Penangan Pesta Konvo Hari Pertama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin, hari pertama pesta konvokesyen di UUM.... selepas ambil kakak dari sekolah, saya singgah nak cari makan, lunch time... singgah! sebab dah tak tahu nak makan apa? Bila tengahari saya susah nak makan, kena tengok makanan dulu la, kalau namak berselera baru boleh order..... haduiii..... memang pening..... habis cafe kat UUM saya jelajah semua makanan yang sama.... mana la tahu kat pesta konvo ada makanan yang boleh menyelerakan saya.....

sumber : UUM online

Tiga kali pusing, berhenti kat satu kedai, nasi campur... Bila saya dan kakak Amani dah ambil nasi baru tahu rupanya harga sekepala RM8... Lauk kenduri kata orang kedai tu..... haduiiii.... parah ni!!! takkan saya nak ambil semua lauk, saya dah la tak lalu nak makan! Kakak pula makan sikit sahaja dan cuma satu lauk sahaja yang kami ambil... Habis tu nak kira macamana ni??? 

Bincang dengan orang kedai, dia bagi saya dan kakak duduk di meja, terus dia kira RM7 tuk kami. Nasi saya RM4+air dan kakak Amani RM3+air.... hah.... baru lega skit..... ye la saya cuma ambil nasi putih+ayam goreng kecil satu ketul+tembikai 3 hiris+sambal belacan..... Kakak pula nasi minyak+daging kicap..... hehehe... itu saja yang saya lalu makan di kala itu.... hukhuk.... Selesai bab makan tengahari....

Tuk malamnya, malam tadi //// daddy tanya nak pergi ke pesta konvo..... kalau tak pergi saya suruh sahaja daddy beli kue teow kerang kat taman rumah saya. Memang itu yang saya terfikir nak makan..... tak tahu dah nak makan apa, semua rasa tak sedap..... bila saya kata, ok pergi la, sebabnya saya susah nak makan, mana tahu ada makanan lagi ok di malam hari..... kami bertolak ke UUM lagi.... Malam tadi perasmian pesta konvo oleh menteri besar Kedah, tapi saya tak sempat nak tengok, cz bila sampai terus pergi makan dulu, pusing satu round, saya kata nak makan kue teow kerang juga.... chop tempat! Kakak, daddy dan adik pergi beli makanan mereka.... Bila dah siap makan MB dah balik.....

Kakak beli spaghetti carbonara.. adik tak beli apa-apa, daddy lak lamb chock.... bila saya rasa spaghetti kakak, alahai!!!! keras semacam jer.... ni spaghetti ke apa! tapi banyak kakak makan dan adik hanya 3 suap sahaja..... siap makan kami pusing tapak pesta..... grab tudung AJ RM10 dan pants RM10 tuk dua helai tuk kakak dan adik....

Aktiviti di Pesta Konvokesyen UUM ke 29
sumber : UUM online

Hari Ini....
Pagi tadi dapat call dari cikgu kakak Amani, kakak muntah-muntah kat sekolah. Cikgu suruh datang ambil.... saya inform daddy, nasib baik daddy belum masuk kerja, terus kami ke sekolah kakak ambil dia yang dalam kelas keseorangan dengan muka yang murung..... rakan-rakan ada aktiviti luar kelas.... hantar daddy ke tempat kerja..... kakak muntah lagi kat parking, sementara tungguh daddy ambil makanan kat cafe tempat kerjanya.... Macam ni gaya muntah kena singgah pusat kesihatan.... terus masuk UUM singgah PKU..... bila masuk jumpa doktor, dia tanya semalam makan apa???? alahai saya cerita la makan spaghetti kat tapak pesta...... "sakit hari tu dah ok?".... bulan lepas datang jumpa doktor sakit lain, bulan ni sakit lain lak.... "a'aa sakit hari tu dah ok dah"..... doktor check up.... then cakap ubat itu dan ini..... last doktor tanya "dah pergi makan la kat tempat konvo?".... ye doktor dah pergi la semalam..... (hehe... segan kat doktor, excited sgt hari pertama dah pergi pesta konvo) kang dah kena!!!

Moral of the story
Kena la hati-hati memilih makanan.... kakak duk ofis saya makan ubat, tidur.....erm..... Ya Fattah Ya Salam.... kata saya kat sahabat tadi, tak apa la dia muntah semua.... Allah Ya Quddus Ya Jalil.... dia memang sensitif dengan makanan.... kalau makanan tak betul skit memang Allah Ya Quddus Ya Jalili akan bersih perut dia.....

Penangan pesta konvo hari pertama itu la kisahnya.....



3 comments:

  1. Allah... mungkin juga gara-gara spaghetti yg dimakan itulah
    Kesiannya.. Moga kakak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. mahainya kedai mkn kat sane --' tp tkde plihan kan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.