Terus Senyum Walaupun Poket Kosong

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tak tahu nak bagi tajuk apa kisah ini.... di harap semua sudi membaca!! kisah seorang wanita hamil yang hebat!

Saya rasa Allah Maha Hebatkan.... teramat hebat.... dah tiga hari hamba Allah ni pergi kerja balik kerja dengan poket kosong namun hatinya tetap senyum... Hebat Allah itu dialirkan kepada hambaNya.... 

gambar hiasan koleksi peribadi sheilainspire.com

Ya Allah tak tahu la camana hidup diakan, saya tahu dia sedang hamil, tapi dia tetap senyum dan tenang. Kalau anda ditempatnya bagaimana pula rasanya? 

Dia kata syukur sangat masih dapat pergi kerja kerana minyak kereta masih ada. Tak apa la kalau tak makan, walaupun hamil dia tahu Allah segalaNya.... Dia cuma berdoa pada Allah semoga dia sihat dan kandungannya juga sihat...

Awak makan apa?

Saya makan apa yang ada, bawa bekal dari rumah hari ini nasi goreng, dan kelmarin ada buah sikit. Cukup la bagi saya. Malam saya masak nasi dan goreng telur pada anak-anak saya. Saya buat lempeng semalam dan makan lempeng. Itu alas perut saya seharian, dengan buah dan ada rakan bagi sepotong kek.... 

Ya Allah hebatnya awak!!! Katanya lagi, tak apa saya syukur sangat, dan saya rasa sangat sihat walaupun makan tak seberapa. Kelmarin saya jalan kaki hampir 2 kilometer pergi solat di masjid. Saya jalan perlahan-lahan sambil zikir semoga Allah ampunkan diri saya....

Ya Allah... tabahnya dia!!! 

Ini dah rezeki saya walaupun tak seberapa. Harap anak saya ada makanan. Suami saya juga tiada duit. Gajinya hampir habis. Kami mesti berjimat untuk seminggu ini sebelum gaji minggu hadapan. Kami harap cuma ada petrol pergi kerja dan ada duit sikit untuk anak pergi sekolah. 

Saya tak apa la tak ada duit pergi kerja, saya rasa orang lain lagi susah daripada saya! saya makan la apa yang ada.

Kesian sangat bila saya mendengar kisahnya.... Baginya ini biasa sahaja sebab orang lain lagi susah daripadanya.... Saya bantu apa yang mampu. Kenapa awak jadi macam ni? 

Saya ada bantu keluarga bulan-bulan di kampung! Walaupun suami saya marah, kerana diri sendiri pun makan tak seberapa tapi hanya itu yang terpaksa jua saya tolong. Walaupun keluarga saya lebih senang daripada saya. Tapi mereka ibu bapa saya. Biarlah mereka tak tahu kehidupan saya dan keluarga saya di sini, asalkan ibu bapa saya di kampung itu cukup makan, kerana mereka jarang susah. Sekarang mereka susah saya kena bantu mereka, kerana mereka telah membesarkan saya dengan kesenangan. Sejak kahwin saya dah biasa susah dengan suami saya. Suami saya orang susah. Saya dah biasa dihina dan dikeji. Tiada apa lagi pada saya. Semuanya sudah menjadi biasa sahaja. 

Sabarnya awak!!! tabahnya awak!!! 

Allah segalaNya baginya! Katanya kelmarin dia tak makan nasi. Suaminya memang tak makan nasi. Anaknya makan nasi dengan telur goreng sahaja yang ada. Itu sudah cukup mengembirakan mereka. 

Awak tak risau ke kandungan awak? 

Saya risau sangat katanya! Tapi saya tahu ini semua ketentuan Allah pada saya, Allah sayang saya dan kandungan saya katanya. Dia tak akan uji saya melebihi kemampuan saya.....

Ketabahannya sangat kuat..... Dia wanita yang tabah sabar dan cekal!!!

Air mata tiba-tiba mengalir mendengar kisah itu! kerana saya juga ibu yang sedang hamil.

Namun dia tetap senyum dan senyum..... :) 

Subhanallah.....



5 comments:

  1. Bila meletakkan Allah ditempat yang paling selayaknya..inshaAllah hati sangat tenang...dan PC pun rasanya tidak setabah dia kak...

    ReplyDelete
  2. Tabahnya dia, harap juga kuat seperti wanita ini :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.