Entry Pertama Julai 2017 : Bila Anak Sakit Masa Baby

Allhamdulillah... lama bercuti. Salam Syawal buat semua sahabat!

Check Up 3 Bulan Bbbay Nur Jannah
Hari ketiga masuk kerja selepas cuti bersalin 3 bulan. Cepat sangatkan masa berlalu. Bak kata kawan saya sat ni, dah tiga bulan ke? cepatnya.... Masa berlalu dengan pantas. Umur kita makin bertambah, semoga amal kita juga semakin bertambah. Mohon kekuatan diri yang lemah ini dalam mencari redha Allah.


Pagi tadi, bawa baby Nur Jannah check up dan tuk injection 3 month. Bila misi check Nur Jannah demam. Beberapa kali dia check suhu. Saya pun tak sangka dia demam. Pagi tadi dia jaga dalam pukul 4, saya bf kan dia, tapi dia still merengek. Sangka saya mungkin dia selsema. Sebab saya perasan dia tak selesa hidung tersumbat agaknya. Dalam pukul 5 lebih juga dia tidur semula. Pukul 6.30 saya bangunkan dia dari tidur, mandi dan siapkan dia.... Kesian baby kena kejutkan dari lena.... 

Keluar rumah dalam 7.30, macam biasa hantar kakak, dan kak ngah ke tadika. Sebelum saya masuk ofis dulu. Kak ngah lak buat hal. Tak mahu pergi sekolah. Dah sampai kat tadikanya tak nak turun kereta. Terpaksa saya panggilkan cikgu dia ambil dia dalam kereta. 

Berat Baby
Terus ke kk check up baby Nur Jannah. Beratnya cuma naik 500g, sekarang beratnya 5.5 kg.... memandangkan dia deman, misi suruh datang cucuk tuk 3 bulan 2 minggu lagi. Jumpa doktor, doktor bagi ubat! Kata doktor paru-parunya ok. Tekak dia pun ok, selsema sikit sahaja. Doktok bagi ubat titik dalam hidung dan ubat demam.Settle kat kk terus balik ofis. 

Balik Ofis
Sampai kat parking, keluar kereta dukung Jannah, kawan saya dari jauh lambai pada saya mereka naik lif dulu.... Saya nampak kawan ada tolok wheelchair. Dalam hati saya mak siapa? mak yang A ke B? sampai tingkat ofis saya, saya tegur kawan, mak akak ke? a aa mak akak, Sheila bawa baby, akak bawa mak.... hehehe.... saya sempat jumpa dan salam dengan maknya. Kawan B menyampuk, kat sini sunyi, x ramai orang.....  ye la masing-masing buat kerja sendiri. Nak lagi sekarang dah musim cuti semester lagi la sunyi. 

Ahad 3 hari lepas, hari pertama masuk kerja, seharian saya duk library. Memang dah agak kat bilik sunyi sangat! tapi kat library pun sama juga. Saya sorang sahaja kat tingkat tu.... tapi saya seronok dan energetik sebab banyak boleh siapkan tesis saya masa kat library.

Bila duk bilik macam sekarang ni, penulisan tesis saya menurun.... ada sahaja nak buat itu dan ini. Hari ni baby Nur Jannah ada kat bilik lagi macam-macam yang saya buat. Tak apa la,,,,, sekarang baby Nur Jannah sedang tidur. Risau juga saya bila dia demam. Kali pertama demam dan selsema ni..... Semoga dia cepat sembuh, 

Kenangan Lalu Bila Kak Ngah Zara Adelia Kali Pertama Selsema
Teringat masa kak ngah umur 4 bulan dulu, kali pertama dia selsema. Sampai hingus hijau. Panik saya dibuatnya. Masa tu saya dan family baru pindah rumah dan menyewa di Lip Sin Penang. Bila bangun pagi tu, hantar kakak ke tadika Pusat Islam USM, bawa baby ke pusat sejahtera USM aka pusat kesihat Uni, tapi malangnya saya tidak dibenarkan check baby dan menggunakan sistem perubatan di situ kerana saya pelajar postgrade. Katanya pelajar postgrade kena bayar yuran perubatan lain dan register tuk mendapatan rawatan di sana.... sangat kecewa rasanya, sebab saya dah beratur tunggu lama hampir sejam untuk mendapatkan rawatan. Tak tahu la masa tu sistem down terpaksa beratur. Bila dapat result macam tu lagi frust. Kenapa sistem Universiti macam tu? Sedangkan saya pelajar di sana, sepatutnya ada priority tuk pelajar dan keluarga. Kalau di UUM automatik pelajar postgrade dan keluarga boleh dapatkan rawatan di pusat kesihat universiti.

Terus saya call sahabat saya tanya klinik mana yang terbaik tuk mendapatkan rawatan. Dia suruh saya pergi klinik kesihatan Bayam Baru. Saya pelik kenapa dia suruh saya ke sana? Bila pergi sana dapat rawatan, doktor perempuan India sangat baik. check up baby pun ok dan suggest macam-macam pada saya. Dia bagi nama ubat tuk baby, ubat titik yang bagus beli kat farmasi. Kat kk tak sediakan ubat tu katanya. 

Bila settle check up kak ngah Zara, saya call sahabat. Dia kat sebab tu aku suruh mu g kk Bayam Baru tu, cepat, bagus, dan tak ramai orang.... Masa tu la, 2013, 4 tahun yang lepas. Allhamdulillah dia ok...

Mama doakan baby Nur Jannah cepat sembuh. InsyaaAllah, Allah Ya Fattah Ya Salam....


 

3 comments:

  1. Comelnye jannah....hihi...lena dia tido

    ReplyDelete
  2. semoga baby Nur Jannah sihat kembali. jadi mak2 ni, kalau anak tak sihat memang tak lena tidur & tak senang duduk kan.

    ReplyDelete
  3. Hadoii kalau anak tak sihat memang rusuh hati... Nak2 lagi kalau masih baby..

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

INSTAGRAM FEED