Dosa Memutuskan Silaturahim

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber google

Kisah Petang tadi
Saya termenonton rancangan tv1 lupa tajuk apa, tapi dihoskan oleh Ebby Yus mengisahkan tentang persaudaraan/silaturahim:
Hutang sesama manusia mesti selesai sebelum mati Allah tak boleh selesai. Kalau hutang dengan Allah tak solat, tak puasa, itu hutang dengan Allah. Tapi dengan manusia Allah tak boleh tolong. Kata Ustaz Mohd Farid Bavi.

Dosa memutuskan silaturahim lebih besar dosanya daripada meruntuhkan kaabah. Biarlah itu salah orang lain, kita hendaklah maafkan orang itu.

Bak kata "orang Melayu" tak tahu lah orang Melayu ke orang kita ke, tetapi selalu duk dengar kalau orang buat salah, takkan maafkan sehinggan keturunan ku.....

Di sini saya mengambil kesempatan saya tidak ada simpan apa-apa dendam dan saya memaafkan semua orang tak kira siapa sahaja. Saya juga mohon maaf jika besarnya salah dan silap saya yang saya buat terbuat atau tak sengaja dan sebagainya..... Saya khilaf, saya hina, saya tiada daya, saya jahil, saya fakir, dan saya bukan siapapun..... hanya hamba yang hina....... sehina tanah!



1 comment:

  1. SALING KITA BERMAAFAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN KITA DI AKHIRAT SANA...

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.