Anmum ESSENTIAL GOLD Serba Baharu Menyokong Keperluan Perkembangan Keseluruhan Kanak-kanak Berusia Satu hingga Enam Tahun
Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa: Anmum ESSENTIAL GOLD serba baharu menyokong keperluan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun
Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori & ‘generasi Alfa’ atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting. Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.
Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*,
MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik
adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal;
persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi
menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak
dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan
mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta
perkembangan sosial dan juga emosi.
Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan Sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun.
Namun,
sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi
perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya,
perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala
diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan
Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial
dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.
Dr. Rajini Sarvananthan |
“Perkembangan sosial dan emosi
membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan
apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus
membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus
dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran
mereka".
Hubungan kanak-kanak mempengaruhi
perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman
penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk
cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan
ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk
pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk
dunianya melalui hubungan penting ini.
Wendy Goh |
Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.
“Anmum Essential Gold dirumus
untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara
keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi
harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM,
atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah
menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi
dan tingkah laku yang lebih baik.”
Selain daripada perkembangan
sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrient termasuk
Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh
daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka
untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu
adalah penting.
“Masalah penglihatan, jika tidak
diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus,
ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan
untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk
kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang
perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.
Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak. Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.
Dr. Yong Junina Fadzil |
Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar
Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina
bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu
bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.
“Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit,” katanya.
“Usus ialah rumah bagi 70% sistem
imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka
lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus
anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka
merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama
rakan sebaya!” tambah Dr. Yong Junina.
Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.
Perkembangan holistik anak anda
bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu
sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD kini
dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan
harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.
Untuk maklumat lanjut, layari laman:
Facebook Anmum
Essential di
https://www.facebook.com/AnmumEssentialMY/
Laman web di:
https://www.anmum.com/my/
* Berbanding Anmum
Essential terkini dalam satu hidangan
No comments