Dah Hari Ke 7 Business Boot Camp 101 Percuma Datuk Wira Dr. Azizan Osman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dah Hari Ke 7 Business Boot Camp 101 Percuma Datuk Wira Dr. Azizan Osman | Allhamdulillah sedar tak sedar hari ni 7 Jun 2021 dah masuk hari ke 7, Boot Camp Percuma Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Sejujurnya ini kali pertama saya join kelas DWDAO, dan baru kenal company Rich Work. Sebelum ni, terutama 2 tahun lepas saya sudah selalu tengok sahabat blogger buat promo. Dan sejujurnya saya sudah dengar tentang kelas yang dikendalikan DWDAO ni sejak tahun 2013 lagi. 



Belajar Fokus

Namun, baru kali ini Allah gerakkan saya untuk join kelas beliau. Allahu, sangat teruja saya dibuatnya. Sehinggakan solat pun konsisten sebab tak mahu terlepas sedikit ilmu pun. Bila hari pertama saya belajar tentang fokus, apa yang dikeliling saya, saya tak hiraukan hanya terus fokus apa yang Doc cakap. Nak taip kat chat pun segan sebab kalau jari menaip otak saya mungkin hilang fokus so, saya dengar, tulis dan buat nota setiap apa yang Doc cakap.


Ye la, sejujurnya saya ni bukan seorang pelajar yang 4 flat, tak pandai langsung, agaknya saya dapat PhD pun sebab mungkin kesabaran saya tinggi dan kehendak saya yang tinggi untuk habiskan pengajian, walaupun dah kena terminate kerja dan sebagainya. Sebab kehendak yang tinggi tu la mungkin saya dapat tamatkan PhD. PhD saya pula take time, 7 tahun 7 bulan 6 hari, saya kena reviva pada tahun 2018, 2019 reviva baru lulus. 2020, submit tesis and baru dapat Julai 2020 baru dapat surat senat. 

Saya Tak Pandai

So, dalam mencari ilmu saya sangat belajar fokus seperti yang Doc cakap, sebab saya tahu saya bukan pelajar yang masuk terus dalam kepala otak. Jangan kata saya ada PhD saya pandai. Saya rasa lagi banyak saya belajar makin rasa diri ni tak pandai. Bab bisnes langsung tak tahu apa! Walaupun family orang bisnes. Mereka bangga dengan apa yang mereka ada, tapi saya memang menyepikan diri bab bisnes ni, sebab saya ni lurus bendul. Nak bercakap pun malu, lagi-lagi nak defend diri sendiri.

Belajar Say No

Ya Allah, betul la sangat apa yang Doc ajar, saya memang sejenis orang yang tak reti say NO! Kalau orang salahkan saya, biarpun saya tak salah pun saya diam. Membuatkan resultnya saya seperti orang yang bersalah. Itu lah kelemahan saya yang mak saya selalu cakap saya ni lurus bendul. Serius saya tak pandai nak menipu, saya tak pandai nak cakap tambah-tambah. Bila masuk dunia hiburan bidang pengajian saya, saya lebih terbuka, persepsi saya sangat lain. Saya tak kisah la orang nak cakap apa kat saya, nak jerit nak marah nak tengking saya pun, janji saya buat benda betul. Perkara yang salah bagi saya adalah salah. Perkara yang betul, tetap betul. Sampai sekarang saya takut bantah apa mak saya cakap, walaupun saya benar....! Memang mak orang marketing pandai cakap, saya tak seperti beliau. Tapi tak apa la, biar la apa mak nak cakap pun, yang saya memang benar orang yang lurus bendul, tapi saya yakin Allah bersama saya, orang bendul macam saya boleh jadi jutawan dunia dan akhirat. Semoga mak dan ayah saya sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan syurga! Saya nak buat mak ayah saya happy! dengan jalan Allah. Berjaya di dunia dan akhirat. Saya nak bawa mereka menderma dan berdakwah tanpa memilih bulu!

Mata Dunia

Mata dunia, ini yang mak saya selalu tekannya pada saya. Memandangkan saya ni lurus bendul saya tak nampak semua tu. Tapi saya tahu apa yang mak saya ajar adakala bertentangan juga. Saya sentiasa doakan semoga emak jangan letak dunia kat depan, disebalik dunia kita juga kena ada akhirat yang mesti dicapai. Sedekah sedekah dan sedekah. Seriusnya saya banyak belajar tetang hidup dengan guru-guru dikeliling saya serta pengalaman di sekeliling saya. Terima kasih Ya Rabb, temukan saya guru-guru yang baik dan guru-guru yang garang seperti David Teo. dia ex boss saya, mulut dia memang lancang, tapi hidup dia tidak kedekut dalam menderma. Jangan berkira menderma tak kira la miskin ke kaya. Orang kaya pun kita kena derma juga. Mana tahu berkat derma kita mereka berubah. Jangan berkira nak bagi orang, berkira dengan itu dan ini. Saya tak kira berapa duit yang ada dalam poket saya, saya terus sahaja bagi. Sebab itu juga mak saya selalu cakap saya ni lurus bendul. Saya kadang-kala memang konfius sangat bab ni. Kadang-kala membuatkan saya sangat berhati-hati sehingga rasa berdosa nak berkira bagi derma. Biarlah kita menjadi mata dunia dan mata akhirat. Tapi, kat belakang mak saya bagi sahaja, bukan mak nampak pun... hehehehe..... Dan, allhamdulillah, syukur anak-anak saya jika tengok tabung dan masuk saja ke masjid, mereka cepat-cepat minta duit dengan saya nak masuk dalam tabung.... 

Jangan Pilih Bulu, Jangan Skeptikal

Maaf jika perkataan ini sangat kasar. Benar ini yang saya belajar dalam hidup kita. Walaupun, orang susah dia baik dengan kita, saya diajar lebih berhati-hati sebab orang susah ni sebab nak menumpang senang kita. Tapi bila saya berguru, orang susah lah yang sentiasa mendoakan kita. Dan resultnya, memang benar orang susah juga yang bantu saya dek saya tersungkur jatuh. Jangan mudah skeptikal dengan orang! Kata Doc kalau tak kenal maka tak cinta. Betul sangat tu, saya sangat setuju. Dalam bisnes kita kena betul kenal dengan bisnes kita, betul-betul cinta dengan produk yang kita nak jual. Jadi, jangan pandang rendah kalau kita tak kenal siapa orang tu!

Niat Bantu Orang

Saya sangat setuju ini adalah niat utama, purpose utama, sebab utama kenapa kita nak berbisnes! Dulu masa saya dapat kerja sebagai tutor, saya dipesan jangan tolong orang, kalau ada saudara-mara yang nak minta tolong jadi penjamin dan sebagainya. Tengok! bila saya nak sambung belajar siapa yang bantu saya jadi penjamin? Saudara-mara saya juga! Ya Allah hebatnya kejadiannya Allah. So, kita jangan berniat tak nak bantu orang, sebab jika kita ingin dibantu, mungkin tiada siapa yang boleh bantu kita! Saya beruntung, dan sangat bersyukur masa saya susah dibuang kerja, saya didatangkan Allah dengan sahabat yang baik, keluarga mertua baik dengan saya. Mereka lah yang batu saya pinjamkan duit dan sebagainya walaupun mereka itu orang susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kala itu la, ingat jangan hina orang susah! yang susah tu lah datang tolong kita masa kita susah. Yang senang belum tentu dapat bantu kita masa kita susah.

Azam Tahun 2021 Mulakan Bisnes

Sebelum ni, saya catat azam saya tahun 2021 nak mulakan bisnes. Syukur sangat Allah dah dorongkan saya masuk kelas percuma Doc. Sebelum ni memang saya tak ada peluang, duit pun tak ada. Dan, kini masa yang tepat Allah susunkannya untuk saya.

Produk Yang Dekat DiHati

Mahu mulakan bisnes, biarkah produk yang kita suka, yang dekat dihati ada apa yang ada ditangan kita. Dalam tangan saya tak ada apa-apa so, saya deside dan discuss dengan kakak Amani apa produk yang mahu dipilih? Tudung ataupun pakaian. Bila dikaji keliling saya, walaupun orang kerja kerajaan tapi taraf hidup tak sama seperti di bandar. Mereka cari produk yang mampu milik. Memandangkan masa Ramadhan hari ni banyak pula parcel pakaian ni sampai kat ofis saya. Oh... saya tahu mereka ni memang menggunakan produk tersebut. Dan, kak ngan pun cakap cikgu KAFA dia pun pakai baju jenama tu juga... hehehe... dah berbincang, kakak amani pun cakap dia tak ada banyak baju kurung, so saya decide untuk menjadi dropship Sabella.  

Terus Bertindak

Doc kata orang yang berjaya terus membuat tindakan. So, dengan drastik saya membuat keputusan untuk menjadi dropship Sabella. Yang belum saya bertindak adalah buat LIVE. Tak apa Doc, saya memang malu, bukan orang peramah pun tak tahu juga nak cakap apa, tapi saya yakin saya boleh buat LIVE. Saya nak cari banyak ilmu tentang produk baru saya yakin nak cakap apa. Sebab saya tak pernah ada baju Sabella ni. Tengok cuma kat internet sahaja. Meterial macamana, kenapa bajunya dipilih saya 0 ilmu... So, insyaAllah habis kelas Doc 12 hari ni saya nak buat LIVE.... Saya yakin dan tak sabar nak buat LIVE sebenarnya, tapi 0 ilmu tentang produk, 0 ilmu tentang market saya. 

Malam ni, Hari ke7

Saya dah kumpul bahan untuk apa yang saya nak cakap masa LIVE, biarlah nak jadi apa, ada ke tak orang tengok saya nak buat LIVE. Tadi saya dah tahu nak tekan LIVE tuk IG kat mana, belajar dengan anak saya la kakak Amani... hehehe.... budak-budak ni lagi tahu. Walupun mak dia ni mengajar bidang media, tapi haram.... tak tahu buat LIVE.....

Mak, ayah saya nak buktikan saya mampu berjaya di dunia dan akhirat! Saya nak bantu semua orang, tak nak pilih bulu! Saya nak jadi jutawan dunia dan akhirat! Itu lah cita-cita mak saya nak tengok anak jadi jutawan. Saya nak bawa mak ayah saya sama-sama bantu orang susah, jangan kedekut rezeki! duit tu jangan letak dekat hati tapi dekat tangan., Apa yang kita ada, jangan sayang sebab bukan milik kita satu pun.... Saya sangat suka cerita kisah Rasulullah SAW, keluarga Rasululullah SAW dan sahabat. Saya sangat ingat kisah bagaimana isteri baginda berjuang bantu ummah, beliau mahu supaya tulang-temulangnya digunakan jika beliau meninggal untuk bantu perjuangan Rasulullah saw. Itu lah perjuangan kita juga sebagai khalifah.... sebab itu kita kena jadi jutawan. Jangan takut untuk memberi! Lebih banyak kita bantu orang InsyaaAllah, berlipat ganda Allah bagi kita!  Saya bukan orang yang lurus bendul, saya orang bijak, bijak seimbangkan dunia dan akhirat. Titan dan gradiator sangat memberi inspirasi buat saya> Sangat membakar jiwa raga saya!

Saya nk keluar daripada kesusahan ini! Saya nak bantu orang dan bantu tukar persepsi orang! Doakan saya!

Ayuh sahabat kita join sama-sama Boot Camp  101 Mula dari 0. Join sekarang t.me/AzizanOsmanOfficial

 

Daftar Sekarang

https://richworks.com/bootcamp/ 


Amin Ya Mujib....







2 comments:

Powered by Blogger.