Personal
Dua Hari Terakhir 2018
Dua Hari Terakhir 2018 / Allahmdulillah. Dah dua minggu tak bersua, kini kembali di saat duat terakhir pada tahun 2018 berkerja seperti biasa. Pagi yang sedikit sibuk dengan pendaftaran semula kakak ke sekolah. Minggu lepas sempat balik kampung, keluarga di kampung mak ayah buat kenduri, solat hajat, baca yasin, maulidurrasul dan juga tahlil... Terima kasih mak ayah membuat solat hajat kepada saya demi menghabiskan patah-patah terakhir pengajian saya. Walaupun nampak macam dah nak berakhir tapi masih panjang perjalanannya. Ia bukan ada masa cakap tarikh sekian dan sekian akan tamat, bukan seperti ambil UPSR, PT3, SPM, diploma, degree ada masa dan tarikh yang telah disediakan untuk tamat pengajian. Namun, di sebalik bermain dengan aturcara ihsan membuatkan ia tiada jangka hayat untuk pengajian ini.
Persiapan goodies kenduri kesyukuran |
Kenduri Kesyukuran
Syukur kepafa hadraNya dengan rezekiNya, dan dimurahkan sentiasa serta berkatilah rezeki mak ayah saya yang sentiasa menyokong saya. Apa yang menarik pada kenduri tersebut hanya muslimat sahaja yang dikhususkan untuk solat hajat, maulidurrasul, tahlil dan bacaan yasin. Jemaah masjid yang terdiri daripada sahabat-sahabat mak saya dalam 32 orang menyertai solat hajat tersebut dan disertai oleh saya dan juga ahli keluarga saya. Selesai majlis tersebut selepas muslimat menjamau selera saya sempat beramah mesra dengan ustazah yang mengimami kami pada hari tersebut.
Jumpa Ustazah
Subhanallah, tanya punya tanya, ustazah cerita punya ceritanya ustazah saya semasa di sekolah menegah dahulu. Rasanya masa saya tingkatan dua beliau mengajar saya. Katanya dia baharu sahaja join jemaah masjid di kampung saya... hehe... Subhanallah, terus saya memeluknya. Kalaunya dia tak popular dikalangan pelajar dulu berbanding dengan ustazah lain. Dia cerita kisahnya macamana boleh menetap di kampung saya. Allahu, kecilnya dunia. 20 tahun yang lepas berlalu, saya tengok ustazah maintain cantik lemah lembut.
Yang bestnya memang tak habis makan, banyak sangat makanan sampai perut saya meragam keesokan harinya. Ada kuih kuba guling dan agar-agar kurma, pulut initi, akok, kek coklat, marble cake, mufin strawberry dan resberry.... Menu utama nasi minyak, nasi putih, daging kurma, ayam masak merah, tauchu, pajeri nenas. Semua mak saya masak kecuali nasi minyak dan ayam masak merah.
Antara kuih muih pada masjlis tersebut |
My Best Friend Forever
My bff, kami membesar bersama sejak umur setahun dua tahun kot, tapi saya tak ingat la masa tu. Yang saya ingat masa kami 4, 5 tahun tu saya ingat. Lima tahun kami sekolah tadika bersama-sama.... tapi sahabat saya ni pindah sekolah tadika lain. Masuk darjah satu kami satu sekolah satu kelas, sampai la tigkatan lima. Ada juga waktu kami tak satu kelas. So, my bff sedang berbadan dua untuk baby kedua, semoga sihat mom and baby, dipermudahkan bersalin nanti.... Duk dekat-dekat skit ambil aura.... hehehe
Malam sebelum balik kampun, seorang lagi bff saya datang rumah. Memang terkejut la malam-malam hari kena serbu. Bila kakak cakap ada kawan mama datang rumah. Ingatkan sapa la yang datang rumah malam-malam.... hehehe... aduihhh rupanya my bff yang sorang ni. Aduih... terima kasih sudi jumpa saya!
Eratkan Silaturahim
Bila sudah berkumpul, eratkan silaturahim itu sangat bermakna. Walaupun saya keluarga kecil cuma dua beradik, dan memandangkan adik tak dapat balik hanya saya dan keluarga di kampung. Dan ia tidak menjadi measalah kerana keakraban kami sanak saudara memeriahkan suasana dengan sepupu-sepupu yang ramai bagaikan adik-beradik. Itu yang menambahkan kemeriahan suasana gelak tawa. Aduih,,,, sakit perut ku bila sesi bergambar.... kekeke.... macam-macam gelagat yang ada. Memang semuanya sporting dari tua bahkan muda semuanya satu kepala.
Seronok Balik Kampung
Haruslah seronok dapat balik kampung, ye la anak perantauan, mak ayah masih ada di kampung nak tak nak mesti kampung juga yang seronok. Nak nak lagi anak-anak pun seronok bila bertemu dengan atuk dan nenek mereka, bertemu sepupu-sepupu mereka haruslah mereka gembira.
Hari ini di pejabat saya ditemani kakak dan kak ngah.... Allhamdulillah, edisi mengemas bilik ofis settle walaupun ia yang membuatkan saya pening.... hukhuk.... next story....
Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan kak sheila nanti
ReplyDeletelama bercuti tu sheila..:)
ReplyDeletebalik 6 hari pun xdan nak contact cik nor nak dating sama.... nampak gaya kena cuti lama lg leh jupo cik nor ni... hehe
DeleteSeronok balik kampung.Cuti sekolah bakal berakhir..
ReplyDeletebalik kampung best mesti meriah.. btw salam tahun baru. semoga hapy2 sentiasa ^^
ReplyDeleteBestnya balik kampung dan selamat bercuti..
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan akak
ReplyDeleteselamat menyambut tahun baru k.sheila n family..semoga pengajian k.sheila dipermudahkan okehh
ReplyDeleteAlhamdulillah seronokkan duk di kampung banyak aktiviti positif je rasa..
ReplyDeleteSemoga semua urusan pengajian Sis Sheila akan berjalan lancar dan sentiasa dipermudah oleh-Nya.
ReplyDeleteseronoknya dapat balik kampung, jumpa kawan lama.
ReplyDelete