Nur Jannah Demam Nak Meniarap

Kelmarin bawa baby Nur Jannah nak cucuk 3 bulan tapi dia demam kena postpone tarikh sampai dia sembuh...  Nasib baik la masa duk bilik ofis saya kelmarin dia tak meragam... tidur sahaja. Bila balik rumah dia meragam sikit.... Malam saya main-main dengannya, saya kata nape Nur Jannah demam, ke demam nak meniarap ni? 
 
penat demam, tidur saja

Rupanya betul, orang-orang tua kata baby kalau demam nak boleh sesuatu.... Rupanya dia nak meniarap... Duk pusing-pusing atas katil akhirnya dia boleh juga meniarap, tapi belum pandai angkat kepala dan alihkan tangannya...


Hihihi... kesian saya tengok dia duk try and try lagi.... Allhamdulillah.... Hari ni en daddy jaga dia kat rumah. Demam dah ok skit, dah tak panas, tapi dia merengek lagi... Semoga Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin sentiasa melindungi anak-anak kita semua.... Amiiin....



 

6 comments:

  1. Lahai siannya.. Moga jannah cepat sembuh.. :)

    ReplyDelete
  2. Belum ada kajian saintifik tetapi lepas je budak demam pada jangka masa tertentu mesti ada perubahan kan... anak saya pun begitu juga....

    ReplyDelete
  3. Syafakillah nur jannah.

    InsyaAllah semoga anak2 kita Sentiasa di bawah lindunganNya.

    ReplyDelete
  4. comelnya jannah. cepat sembuh sayang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.