Bila Anak Dah Pandai Menulis

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah, salam petang, salam sayang....

Sudah sepuluh bulan Adik Zara ke sekolahnya, sejak bulan 1 lalu.... September 29 yang lalu genap 4 tahun umurnya.... Sejak lahir sehingga bulan 12 tahun lepas saya dan suami jaga dia sepenuh masa tanpa hantar pengasuh..... dapat full breastfeeding untuknya selama 2 tahun 1 bulan.... Semasa dalam penjagaan sendiri saya tak ajar dia ABC atau pun 123, alif ba ta seperti mana saya ajar Kakak Amani.... bukan tak nak ajar bila saja nak ajar dia melawan dia sahaja yang betul. Bila kakak ajar pun sama... 


First daya ke sekolah saya memang cakap kat cikgu dia belum tahu ABC atau 123, berkat Allah Yang Maha Bijaksana, tiga bulan ke sekolah dia dah ingat ABC,,,, 123,,,, alif ba ta,,,, dan mengaji pun dah dah tahu sikit-sikit..... bulan lima yang lalu saya ada ajar dia menulis namanya.... saya nampak dia mudah pandai.... Allhamdulillah, dari situ dia dah tahu menulis namanya "ZARA ADELIA".... sekarang dia cuba menulis nama Kakak Amani... tapi nama Kakak panjang sangat! "PUTRI DAMIA AMANI"... Dia hanya ingat tulis "Put" sahaja.... hikhik....

Sejak saya hantar dia ke sekolah, saya memang serah dia pada Allah seratus peratus.... saya tahu Allah Yang Maha SegalaNya..... tak perlu saya risau, dia tak pandai itu dan ini, saya tahu Allah yang mengurusnya,,,,, apa yang Allah tentukan pada anak-anak kita adalah terbaik....

Doa Untuk Anak-anak
"Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin, Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari".... Ya Allah Kau Yang Maha Menjaga Melindungi dan Memelihara Kau jagalah peliharalah anak-anakku hatinya, jiwanya pancainderanya daripada dunia yang fatamorgana ini, peliharanlah keelamatannya di mana jua mereka berada, aku serahkan anak-anak kepadaMu.... Bukakan minda mereka seluas alamMu, Ya Allah Ya Fattah, Ya Basith Ya Waasi', alirkan ilmuMu sederas tsunami Ya Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, untuk mereka mengenal makrifat Mu.....

InsyaaAllah.... tiada kerisauan dalam diri kita sebagai ibu tentang anak-anak kita.... baik buruk anak-anak Allah Yang Maha Berkuasa....



8 comments:

  1. Amin amin amin. Semoga makin cerdik anak2 akak nanti, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Insha Allah... Biar lambat asalkan. Selamat.. anak kedua saya pun sama camtu la.. dia belajar dari video je banyak..

    ReplyDelete
  3. amin ya rabbal alamin..
    smoga mjadi ank yg solehah..

    ReplyDelete
  4. Anak anak amanah Allah....moga Allah merahmati kita semua. Moga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah... tuk sis jua smg sis n fmly diberkati dunia akhirat

      Delete

Powered by Blogger.