Pulut Sekaya Telur Kelate Yang Sangat Mudah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pulut Sekaya Telur Kelate Yang Sangat Mudah | Allhamdulillah. Salam sayang semua. So, hari ni saya nak kongsikan resepi sekaya telur yang mudah. Biasanya kalau sebut jer sekaya mesti ingat kena ada santan kan… Of course, untuk resepi pulut harus guna santan. Apa pun boleh juga kalau korang tak nak guna santan boleh tukarkan kepada susu cair. Erm,,,, so healthy menu kan…



Sekaya telur ni, kalau saya buat anak-anak suka makan yang atas tu, telur sahaj. Nak nak kalau Nur Jannah yang makan, yang bawah saja, pulut tu dia tinggalkan. Pulut sekaya telur ni, saya pun tak pasti sejarahnya. Apa yang pasti sejak kecil lagi saya suka makan, sebab arwah nenak suka masak. Saya sempat tanya arwah nenek resepinya. Bila dah kahwin dengan ingat-ingat lupa dan dibantu resepi daripada pakcik google, saya mencubanya… hehehe….

Tak sangka kuih muih tradisional ni sebenarnya mudah saja. Tak cuba tak tahu, yang penting nak ke idak buatnya. Saya yakin semua orang ada rasa nak masak tapia da kala taka da masa dengan kekangan tugasan harian, mana pula mommy-mommy yang bekerja kan. Allhamdulillah sejak PKP, dunia masakan di negara kita sangat meriah. Sehingga tertubuhnya laman facebook Masak APA Tak Jadi. Apa taknya, negara lain mesti tertekan dengan Covid19, kat Malaysia meriah dengan pelbagai jenis menu dan masakan setiap hari.

Saya, uhh… sejak bulan 12, 2019 lagi dah mulakan tugas memasak di dapur dan berniaga pisang goreng. So, tak hairan lah masa PKP saya masak jer… Allhamdulillah, ia sangat membantu menambah baik skill memasak, syukur. Banyak yang saya belajar. Saya tak malu, buat apa pun janji cari rezeki yang halal. Saya seronok. Namun, dalam keseronokan itu ada juga yang tak seronok bila persekitaran kita make a negative circle. Apa pun ignore je la, tarik yang positive.

Kita Tarik dulu dengan makan pulut sekaya telur. Kalau kat Kelantan, Terengganu pulut sekaya telur ni memang fopular…. Erm,,, dek manisnya yang mengusik jiwa tak dapat lari la dengan selera pantai timur. Tapi, untuk menjaga kesihatan, bagi generasi baru macam kita ni, eh,,, ye ke… kurangkan manis lagi baik. So, resepinya kita buat tak la manis sangat. Ngam ngam sedap jer… Jom kita mulakannya.

 

Bahan-bahan A (Lapisan bawah)

2 cawan beras pulut

200 ml Santan

Secubit garam

 

Bahan-bahan B (Lapisan atas)

6 biji telur size B

2 keret/ketul gula melaka/nise yang kecil

1 sudu besar tepung jagung

Esen Vanilla

2 helai daun pandan

 

Cara-caranya

1.       Rendam dahulu 2 cawan beras pulut yang telah dibersihkan lebih kurang 2 jam

2.       Kemudian toskan beras pulut tersebut, masukkan santan dan secubit garam. Gaul sebati.

3.       Masukkan dalam acuan untuk kukus pulut tersebut.

4.       Kukus selama 20 minit.

5.       Untuk lapisan atas, sementara sedang kukus pulut, bolehlah masak 2 karet/ketul gula melaka Bersama 1 cawan air. Masukkan daun pandan. Bila sudah cair ketepikan. Biar sejuk.

6.       Dalam bekas yang lain pecahkan telur, masukkan esen vanilla, masukkan tepung jagung, kacau sebati menggunakan whisk. Tak perlu kembang Cuma sebati sahaja.

7.       Kemudian masukkan air gula ke dalam campuran telur tadi.

8.       Bila pulut ¾ masak, boleh angkat dan mampatkan. Cakar sedikit pada permukaan pulut kukus.

9.       Tuangkan bancuhan telur dan air gula melaka tadi k etas pulut tersebut. Sambung kukus sehingga pulut sekaya tadi masak.

10.   Done

 

Senang je kan nak buatnya, cuma mungkin kena prepare awal skit sebab beras pulut tu perlu direndam terlebih dahulu. Jangan risau konfem jadi tau. Sebab saya sejujurnya memang tak pernah buat pulut sekaya telur ni. Kali pertama buat dah jadi. Allhamdulillah.

Bila melibatkan kuih muih yang kukus ni, insyaAllah jadi. Kalau tak jadi tu mungkin disebabkan sukatan air terlalu banyak atau terkurang. Ia akan menyebabkan kuih kita agak lembik atas agak keras. Kalau ikut sukatan yang tepat, insyaaAllah ia akan menjadi.

Anak-anak saya suka yang atas, tapi uols kalau nak kukus yang atas sahaja pun boleh. Maka, jadilah sekaya telur.  Untuk lapisan atas ni (sekaya telur), saya letakkan 1 sb tepung jagung supaya telur tu tak terlalu lembut. Kalau tak nak letak tepung pun tak apa. Terpulang apa selera anda. Bila uols dah cuba sekali dua, uols boleh la bezakan resepi. Ada yang suka letak tepung dan ada juga yang suka tak letak tepung. Erm… mudah kan…

Apa yang saya suka sekaya telur ni, bila tengok sekaya telur tu ada lubang-lubang semut, macam kek sarang sarang. Nampak macam bersarang elok jer, itu yang  buat saya puas hati bila masak. So, uols jangan segan silu boleh cuba k resepi pulut sekaya telur ni. Sedap juga buat minum petang, kalau kat Kelate untuk sarapan pun sedap.

Okey, uols selamat mencuba k.

 

 

 

 

 

 

1 comment:

  1. mudah rupanya buat pulat sekaya ni.. harus cuba buat nanti :-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.