Senarai Keperluan Persiapan Ibu dan Bayi Bersalin dan Berpantang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum, salam saya buat semua. Syukur! minggu depan kandungan saya dah masuk 28 minggu iaitu 7 bulan.... Apa pun saya belum buat persiapan satu apa lagi. Tak tahu nak mula dari mana ni? Ada tak mommy yang macam saya? Walau pun ini baby yang keempat, namun saya masih buntu apa nak dipersiapkan. Rasanya memnag kena beli semua barang baby kali ni! Sebab barang baby yang anak-anak lepas dah lunyai macam tilam dan baju baby semua yang dah lama punya. Ada baju, seluarnya tak ada, booties and socks pun semua dah tak ada. Persiapan baby anak ke2. 

Sumber : google


Doktor dan misi harap ini adalah baby terakhir saya sebab umur saya dah masuk 41 tahun. Sejujurnya di sudut hati saya mahu anak lagi selepas ni. Nak sediakan barang baby pun nak kena tahu gender juga. Dengan keadaan pendamik sekarang saya risau nak tak keluar rumah. Saya nak pergi scan gender baby, tapi apa kan daya dengan keadaan sekarangkan. Naluri hati saya, saya mengandung baby girl lagi. Kalau ini yang terakhir, saya harap baby saya sihat walfiat. Allhamdulillah mengandung sebelum ni syukur baby semua ok. 

Di sudut hati memang nak baby lelaki kan... Doakan saya untuk dapatkan baby lelaki. Kalau tak apakan daya, Allah tentukan dan susunkan yang terbaik untuk kita. Dapat mengandung dengan sihat pun dah syukur sangat! Dengan keadaan berkerja dan belajar, Allah bagi semangat yang kuat! Itu pun merupakan rezeki yang banyak untuk saya! 

Jangan Fikir Apa Orang Kata

Saya tahu keluarga kat kampung semua mengharapkan saya dapat anak lelaki! Tapi saya kena fokus jangan fikir apa orang nak cakap kalau saya dapat anak perempuan lagi. Rezeki anak-anak ni Allah juga dah tentukan. Jantina anak pun rezeki, kalau Allah bagi semua lelaki ke semua perempuan ke, ada la tu rahmatNya, kerana Dia Yang Maha Mengetahui apa yang Dia jadikan. Bukan manusia yang tentukan nasib hidup kita. Semuanya, determination from our GOD. Saya bukan pasrah, tapi saya percaya dengan setiap ketentuan Yang Maha Pencipta. Apa yang ada di hadapan mata kita, syukur banyak-banyak. Jangan banyak komplain. Bagi saya orang yang banyak komplain akan banyak aura negatif yang ada padanya. So, jika boleh ditolak, tolak sekuatnya aura positif orang lain daripada melekat di dalam diri kita. Fikir apa yang Allah cakap, fikir apa yang Allah beri adalah terbaik! Manusia hanya boleh bercakap, sebab dia rasa dia hebat, dia pandai! Padahal, dia tak sedar setiap kejadian Allah Yang Maha Berkuasa tentukan.

Jadi, untuk buat persiapan baby masih dalam perkiraan saya. Boleh juga buat list supaya tidak tercicir atau terlebih beli. 

Senarai Keperluan Bersalin dan Berpantang

Minggu lepas bila saya pergi check up, misi dah cakap, dah boleh buat persediaan. Allhamdulillah, walaupun masih beluam buat persediaan namun, kena juga fikir untuk membuatnya. Kalau dulu memang saya banyak guna apa yang ada sahaja. Sekarang nak guna apa yang ada pun dah tak ada. hehehe

Keperluan Ibu Untuk ke Hospital atau Labour Room

Perkara utama untuk ke hospital untuk ibu-ibu:

1. Buku pink (kalau saya yang ada history ceacer, harus lah kena bawa kesemua buku pink anak-anak sebelum ni). Sebab masa saya buka buku pink di klinik kesihatan pun, doktor nak tengok semua history mengandung dan bersalin.
2. IC
3. Prepare bawa bersama sijil nikah
4. Duit juga penting untuk bayar deposit hospital. 

Manakala keperluan ibu pula boleh rujuk cadangan ini.

1. Pakaian ibu (baju, kain batik, sweater, cardigan, skirt, stokin, telekung, tudung, anak tudung)
Kain batik bawa lebih, kalau saya dulu masa nak bersalin pada Nur Jannah, air ketuban pecah di rumah. Bila sampai hospital 3 kali saya salin kain. Masa tengah timbang berat pun air ketuban tengah keluar. 
2. Maternity Pad (kalau nak guna overnight pun boleh)
3. Towel + face towel
4. Toiletries
5. Makanan (kurma, snek, biskut, roti) yang boleh beri tenaga untuk masuk labour room.
6. Minuman (air selusuh (vco), air zam zam jika ada, 3 in 1 milo / horlick.
7. Botol air panas, gelas, straw, sudu atau garfu, pinggan.
8. Selipas tandas
9. Minyak panas
10. Tisu
11. Al Quran / yasin atau doa-doa.
12. Handphone, charger, power bank

Keperluan Baby Untuk ke Labour Room

1. Pakaian (baju butang hadapan / seluar panjang - 2/3 pasang)
2. Mitten dan booties - 2/3 pasang
3. barut perut 
4. diapers - newborn
5. Towel
6. Blanket
7. Napkin
8. Baby Toileteries 

Nak tak nak, kena juga sediakan barang-barang kat atas. Kalau untuk berpantang dan bersali pula banyak benda yang kena sediakan tu. Bersalin kali ni, banyak barang-barang dulu dah tak ada. Sebab dulu pun hanya beli sekali dan top up dan recycle apa yang ada. So, sekarang baju baby yang lepas pun banyak dah bagi orang!

Barang Keperluan Penyusuan Bayi

Barang dan alatan penyusuan bayi ni, saya kena beli juga! Sebelum ni saya cuma ada botol susu baby dan bottles baby wash / bootles liquid wash sahaja, perkara yang basic sahaja. Memandangkan sekarang saya bekerja dan belajar banyak juga yang harus saya sediakan. 
1. Botol susu
2. cooler bag
3. Steriliser
4. Breast Pump, saya tak pernah guna brest pum sebelum ni, tak mampu nak beli. Apa pun saya kena fikir juga peti ais kat rumah tu, sebab peti ais saya tak pernah bertukar. Itu pun belas ihsan mak belikan yang satu pintu sampai sekarang saya guna. 
3. Feeding Bootles
4. Ice Brick atau Ice pack
5. Nursing butter
6. Nursing Bra
7. Nursing pad
8. Stickle label
9. Milk Warmer 

Ada lagi barang keperluan yang boleh dimasukkan di sini mengikut kehendak dan keperluan mommy. 

Barang Keperluan Ibu Berpantang

Barang keperluan ibu berpantang juga harus diambil berat. Jika ibu berpantang sendirian harus ada ilmu untuk menguruskannya. Namun, saya yakin ibu akan mudah belajar walaupun berpantang sendiri. 

1. Set berpantang - harus ada set berpantang. Saya faham set berpantang ni ada kala mempunyai harga yang tinggi. Tak semua orang akan mampu membeli set berpantang. Apa pun jika berpantang di kampung ada herba kampung yang sudah ditanam dan akan memudahkan proses menggunakannya. Berlainan pula dengan kehidupan di bandar herba sukar nak dapatkan ditepi rumah, dan jarang ada yang tanamnya. So, ibu berpantang haruslah membelinya. Sebagai contoh herba mandian serai wangi dan sebagainya. Namun, adakala, jika menggunakan khidmat berurut dan bertungku, mandian herba biasanya akan disediakan oleh  tukang urut.

2. Tungku - tungku juga ada disediakan oleh tukang urut. 
3. Maternity pad
4. Kain batik
5. Minyak panas
6. Feminim wash
7. Pemanggan ajaib untuk bakar ikan dan sebagainya. 

Apa pun makmimumkan apa yang ada, kalau rasa perlu boleh beli. Kalau rasa tak perlu, tak usah beli... So, saya bila dah ada senarai ni mudah lah untuk membuat rujukan. Harapnya ia dapat bantu mommy-mommy juga.

7 comments:

  1. alhamdulillah dh sedia semua persiapan penting moga slmt semuanya

    ReplyDelete
  2. Wahh tahniah kak Sheila nak dapat baby tahun ni hihihi semoga dipermudahkan urusan ya lama sangat x singgah sini banyak dah berubah ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak shiela..seronoknya..shida masih belum ada rezki nk pregnant lg..stay safe kak sheila ye :)

    ReplyDelete
  4. Bila baca entry ni, terfikir.. kali terakhir aku mengandung 9 tahun dulu rupanya.. Apa2pun.. Tahniah dan moga semuanya dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  5. Wow, akak tengah pregnant rupanya. Tahniah akak!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.