Tokoh Politik Dan Pengarah Filem Terima PhD

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber : UUM online

UUM ONLINE:
 Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan antara graduan yang menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada sidang pertama Majlis Konvokesyen ke-29 Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.

Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Ledang, YB. Dato’ Ir. Dr.Haji Hamim Samuri, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong, YB. Dato’ Dr. Noraini Ahmad dan Mantan Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka YBhg. Datuk Dr. Md. Sirat Abu masing-masing menerima PhD (Pengurusan Pembangunan). 

Sementara itu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB. Dato’ Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah dan mantan ADUN Palong, Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Dr. Lilah Yasin menerima PhD (Pengurusan Awam).

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang juga mantan Ahli Parlimen Yan, Kedah dan Bachok, Kelantan YBhg. Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa menerima PhD (Pendidikan) manakala pengarah filem dan penulis skrip YBhg. Dato’ Dr.  Abdul Razak Mohaideen menerima Doctor of Management (D.Mgt.)

Mereka merupakan tujuh graduan VVIP yang menerima ijazah PhD yang disampaikan Canselor UUM, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah).

Seramai 245 graduan menerima ijazah Ph.D, Doctor of Business Administration (DBA) dan  D.Mgmt. pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 38.42% berbanding tahun lalu seramai 177 graduan.

Sumber: Unit Komunikasi UUM


2 Give your inspiration

Give your inspiration here and thank you.

Certificate from myideakini.com