PdPR Disambung Sehingga Cuti Pertengahan Tahun : Cabaran dan Masalah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PdPR Disambung Sehingga Cuti Pertengahan Tahun | Assalamualaikum, pagi tadi jam 10.00, Menteri Kanan Pendidikan Dr. Mohd Jidin Radzi telah mengumumkan PdPR akan diteruskan lagi bermula 13 Jun  bagi kumpulan A dan kumpulan B pada 14 Jun 2021 sehingga 25 hari. Ia akan bersambung sehingga cuti pertengahan tahun pada 16 dan 17 Julai 2021. 

sumber: malaysiatercinta.com

Kalau tengok jadual bulan Jun cuti sekolah tamat pada 12 dan 13 Jun, dan kemudian anak-anak kita bersambung lagi di rumah. Semoga dipermudahkan semuanya. Saya yakin dengan susunan Allah yang terbaik. Walaupun saya tahu banyak perkara yang mungkin tak mampu keluarga sediakan. 

Saya juga begitu, sangat perit bila PdPR terutamanya pada tahun lepas, bila pada masa tersebut saya tidak bekerja. 

Masalah dan Cabaran PdPR

1. Limitasi Smartphone

Banyangkan kami hanya ada 1 smartphone sahaja. Suami saya tak guna smartphone dan tak ada telefon. Korang boleh bayang tak tahun 2020 tahun 2021 orang tak guna phone. Suami saya salah seorang. Siapa tak nak guna phone, semua orang nak dalam masa sekarang ni. Tapi apa kan daya kami masa tu, memang kami tak mampu. Suami saya baru guna smartphone pada bulan Februari lepas kalau tak silap saya.. baru sahaja berapa bulan. Jadi, sangat struggle juga dengan menggunakan satu smartphoe kongsi 3 orang diantara saya, kakak Amani dan kak ngan Zara. Saya perlu siapkan pembetulan tesis saya pada tahun depan. Lagi susah bila latop saya rosak motherboard.... terus gone! Syukur juga sepupu saya bagi pinjamkan latopnya untuk saya siapkan pembetulan tesis saya. 

Ditambah pula, kedua-dua anak saya PdPR kami terpaksa bergilir-gilir. Saya tetapkan masa untuk anak-anak buat kerja. Waktu pagi kakak kena siapkan PdPR nya, dan petang pula pukul 2 kak ngah pula yang akan guna phone. Ada kala sampai malam kak ngah masih bertungkus-lumus siapkan kerjanya. 

2. Limitasi Data

Sangat menyukarkan! masa ni kami banyk guna data free 1 gb sehari. Tapi alangkah sukarnya bila ada kala line itu semput dan tidak mampu nk digunakan. Saya pula terpaksa guna mobile data untuk connect pada latop bagi mencari kajian lepas untuk siapkan pembetulan tesis saya. Sehinggakan, bulan puasa awal Ramdahan tahun lepas baharu saya dapat submit tesis saya. Ya Allah sangat perit data masa tu. Kesian anak-anak juga. 

3. Kawalan Emosi

Dengan kesukaran itu, emosi juga ada kala memang tak stabil, dengan tekan luaran, tekanan emosi juga. Suami yang banyak tenteramkan saya. Nasihatkan saya banyak sabar dan sebagainya. Hampir setiap hari menangis dengan keadaan tersebut. Jika anak lambat siapkan kerja saya beremosi sebab terpaksa gilir-gilir phone untuk bagi kak ngah pula yang nak siapkan kerja. 

Syukur sangat bila dah Allah dah buka jalan dapat rentas negeri kami terus balik ke Kedah. Bila Menteri dah umum untuk buka sekolah, kami membuat keputusan untuk pulang terus ke Kedah. Membuat pertukaran sekolah anak-anak daripada Kelantan ke Kedah. 

PdPR di Kedah syukur, sedikit menyenangkan. Tahun 2021, syukur suami dah ada phone. Dan saya pada bulan Januari dah mula bekerja semula. So, emosi mula stabil. PdPR mula terurus. 

So, apa jua yang dialami kita, itu adalah pengalaman hebat, pengajaran hebat, buat kita mulakan langkah perubahan dalam hidup kita. Allhamdulillah syukur walaupun sukarmana pun PdPR yang dialami saya, saya sedar ramai lagi yang lebih teruk dan lebih sukar daripada kami. Kami punya cabaran ni tak seberapa pun! 

Terima kasih Ya Rabb bagi kami cabaran dan dugaan ini untuk kami lagi kuat. Kuat Emosi Kuat Batiniah!






8 comments:

  1. Bermula lah sesi mak jadi singa semula ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... mcm tu la bila dh kena mengajar sdiri kat umah...

      Delete
  2. Tahniah...ramailah mak jadi singa jadian...
    ....
    Filem10minit.blogspot.com
    Filem seram pendek percuma

    ReplyDelete
  3. Setiap cabaran itu seperti acuan kan kak. Kadang lelah dan kalah..termasuklah PC tapi bila lama kelamaan baru rasai dansedar owh sebenarnya Allah nak ajar aku jadi lebih sabar, lebih redha dan lebih kena bersangka baik padaNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan pc... itu lah stp perkara ada hikmahnya kita ada kala tak nampak masa tu tp bila sabar baru kita nampak resultnya

      Delete
  4. Limitasi kat rumah ni, mak penat kak..haha. Nak masak, kemas rumah, jadi teacher..terus jadi singa :P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.