5 Sebab Ibu Harus Ada Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Untuk Anak-anak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

5 Sebab Ibu Harus Ada Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Untuk Anak-anak | Assalamualaikum, salam sayang semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Dah jadi ibu ni, saya banyak belajar tentang keperluan anak-anak dari semua aspek terutama tentang kesihatan dan permakanan anak-anak.

Bermula dari baby mesti kena tahu dan sentiasa belajar dan mencari ilmu keibubapaan. Bermula daripada anak pertama kedua dan ketiga, caranya, pendidikannya berbeza. Kita kena sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang ilmu keibubapaan ini. 



Oleh itu, untuk anak-anak kecil sudah tentu keselesaan kesihatan mereka amat dititik beratkan. Ini kerana anak-anak kecil terutama yang baharu dilahirkan memerlukan penjagaan yang rapi. Ada kala ibu dalam pantang tersalah makan juga boleh menyebabkan bayi kembung perut.

Di sini, saya kongsikan lima sebab ibu harus ada minyak tenang anakanda Ning Salmah dalam simpanan anda.

1. Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Ramuan Semulajadi

mempunyai kandungan ramuan yang semulajadi seperti buah pala, minyak kayu putih, daun pudina dan bunga cengkih, membuatkan minyak tenang anakanda Ning Salmah selamat digunakan. Adakala bayi ni mempunyai elergi kepada bahan-bahan kimia, oleh itu kandungan ramuan yang semula jadi ini tidak menggusarkan pada ibu menggunakannya. 


2. Fungsi Ramuan Semulajadi Tidak Dapat disangkalkan


Selain itu, ramuan semulajadi yang digunakan dalam minyak tenang anakanda Ning Salmah ini sangat menepati keperluan bayi dan anak-anak.

Minyak Kayu Putih – Eucalyptus Oil
Membantu dengan kahak dan selsema dan mempunyai ciri-ciri antiseptik

Minyak Buah Pala – Nutmeg Oil
Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin/kembung

Minyak Cengkih – Clove Oil
Membantu sirkulasi darah dan masalah kulit

Peppermint Oil – Minyak Daun Pudina
Mempunyai bau yang menenangkan dan mempunyai ciri-ciri antibakterial. Juga bagus untuk angin dan kembung.



3. DiWarisi dari 5 Generasi 


Sudah bergenerasi, minyak warisan ini digunakan sebagai minyak urutan khusus untuk bayi baru lahir. Ramuan pati herba yang terpilih telah diformulasikan bagi memberikan kesan yang terbaik. Beberapa titik sudah cukup untuk membuatkan bayi anda kembali ceria!

 

Ini kerana sejarah ia diwarisi oleh Sharifah Ning Salmah dilahirkan pada tahun 1890an. Bapanya berasal dari Mekah dan ibunya merupakan kerabat diRaja Kedah. Sejak dari umur yang muda, beliau sudah diturunkan ilmu penjagaan kesihatan dan kecantikan diri yang diamalkan di dalam istana.

Cucundanya, Datin Sharifah Anisah Barakbah, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang sama dan telah menerajui industri herba negara dengan memperkenalkan produk Nona Roguy. Setelah 50 tahun berkecimpung dalam bidang ini, Beliau terkenal dengan pengongsian ilmu kesihatan dan kecantikan wanita dalam setiap ceramah yang telah diberi, baik di dalam atau luar negara.

Sejak dari umurnya 5 tahun lagi, Sharifah Aliyah Barakbah, telah mengikuti Tok Mama (Datin Sharifah Anisah) ke sesi ceramah dan sedikit sebanyak mempelajari ilmu warisan ini. Setelah bergelar ibu, dia mempunyai keinginan untuk berkongsi tentang rahsia warisan kesihatan yang telah banyak menolong keluarganya ini.

Maka lahirlah Legasi Ning Salmah dengan produk-produk yang belum pernah lagi dikongsi luar dari keluarga mereka.


4. Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah Merupakan Produk Pertama Dengan Kajian Yang Teliti

Minyak Tenang Anakanda ini merupakan produk pertama keluaran Ning Salmah. Sudah tentu bagi mengeluarkan produk yang pertama memerluan pengkajian yang khus dan teliti. Kualiti lah faktor utama yang dititik-beratkan. Dengan rumusan pati herba khusus untuk bayi yang membantu bayi merasa lega malah ia tidak panas, sangat sesuai digunakan. 


Malah, dengan sifatnya sebagai "penenang", akan memberi keselesaan dan ketanangan kepada bayi hanya dengan beberapa titis sahaja. Justeru, apabila baby anda dah tenang, sudah tentu ia memberi kecerian kepada bayi dan juga ibu ayah... Ye la kan dah baby kita ceria mesti la ibu ayah pun gembira suka. Bila penat je ayah balik kerja tengok muka baby ceria, penat ayah pun terus hilang... dak gituhhh... hehe...


5. Kit Travel Yang Mudah dibawa Ke mana Sahaja

Terdapat dalam bentuk kit travel, kecil mudah dibawa dan digunakan ia amat sesuai diletakkan dalam beg baby. Ia kecil dengan isipadu 16ml, cukup untuk family travel. So, letak je kat poket pintu kereta boleh saja sapukan pada perut dan badan bayi anda. 




Ye la kan,,,, bayi ni kalau travel selalunya ia meragam bila rasa tak selesa dalam kenderaan dan mungkin juga perut masuk angin. Dengan adanya kit travel ini, dan mudah digunakan memudahkan ibu dan ayah travel ke mana sahaja terutama untuk pulang ke kampung. 




CARA PENGGUNAAN MINYAK TENANG ANAKANDA

Cara penggunaan untuk kembung perut

  1. Titiskan minyak dan gunakan ibu jari untuk urut bahagian pusat bayi dalam bentuk bulatan.
  2. Urut bahagian ari-ari dengan lembut dengan menolak dari atas ke bawah.
  3. Urut dengan lembut bahagian ulu hati bayi.
  4. Akhir sekali, letakkan minyak dan urut lembut pada bahagian betis dan tapak kaki bayi.
  5. Boleh diamalkan selepas mandi dan sebelum tidur.
  6. Gunakan dalam kuantiti yg sedikit dahulu untuk membiasakan kulit bayi dengan amalam minyak herba.

Cara penggunaan untuk batuk dan kahak

  1. Sapukan minyak pada bahagian dada dalam bentuk bulatan.
  2. Gunakan beberapa titis untuk diletakkan pada bahagian tengkuk bayi.
  3. Akhir sekali, urut bahagian belakang bayi dan sapukan minyak dengan serata.

Cara penggunaan untuk selsema

  1. Titiskan minyak di telapak tangan dan dekatkan ke hidung bayi untuk dibau.
  2. Ulang beberapa kali untuk menyenangkan pernafasan dan melegakan hidung tersumbat.
Apa yang menariknya bukan senang dan tenang untuk baby-baby sahaja untuk anak-anak juga mudah untuk mencuci tangan, bila anda membeli produk daripada Ning Salmah mereka memberikan disposable soap yang mudah di bawa semasa travel. So, ibu tak perlu bawa sabun, hanya sekeping penggunaan akan membersihkan  tangan anak-anak anda. Nak nak musim penularan Covid19, kebersihan diri terutama tangan harus sentiasa dibersihkan. 

Nak tahu macamana nak guna disposable soap ni , jom tengok video di bawah. 




Macamana nak dapatkan produk ni, bolehlah melayari:

Website:

Instagram:
@ningsalmah


9 comments:

  1. Ini adik beradik produk nona roguy ye yang sekarang orang panggil NR?

    ReplyDelete
  2. Pakaging dia pun nampak cantik kak, setenang nama minyak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A aa.. ank akak sakit perut angin. Sapu ni dia muntah n terus ok. Allhamdulillah Allah Ya Salam

      Delete
  3. First time tengok minyak tenang anakanda ning salmah . Mudah bawa ke mana -mana sahaja.

    ReplyDelete
  4. First time saya tengok minyak anakanda nie, nampak seperti bagus produknya.. bau pun mesti sedap, sebab ada daun pudina..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.