December 2019: Last Month For This Year



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

December 2019: Last Month For This Year | Allhamdulillah. Menyepi dek kesibukan melanda. Nak buka blog pun tak dan. Tup tup dah masuk bulan terakhir bagi 2019. Apa yang menarik ye tahun ni? Erm.... nak recap ni? Cepat ke sangat! Disember baru masuk ni.... By the way, Allhamdulillah, happy birthday belated to my love hero hubby, 1st December... huh! cepat sungguh masa berlalu kan.... Baru je rasa Jan 2019 dan akhir tahun ni biar betul! 

BLOGGING

Blog Review and sponsorship

Rasanya hampir sama dengan tahun lepas. Memandangkan suam-suam kuku je blog ni! Sponsorship untuk review pun boleh kira je ngan jari! apa pun syukur dengan apa yang ada. Allhamdulillah dapat la merasa dengan tiga sponsor travel trip pada tahun ni sangat mengujakan saya, family and team... Terima kasih Ya Rabb dan Team BPT.




Blogging saya tahun ni tak la berapa banyak sebab tahun ni saya terpaksa komit dengan study saya. Bila dah submit tesis untuk reviva pada 15 Julai 2019 baru la rasa lega skit dan ada mood untuk blogging. Bulan Oktober saya reviva.... then kembali slow semula apabila ada lagi correction yang kena buat. Bulan November dah mula hantar bab pembetulan, tapi hati ni masih slow dengan blogging bila mana terima surat termination keje... huhu.... so pengakhiran tahun 2019, I lost my job.


Facebook Bermasalah

Nasib la.... hari ni hari ke2 last kerja. Esok 9 Disember 2019, saya last kerja! hari Selasa saya dah  mula cuti untuk ke USM. Job blog pun susah nak apply dan tinggal komen kat facebook kerana kena block tinggalkan link... Tak tahu la saya nak solve macamana? Korang tahu tak macamana nak solve tu??? kalau tahu tolong la tunjukkan kat saya ni!



Travel Trip Setahun Yang Lepas

Cepat sungguh masa berlalu setahun yang lalu kami team Blogger Pantai Timur ke The Cedar Bidor, Perak pada Disember 2018.... Fuhhh... korang kalau nak cari ketenangan dek kesibukan kota or nak tenangkan minda dari stress kerja dan sebagainya, saya sangat mengesyorkan korang buat family day ke the cedar Bidor. The Cedar Bidor ni ialah sebuah banglo dengan lapan bilik di atas bukit di kelilingi hutan belantara, semulajadi dengan pool, dan sungai Gapai di bawah nun banglo tersebut sangat mengujakan. Tapi sayangnya kami tak sempat la nak turun bawah untuk menikmati air sungai yang jernih tu.... Nampak gaya kena hiking 'juruh benar' tu kalau nak turun ke sungai then naik semula ke banglo... hehehe....





InsyaaAllah, kalau ada rezeki nak lagi kami kembali ke The Cedar, Bidor. Rasanya 2 hari 3 malam baru puas menikmati ketenangan di banglo The Cedar, Bidor tu. Kalau saya memang jenis suka alam, hijau dan tenang. Sebab itu saya seringkali akan walking ambil oksigen di sekitar kawasan UUM. Bukan saya walking untuk kurus tapi untuk menambah oksigen masuk ke otak. So, leh sama-sama zikir dengan alam sambil walking weihhh.... That's why apa yang kita suka buka tak semestinya orang suka dan orang ada masa macam kita,,,, sementara ada masa dan peluang saya walking je la.... nak main golf pun tak pandai... hahaha.... jalan tepi padang golf pun jadi la nok.....



McDonald's Francaisee

Allhamdulillah, terima kasih diberi peluang dan mendapat sponsor daripada salah seorang pemililik McDonald's Francaisor iaitu En. Fairuz Aqma pemilik kepada McDonald's Sunway City Ipoh. Dengan PR yang dimiliki oleh founder team BPT Sis Hawa kami diberi peluang menjamu selera di restoran beliau. Kejayaan beliau membuatkan kami semua terpegun pada usia yang muda En Fairuz mampu bergelar usahawan berjaya dan memiliki restoran McDonald's sendiri. 





Lost World of Tambun

Tahun ini juga travel trip bersama ke Lost World of Tambun, tapi akhir tahun lepas team BPT ke MAPS Ipoh. Syukur! dengan gelaran mom blogger ada anak tiga ni kalau nak berjalan sudah tentu kena berduit. Allhamdulillah diberi peluang untuk membawa anak-anak ke MAPS Ipoh setahun yang lepas. 

STUDY

Allhamdulillah. Syukur bila dah lulus reviva. Hanya Allah sahaja yang tahu! finally dapat juga dengar perkataan 'lulus' tu daripada pengerusi.


WORK VS STUDY: 12 TAHUN BERKORBAN UNTUK KERJA DAN PHD

Left Work! Sedih? mana tak sedih tapi sampai sekarang tak juga nangis pasal kena buang kerja. Mungkin dah keras hati saya ni dah 12 tahunkan survive! Susah payah, dan semuanya... Last last dapat juga surat cinta tu. Itu punca utama pendapatan kami, tak tahu lah kenapa tak menangis? Kalau fikir nak sedih apa? Walaupun gaji last bulan 11... dan banyak pula plan bulan 12 itu dan ini. Untuk anak buka sekolah memang langsung la tak ada saving nak buat camana tiap bulan pun cukup makan je.... Ada kala RM20 itu la baki dalam bank sebelum terima gaji baharu. Ada juga kena catu bawang tuk masak nasi goreng. Dan... Sekali boleh makan sedap upload kat IG walhal, memang berkali-kali dan setiap masa makan nasi dengan lauk jer..... ada juga makan nasi xde lauk.... hahaha...... itu pun masih gemuk dan membesar, tanda kasih sayang Allah kat kami tu! dan syukur anak-anak saya diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih Ya Rabb.... Allhamdulillah



12 Tahun Survive Semuanya Untuk Bertarung Dengan PhD 

So, dah 12 tahun susah ni duit gaji cukup tuk makan dan minyak kereta, ada juga banyak kali tak cukup, dan ada kala pergi kerja pun poket kosong. Dapat pergi kerja ada minyak kereta jer, syukur sangat.... sehinggala 12 tahun berlalu. Bila tiba masa nak balik kampung itu masa paling mendebarkan sebab nak balik semula ke Kedah rezeki dalam bank tak sampai RM100 itu la selalu yang saya alami. Setiap kali dan setiap kali! Mungkin susah saya yang banyak ni menyebabkan hati saya dah keras dengan kesusahan. Sehinggakan orang keliling tak tahu dan tak nampak, sebab kitakan pelakon terbaik... hahahaha



Takkan kita nak p menagih kat orang kot hari ni kita tak ada duit! Dan.... setiap kali tak ada duit, duit tinggal RM50 tu la , kawan-kawan selalu duk buat jamuan makan la apa..... Korang tak tahu aku ni tak ada duit. Nak tunggu gaji 2, 3 hari lagi.... Korang yang duit banyak, makan terlebih tak apa la! nak buat kenduri bagai.... Allah murahkan rezeki korang selalu, aku tumpang bahagia dengan korang! hahaha..... dalam 2, 3 hari nak gaji tu la aku duk tengah ikat perut makan apa yang ada kat rumah tu la korang buat jamuan bagai.... aku ni tahu segan sangat nak makan tak bawa apa! tapi Allah tu maha baik dan pemurah, korang bagi aku tapau makanan lebih bawa balik. Ya Allah! Allhadulillah! Semoga Allah melipat gandakan rezeki korang.... Allah murahkan rezeki syurga untuk korang.

Korang!!! kalau 12 tahun duk kat situasi aku ni, agaknya korang boleh ke sabar, korang boleh ke tanggung??? Dalam media sosial tu totally memang la menipu sahaja. Tunjuk yang best-best sahaja. hahaha.... realiti hidup ku survive 12 tahun keje dan akhirnya kena buang kerja ni macam ni la kalau korang nak tahu! semuanya untuk PhD!



Orang nak datang rumah pun segan sangat. Korang mana la tahu, keje aku ingat duk saja! sempat buat kerja rumah? Aku and family memang survive hidup tuk makan n survive anak sekolah, then pergi keje. Sebab itu weekend kami tak p mana! tak de budget nak p mana. Minyak kereta bajet tuk p keje sahaja n p USM.

Sori la xdan nak pk hal emas permata bagai! nak beli sofa mofa kat rumah pun xde duit aihhh.... MINTA MAAF tetamu datang rumah terpaksa duk BERSILA kat lantai!!! bagi mak nenek atok maktok yang sakit lutut, saya mohon SEPULUH JARI MINTA MAAF, kat rumah saya tak ada sofa mofa nak duk..... Saya tak mampu nak layan dengan sempurna tetamu yang datang rumah, dan saya cuba sedaya mampu dengan rezeki yang ada!

Life saya orang study, tak sama dengan life anak makcik pakcik..... Kepala otak saya fikir pasal tak habis study je! rumah pun tunggang-langgang. (Segan bila tetamu datang rumah belek-belek tengok satu persatu, buka almari dapur, setiap area rumah dibelek itu dan ini, selak almari baju dan sebagainya!!!) Kang skang kena terminate juga sebab habis study lambat! 
Kalau mak-mak, ayah-ayah nak tahu macamana life orang study ni, suruh la anak-anak makcik pakcik sambung buat PhD? 

Kat Rumah Tak Ada Internet

Sebab ni juga saya tak berapa nak aktif blogging. Tiap bulan hanya tuk bayar data tepon sahaja. Nak pasang tenet kat rumah dah tak mampu.



Sifat Orang Yang Suka Kira Gaji Kita

Kalau cakap kat orang yang kita ni tak ada duit, orang akan korek habis gaji kita, kira satu persatu komitmen kita. Fuhhhh dasyat betul ye orang kita ni! Bab ni aku salut pada orang kita ni pandai tul mengira. Bab ni juga aku jarang nak share dengan orang even family sdiri pun. Berbulu mata weihhhh orang tua kalau anak-anak tak ada duit, tak ada keje. Tak reti nak tunjuk walaupun tak ada duit. Terpaksa juga kawal mulut tak nak cakap xde duit depan mak ayah walaupun balik kampung tak bawa balik apa-apa..... adakala family ni salah sangka dan salah faham dan juga silap tercaturan.....



Pengalaman lepas, aku dah kena maki hamun sebab tak ada duit, orang kira gaji aku setiap sen,,,, membuatkan aku ni berhati-hati bab nak cerita hal kat orang ni.... Biar orang nampak sdiri la yang aku ni tak ada duit! Malas nak menagih simpati sebab orang macam aku n husband ni pasti dipandang hina. Orang akan angkat bila orang berduit sahaja! Kalau orang berduit tu cakap tak ada duit pun orang percaya, sedih dan orang akan simpati sangat.

Kalau aku dan husband ni memang akan dipandang hina sangat-sangat! Orang susah kan, akan lebih lagi la dipandang hina, dibenci, dicaci. Cakap apa pun macam bau kentut je..... So, buat apa nak menagih kat makhluk Allah, lebih baik menagih kasih terus dengan Allah.



Syukur

Apa pun aku sangat bersyukur kerana aku baru je alami semua ni selama 12 tahun.... dan aku akan hadapi apa jua dugaan kesusahan hidup kami di masa mendatang. Selagi bernyawa selagi itu ada dugaannya. Apa pun jua dugaan yang diberikan syukur selalu. Memang ada juga yang kata macaman nak syukur? Syukur akan hadir dalam diri bila kita redha dengan Allah dan bila kita kenal dengan ALLAH. Allah tak akan dtangkan kita dugaan jika Dia tak sayangkan kita! Dan jangan lak salah faham, kalau Allah bagi senang tu, Allah tak sayang! Kena faham betul-betul agama! Saya bukan manusia kuat agama pun! tunggang langgang juga agama saya ni, tapi bila kita kenal siapa pencipta dugaan, kenapa dan kenapa Allah takdirkan sesuatu kepada kita, InsyaaAllah kita akan rasa syukur!



Jangan Tengok Orang, Jangan Fikir Apa Orang Kata

Ni penting, kalau duk dengar orang cakap negatif pasal kita, boleh bercerai-berai rumah tangga. Korang yang duk mengata tu ada ke nak hulur duit kat kita untuk kita survive hidup! tak ada kan? Pandai mengata dan suggest itu dan ini sahaja! Korang tak duk di tempat kita ni boleh la cakap macam-macam. Allah ni bagi dugaan kat kita, ikut apa yang kita boleh hadap. Korang yang tak mampu nak hadap dugaan yang kita alami ni, sudah tentu Allah akan bagi korang senang, cukup makan, minum dan sebagainya. Malah berlebih-lebih lagi.... So, itu nikmat yang boleh muhasabahkan diri juga. Jangan tengok susah orang sebagai hinaan. So, korang jalan terus kuncikan hati! Biar jadi batu, jangan dengar cakap orang, jangan fikir apa orang kata!




END OF YEAR CONCLUSION

ALLHAMDULILLAH. Terima kasih Ya Rabb, I am lost my JOB because of PHD. I have nothing to survive. Tak tahu macamana nak cari duit nak daftar anak masuk sekolah tahun depan! tapi satu yang saya yakin SAYA ADA ALLAH. Dia yang menyusunkan semuanya ini, dan saya yakin Dia jua yang akan mengeluarkan saya dari semua ini. Ini kasih sayangNya pada saya! Saya susah sekarang, it's ok saya nak SYURGA akan datang. ALLAH sayang saya. Saya juga kena belajar sangat sangat padaNya. Ia mengajarkan saya hidup ini. InsyaAllah ada jalannya. Saya memang langsung tak ada duit sekarang tak tahu macamana nak survive tapi saya tahu saya ada ALLAH. Dia yang menyusun hidup saya! Saya jalan terus.... tak mahu pandang belakang. Saya mahu jadi orang yang berjaya mengharungi apa jua masalah.





OUR DESTINY TO JANNAH!


Jalan untuk ke Jannah berliku dan sukar! tak ada suka-suka, happy-happy travel sana sini menikmati syurga dunia! tapi syurga dunia boleh jua membawa kita ke JANNAH bila mana hati kita SUCI daripada dunia!

Ya Allah aku berlindung denganMu dukacita dan rasa sedih,
aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas,
aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil,
dan aku berlindung denganMu daripada hutang dan penindasan orang

Ya Allah lapangkan kesulitan yang kami hadapi pada hari ini,
keluarkan kami daripada kesulitan ini, dan bantulah kami Ya Allah.

Ya Allah tambahkan rezeki yang banyak lagi halal,
Iman yang benar, kesihatan yang baik,
kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih,
dan kejayaan yang besar.
Ya Allah, perkenankan doa kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mulia
Amin Ya Rabbal'alamin


APA JUA YANG BERLAKU PENUTUP 2019, SYUKUR SANGAT APABILA AZAM TERCAPAI......

ALLHAMDULILLAH. TERIMA YA SYAKUR, YA RAHMAN, YA RAHIM! :):):) 

ASELAWATI READY THE GO NEXT YEAR..... YEAHHHH....




Kalau ada apa-apa review boleh contact saya
Sheila/Aselawati @0166381343





3 comments:

  1. Manusia sangat mudah membuat kesimpulan seperti sedang berada di tempat kita kak..macam tahu serba serbi.Walhal terkadang bila kita tersungkur mereka tidak peduli pun.Tak apa Allah ada kita bangkit teruskan lagi usaha.
    InshaAllah rezeki akak sekeluarga sentiasa ada..ada!.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah pelbagai kisah dan cerita melengkapi hidup kita. semoga kita semua dipermudahkan urusan. aamiin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.