The Cedar Villa Bidor Lokasi Percutian Yang Mesti Anda Pergi! Kenapa?

The Cedar Villa Bidor Lokasi Percutian Yang Mesti Anda Pergi! Kenapa? / Allhamdulillah, pada 26 November 2018 yang lalu saya dan keluarga serta keluaga besar Team Blogger Pantai Timur #teambpt berpeluang menjejak ke The Cedar Villa Bidor Perak atau The Cedar @ Bidor. Keletihan lima jam dalam perjalanan membuatkan hilang apabila melangkah masuk ke The Cedar Villa itu! Apa yang hebatnya The Cedar @ Bidor ni? Dengan konsep minimalis dan praktikal sangat mengujakan saya tetang seni reka villa tersebut. Gabungan tradisional dan juga model minimalis sangat cantik, segar tidak padat dengan perabot memuatkan si suami kami semua rancak bercerita tentang rumah idaman seperti The Cedar @ Bidor.... hahaha.... aduihhhh.... galak mereka bercerita saya hanya tersenyum mendengarnya. Biasanya bab rumah impian ni, si isteri yang sangat teruja, lain lak jadinya bila si suami sampai ke The Cedar @ Bidor ini.



Mata Terpegun Dengan Kecantikan Villa
Melangkah masuk ke villa ini mata terpegun dengan kecantikan susun atur dan gaya ringkas villa ini. Tak serabut mata melihat sama dengan ketenangan yang di rasa dengan keindahan kehijauan yang mengelilingi villa tersebut. Mana taknya konsep warna putih dan koko yang digabungkan menampakan suasana klasik dan moden.




Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat di The Cedar @ Bidor ini adalah pada paras bawah terdapat wet dan dry kitchen, dua tandas, bilik permainan kanak-kanak, hall yang diletakkan dengan pool. Seronok duk dapaur walaupun sempat sekejap jer saya duk dapur, kami sempat tukar dan bergilir-gilir buat kerja…. 


Manakala di paras atas pula terdapat 8 bilik, dengan setiap bilik memiliki tandas tersendiri serta ruang menonton. Ruang menonton yang besar dilengkapi pula dengan tv, audio system, meja dan kerusi pelbagai guna. Yang ni sangat sesuai bagi kaki karaoke… Fuhh memang best la deme yang berkaraoke tu. 

Apa yang saya suka kat bilik ni, adalah ia menyediakan banyak plug, sebab dari rumah lagi saya terfikir nak bawa beg latop... Ada plug lebih atau tidak? kalau dalam bilik tak banyak plug, saya kena bawa extention cable... tapi bilih fikir "saya ni sempat ke tak buka latop" terus cancel.... bila menerjah ke bilik tidur saya dapati terdapat 6 plug... fuhhh... banyak, saya memang suka plug banyak sebab senang nak buat kerja... Nampak sangat la saya ni "technical person".... huhuhu



Ruang Luar

Kolam Renang
Ruang luar yang sunnguh menarik dengan kolam ikan koi dan juga meja makan yang diletakkan di hadapan kolam renang betul-betul mengadap hutan Sungai Gepai yang sungguh menakjubkan. Kesejukkan mata memandang air kolam disusuri dengan pandangan hutan menghijau memberi seribu ketenangan. Hilang rasa stress kerja, kalau tiap hari duk sini wahhhh memang akan meningkat daya fikir saya menyiapkan tesis… hehehe….



Di samping itu keliling kolam renang disediakan kerusi kayu jati pergola dan buaian bagi kemudahan tetamu yang menginap dan bermain kolam. Siap mandi kolam, anda boleh menyiramkan badan di paip yang disediakan di tepi kolam renang. Cukup lengkap kemudahan luar yang disediakan kepada para tetamu di The Cedar ini. 




Ruang Makan
Ruang makan dengan meja kayu bersama 16 kerusi sesuai untuk makan makan dan juga sarapan pagi. Kami menggunakan ruang ini untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak pulang. Mejanya yang besar sangat selesa mampu menapung pelbagai jenis makanan sambal menikmati keindahan pagi yang cantik dengan hutan hujan tropika selain melihat kolam renang penuh dengan ketenangan. 




Kawasan Barbekeu
Kawasan barbekue terletak di ruang terbuka di taman sudut belakang atau tepi villa ini. Ia dilengkapi dengan tempat duduk di luar dan juga dalam kawasan barbecue… Yang menariknya ada sesuatu yang tersembunyi tau di kawasan babbekue ni…. Hehehe…. Sesuatu yang menarik iaitu tempat barbekue ini mempunyai sistem bunyi yang diletakkan di dalam dan bawah meja batu yang disedia. Pengguna boleh menngunakan bloototh atau pendrive.


So, apa lagi malam tu kami berbabeue dan menyambut hari lahir anak Sis Awa iaitu Mukhriz dan juga sahabat kami Zahirah Dzahir dengan diiringi muzik yang merdu. 


Terima kasih juga kepada para penaja kek dan Sis Awa yang mendapatkan tajaan 3 biji kek

 

Air Terjun Gapai
Air Terjun Gepai adalah antara 10 Air Terjun yang popular di Perak. Airnya yang  jernih dan sejuk mengalukan pengunjung datang. So, apa lagi kalau anda memang minat bersantai dan berkelah di air terjun, The Cedar Villa adalah tempat yang sangat sesuai untuk menginap. Ini adalah kerana perjalanan ke Air Terjun Gapai Cuma 5 minit dengan kenderaan dan 15 hingga 20 minit jika berjalan kaki. Wahhh… dekat sangatkan… Aduihhh yang ni la saya terlepas peluang. Rasa something yang miss…. Sebab ni juga tak puas saya menginap di The Cedar Villa dan tak puas nak mandi kolam lama-lama….  Dari tempat letak kereta The Cedar Villa, anda boleh menyeberangi aliran di jambatan kecil. Jambatan ini adalah tempat kegemaran untuk menyelam di dalam air sejuk yang sejuk di bawah jika anda mahu mandi sungai…. Aduiihhh yang ni pun saya tak sempat nak turun main air sungai. Dari atas The Cedar Villa Nampak airnya jernih sangat…. Rindu sangat!!!
 
sumber google image
AWAS!!!
Apa pun harus diingatkan seronok-seronok juga mesti jaga kebersihan villa tau. Satu lagi yang saya suka tentang villa ini disegenap sudut tempat disediakan bin. Allhamdulillah... jaga kebersihan paling utama. Contohnya seperti bilik permainan kanak-kanak, bila sudah main didik anak-anak supaya mereka mengemas sendiri permainan tersebut. Penting juga, di dalam villa ini dilarang merokok ye khusus untuk para suami. Ini kerana seluruh villa dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga harus menjaga oksigen di dalam villa ini supaya terjamin kebersihannya. Yang penting lagi, bagi kaum hawa terutamanya, di villa ini tidak tersedia iron, boleh membawa iron sendiri. dan kami tak pasti atau kami lupa nak tanya dengan penjaga villa. Kalau tak cukup tilam boleh request, tapi memandangkan iron telah dibawa oleh Rini yang ayu, so kami tak tanya tentang iron ada disediakan atau tidak. Manakala, wifi tidak disediakan harap maklum...



Kekangan masa yang sangat mencemburui, saya memang rasa tak puas sangat menginap di sini. Sejujurnya saya sangat sayangkan tempat ini. Saya sukakan kedamaian… Kedamaian itu memang akan buatkan kita tenang. Kita akan ingat siap diri kita, siapa asal kita, dan untuk apa kita diciptakan. Subhanallah… hebatnya apa yang saya rasa di sini membuatkan saya menitiskan air mata pabila saya menjejak keluar dari The Cedar Villa ini. Walaupun sekejap ia cukup bermakna…. Thanks with love from me…. Semoga tempat ini terus maju dan dirahmati! InsyaaAllah….. 



So, u alls mesti datang sini tau, akan dapat sesuatu yang anda cari di sini… Anda boleh menggunakan website untuk booking terus atrikh penginapan yang anda mahukan, tapi di The Cedar Villa ini anda sebolehnya menginap bersama kumpulan kerana untuk menginap satu malam ia dikira kepada satu villa…. Harganya bergantung kepda hari yang anda membuat tempahan. Jika tempahan dibuat pada hari cuti sekolah atau hujung minggu ia sedikit tinggi. Namun ratenya di antara RM1100 ke atas. 




Macamana nak hubungi?

Laman Sesawang
www.thecedarbidor.com

Instagram
@thecedarbidor

Facebook
www.facebook.com/thecedarbidor

Alamat


Sebelum saya menghabiskan entry ini jom layan meriahkan kami 7 keluarga menikmati keindahan dan ketenangan di The Cedar @ Bidor

Sampai Jumpa Lagi



Kak Ngah Zara Adelia Konvo at The Cedar @ Bidor





4 comments:

  1. Cantik sungguh tempat ni, dah msk dlm list utk family day thn depan..thanks share info

    ReplyDelete
  2. fulamak, boleh masuk wishlist ni best sgt

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Cantik gila tempat dia.. Kalau buat family day mesti best..

    ReplyDelete
  4. Paling penting anak2 selesa... betul tu kak...suami kita dh bg cadangan kat kita buat ruamh cmni kat kampung..berangan betoll

    ReplyDelete

Powered by Blogger.