke 29
sumber : UUM online

Hari Ini....
Pagi tadi dapat call dari cikgu kakak Amani, kakak muntah-muntah kat sekolah. Cikgu suruh datang ambil.... saya inform daddy, nasib baik daddy belum masuk kerja, terus kami ke sekolah kakak ambil dia yang dalam kelas keseorangan dengan muka yang murung..... rakan-rakan ada aktiviti luar kelas.... hantar daddy ke tempat kerja..... kakak muntah lagi kat parking, sementara tungguh daddy ambil makanan kat cafe tempat kerjanya.... Macam ni gaya muntah kena singgah pusat kesihatan.... terus masuk UUM singgah PKU..... bila masuk jumpa doktor, dia tanya semalam makan apa???? alahai saya cerita la makan spaghetti kat tapak pesta...... "sakit hari tu dah ok?".... bulan lepas datang jumpa doktor sakit lain, bulan ni sakit lain lak.... "a'aa sakit hari tu dah ok dah"..... doktor check up.... then cakap ubat itu dan ini..... last doktor tanya "dah pergi makan la kat tempat konvo?".... ye doktor dah pergi la semalam..... (hehe... segan kat doktor, excited sgt hari pertama dah pergi pesta konvo) kang dah kena!!!

Moral of the story
Kena la hati-hati memilih makanan.... kakak duk ofis saya makan ubat, tidur.....erm..... Ya Fattah Ya Salam.... kata saya kat sahabat tadi, tak apa la dia muntah semua.... Allah Ya Quddus Ya Jalil.... dia memang sensitif dengan makanan.... kalau makanan tak betul skit memang Allah Ya Quddus Ya Jalili akan bersih perut dia.....

Penangan pesta konvo hari pertama itu la kisahnya.....



Tuesday, November 8, 2016

Aura Positif

By On 5:23:00 PM
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


AURA POSITIF / Guru saya pernah bagi tahu jika kita nak orang keliling kita kasih dan sayang pada kita, kita dahulu kena ada aura positif.... kerana : 

 ALLAH ITU SEPERTI PERSANGKAAN HAMBANYA

Sebagai contoh jika kita nak berjumpa orang, walaupun orang itu tidak kita senangi, namun jika aura positif dan perasaan kasih sayang kita kuat pada orang tersebut, insyaaAllah, Allah akan lembutkan hati orang tersebut dengan tidak disangka-sangka dia akan baik pada kita. 

muka senyum ceria cam ni sedap dan sejuk bila tengok

Tips yang selalu saya buat jika saya ingin bertemu dengan orang yang tidak saya kenali lebih-lebih lagi tujuan pengajian saya..... saya selalu zikir Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim Ya Jaami'.... Allhamdulillah, kesan positif yang saya dapat.....

Sebelum saya bertemu dengan seseorang apa yang saya buat adalah:
1. sucikan hati (buangkan segala buruk sangka) yang ada dalam diri
2. sematkan aura kasih sayang dengan zikir tadi

InsyaaAllah, walaupun ada kalanya apa yang kita nak tak dapat tapi  saya syukur orang yang saya temu, ramah dengan saya.... sangat teruja.... 

Aura Positif
Sangat kuat aura positif kita, sangat kuatlah aura kasih sayang kita, dan orang tersebut....

Allhamdulillah....



Popular

Follow by Email