Enter your keyword

Thursday, November 3, 2016

Sakit dan Perubatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sakit?
Banyak cerita pasal sakit ni terutama sakit urat yang didengari saya daripada ahli keluarga..... Saya ni memang pendengar setia, namun saya akan suggest apa yang saya buat pada peringkat orang..... Maksud saya tahap pemikiran dan penerimaan seseorang serta kepercayaan seseorang tentang "kepercayaan alam ghaib"..... hehehe


Kepercayaan alam Ghaib????
Wah.... cam seram jer bunyinya kan.....

Kajian saya yang sedang saya buat memang tentang kepercayaan alam ghaib! Sekarang pun memang mood mengandung saya membataskan pembetulan tesis saya... tersangat down dan malas..... Ya Allah Ya Quddus Ya Jalili, sucikan jernihkan kotaoran dan sifat-sifat malas ini.... Sikit sahaja lagi yang tinggal ni..... Mohon kekuatanMu....

Kepercayaan Allam Ghaib
Bab kepercayaan Alam Ghaib ini yang saya maksudkan adalah tentang rukun Iman yang ke 6 iaitu "percaya kepada qada dan qadar"... itulah kepercayaan alam ghaib yang saya maksudkan.... Sejujurnya saya dah set dalam kepala saya, ubat itu bukan penyembuh, ubat itu hanya alat Allah... Allah Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan.....

Tahap Pemikiran Adalah Berbeza
Saya takkan bagitahu orang dengan apa yang saya buat bagi menyembuhkan sesuatu sakit dengan hanya zikir!..... pandangan dan mentaliti kita berbeza, ditambahkan pula tahap pendidikan serta  tahap kepercayaan mereka kepada Allah swt..... Saya bukan mengatakan seseorang itu tak cukup Iman.... bukan dan tidak sekali.... cuma tahap pegangan agama terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam seseorang itu samaada ye atau tidak bergantung seratus peratus kepada qada dan qadar Allah dengan kepercayaan alam ghaib tadi..... 

Pertanyaan itu Menandakan Kenyakinan Kepada Pencipta
Ada orang berkata takkan hanya zikir boleh sembuhkan sakit urat ni..... mesti kena ambil itu dan ini.... bagi saya, aklau terpaksa ambil la ubat atau supliment tapi set dalam minda ubat atau supliment itu hanya alat Allah... dan Allah Yang Maha Menyembuhkan segala penyakit.... takut nanti tersilap fikir ubat dan supliment itu bagus dapat sembuhkan sakit ini dan itu, takut juga mendatangkan syirik.....

Yer? ubat dan supliment itu tidak akan wujud jika bukan dengan kebijaksanaan Allah yang Maha Bijak dan Yang Maha Pencipta..... Allah jua Yang Maha Mencipta ubat dan suplement tersebut, namun harus diingatkan pergantungan kita harus kepada sang pencipta Yang Maha Agong..... kalau nak ambil apa-apa ubat dan supliment bincang dulu dengan Allah tanya dulu dengan Allah adakah harus atau tidak untuk mengambilnya?

Sedangkan nak ikat tali kasut pun harus minta pertolongan Allah swt:

“Hanya kepada Engkau kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.”

Segala perbuatan, ketundukan, kehambaan dan ikutan hanyalah kepada Allah swt sahaja. Tidak yang lain. Begitu juga segala pertolongan yang diminta dan yang diharapkan hanyalah daripada Allah swt. Tidak yang lain. Hatta mengikat tali kasut pun, perlu memohon pertolongan dari-Nya. Sesiapa yang meminta pertolongan selain daripada Allah swt adalah termasuk ke dalam golongan yang menyengutukan Allah swt.

Percaya atau tidak ayat Al Quran, zikir pengubat segala penyakit. Sucikan hati, teguhkan keyakinan, datanglah iman yang kuat.... InsyaAllah....

Bak kata guru saya yang jadi masalah kita ni malas nak zikir? KAlau duk tengok tv tiga empat jam boleh pulak... saya la tu.... huhu...  tapi itu lah hakikatnya jangan merungut dengan sakit ni...

Hakikat Sakit
Sakit itu penghapus dosa, harus syukur dan syukur! InsyaaAllah, anda tenang dan redha... sakit akan hilang sendiri... sakit urat tak seberapa.... kerana dosa kita ni banyak.... 

Ubah cara fikir kita,,,, insyaaAllah Allah sentiasa bersama, kerana Allah itu Ya Qarib Ya Raqib... Yang Maha Dekat lebih dekat dari urat leher kita.....




3 comments:

  1. Allah maha pnyembuh. Kita usaha je :)

    ReplyDelete
  2. Yakin....insyaallah akan datang pertolongan Allah. Allah pun suruh kita berusaha juga kan, bukan hanya terus menunggu dan berserah. Wallahu 'alam

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Popular

Follow by Email